Thursday, January 17, 2013

Brainy Bunch vs Genius Aulad

Semalam dah melawat BBIM. Tempat ni memang baru sangat. Tenaga pengajar adalah sangat friendly dan sabar menjawab setiap soalan.

Kalau tengok dari segi sistem pembelajaran, memang sangat menarik.

Kelas seawal 7 pagi dimulakan dengan semua student (usia 4 - 6) tahun ambil wudhu, pastu solat Dhuha berjemaah dan tazkirah.

Pukul 9 pagi breakfast. Pastu sessi pembelajaran bermula (Language, Maths, Jawi, Agama, Craft, Sains, Iqraq). Aku tertarik dengan cara pelajaran dilakukan. Totally berbeza dengan cara sekolah biasa.

Pukul 12 tengahari, student akan pegi mandi, lunch dan nap.

Pukul 1.45 petang, semua student akan bangun untuk berwudhu dan solat Zuhur.

Pastu sambung sesi pembelajaran. Sebelah petang, ada kelas Taekwando.

Ada 3 sesi kelas kat BBIM:
Half day - sampai pukul 12 tengahari
Star - sampai pukul 3 petang
Full day - sampai pukul 6.30 petang.

Menarik kan?

Lebih menarik, kalau anak kita ada masalah disiplin atau ketinggalan dalam pelajaran, BBIM akan buat extra kelas khas untuk anak kita supaya setanding dengan student lain. Kelas ini adalah percuma!

Dan kalau kita dah buat registration fees kat memana cawangan BBIM, kita boleh minta tukar ke cawangan yang lain tanpa kena bayar registration lagi. Just continue bayaran bulanan sahaja.

Aku suka penekanan dalam bidang agama kat BBIM ni. Anak- anak aku semua lelaki. Aku nak derang bersedia untuk jadi seorang Imam/pemimpin dari usia kecil lagi.

InsyaAllah, kalau takde aral, bulan 2 ni aku tukarkan Ariff ke BBIM.

In the meantime, aku harap sangat parents yang ada anak sekolah di GA dan BBIM sudi bagi feedback atau info kat komen blog ni tentang kedua-dua sekolah ni.

3 comments:

JaSmIn said...

salam wah! kak menariknya pg2 la da blajar solat.ishk3 tak lama lg mesti ariff da pndai azan kt umah kan he3 ...sy pn setuju sgt klu akak antar ank kt sni bak kata pepatah melentur buluh biarlah dr rebungnye. gud luck kak

Papa, Mama & Azra said...

Kat BBIM tpt I hantar Azra ada few student tukar dari GA. Tapi I tatau la kenapa mebi gak sbb GA ada halfday je. My fren hantar anak g GA anak dia cepat pandai.

Miss B said...

Setuju sgt switch to BBIM. Lotsa benefit. The 1st montessori in m'sia. Aku suggest kita pi bw bebudak ni buat ujian cap jari from dutch lady. Secara saintifiknya bole baca kecenderungan anak2 sama ada lebih kpd Art, Musician or Scientist melalui cap jari shj (cer kau google imbasan cap jari by Dutchlady tu). So kita boleh manage dr skrg. Mcm kat BBIM ada little scientist kan? So boleh masukkan ariff or amarr kan?? hehe..tgh plan juga ni kemana hala tuju anak aku pasni..hehe..moga berjaya kelak, In Shaa Allah, Amin.