KENGKAWAN

Sunday, January 27, 2013

Escape Teluk Bahang Penang

Entry ini mengandungi gambar yang sangat banyakkk!! 

Kalau korang ingin mencuba sesuatu yang lain dari yang lain, pergi lah ke Escape, Penang. Serious best gila. Tempat ni baru je 3 bulan buka. Ramai tourist suka pi sana. Tempat ni sesuai untuk bebudak kecil sampai lah orang dewasa. Ekceli, Escape ni ada satu bahagian lagi yang belum siap sepenuhnya - dia punya Water theme park (macam Sunway Lagoon lebih kurang). Area water park dijangka siap tahun 2014. 

Aku rasa, by time water park siap, sure entrance fees jadi double. Buat masa ni, entrance fees untuk adult RM48 (Malaysian). Bawah 4 years old FOC. Yearly pass pulak RM300. Entrance fees cover semua dry park games kecuali Atan's Leap (kena tambah RM20 per jump) & kids xtvt macam Serambi games & mendulang emas. Lelain semua free.

Kalau rumah aku dekat Penang, memang aku beli pass tu. Boleh masuk bebila masa aku nak. Best ok. Boleh buat port exercise pada yang nak kurangkan berat badan :)

Paling mencabar, Atan's Leap. Terjunan bebas yang ada dua level ketinggian; 15 meter dan 20 meter. Aku dah buat yang 20 meter. Memang gayat nak mamfus beb!! Almost 3 minit aku berdiri kat pelantar 20 meter tu sebelum aku nekad untuk terjun. Rasa macam nak terjun bunuh diri pun ada. Tapi bila dah terjun tu.. fuhhhh rasa best gila. Nak je aku ripit dua tiga kali sambil buat aksi terjunan yang pelbagai... hihi. Kalau nak tengok video terjunan aku, ada kat entry sebelum ni. Sila cari ya :)

Cerita banyak pun tak guna, layan gambar je lah beb.


My handsome boy, Ariff. Umur baru 3 tahun 7 bulan, tapi duk merengek nak try games untuk orang dewasa. Siap merajuk lagi bila aku tak kasi. Ada harapan jadi lasak macam mummy & daddy dia. Bagus nak, nanti bila Ariff dah besar sikit, kita pi lagi nahh.


Entrance fees (for non-Malaysian). Untuk Malaysian ada diskaun 20%. Kira lah.


Us kat entrance. Cantik tempat ni tau. Seriyes.

Xtvt first yang kami try kat sini. Wall climbing. Ariff pun nak jugakkk menerai.

Mamoru tengah fix Ariff punya safety cap. Exceli, budak seusia Ariff tak digalakkan buat xtvt ni. Tapi sebab kami datang weekdays, tak ramai orang, so Escape Team tu layankan je lah permintaan Ariff :)

Nih port untuk kanak-kanak. Ada banyakk lagi for kids kat belakang tu. Memang sangat best dan selamat sebab ada Team Escape yang akan pantau kekanak kat sini. Lebih best dari Playland kat memana shopping mall kat KL ok! Tapi Ariff tetap berkeras tanak main kat sini, dia nak terai games untuk orang dewasa jugak. Dia suka sangat tengok orang buat flying fox... Haih.

Pakai harness

Suka gambar ni. Satu family sukakan outdoor!!

Amarr je tak pakai harness. Terlalu kecik lagi. 

Amarr dapat pakai safety cap je lah. TQ team Escape sebab sudi layan karenah anak aku.. hihihi

Daddy tengah tunjuk Ariff wall yang dia kena climb.

Daddy in action. Tiang besi kat belakang tu adalah Atan's Leap :)

Ariff mula nak memanjat. Tak sampai halfway pun dia dah giveup. Takper sayang, this is too tough for kids your age. Next time kay :)

Me in action. Siap pose gedik kat atas nun. Ada timing tau untuk complete kan setiap level kat sini. Aku punya 35 saat :)

Antara games yang Ariff suka bebenor main. Kereta apa ntah ni. Kena goyang handle tu ke kiri-kanan baru dia gerak. Best tau tapi untuk bebudak sahajor. Amarr tak reti main lagi. So kena tolak.

Ekceli parents not allowed on trek. Tapi, macam aku cakap tadi, weols pegi taim weekdays. Tak ramai orang :)

Flying fox. Ada banyak level kat sini. Minah atas ni buat yang first level. Rendah dan pendek route dia.

Mamoru sempai try obstacle Level 1 dan Level 3. Best gila.
Me tengah buat salah satu obstacle Level 1. Tak sempat nak buat Level 3 sebab Ariff & Amarr dah cranky. Setiap Level ada few obstacle dan beberapa flying fox yang kita kena buat. Once start tak boleh patah balik. Kena habiskan semua obstacles hingga sampai ke tempat kita mula (Menara). Best sangat. Kalau nak buat port ni jadi port dating pun sangat sesuai dari berdating kat shopping kompleks.. hihihi

Me tengah buat another obstacle.

Dalam park ni korang tak boleh bawak masuk makanan dari luar. Kena beli kat cafe yang disediakan. Kat sini semua adalah cashless. Kena beli card yang korang boleh reload ikut suka banyak mana. Harga makanan ok lah. Kalau nak sewa  locker, korang kena beli wrist tag yang berharga RM15 (RM5 je sewa locker. Deposit RM10 returnable). Kat sini juga ada bilik shower (free) kalau nak mandi lepas berpeluh-peluh.

View Escape dari luar

Sangat environmental friendly sampai bumbung pun depa duk tanam rumput

Logo Escape

Port parking pon depa duk tanam segala macam pokok ulam dan sayuran.
Longkang pun ada pokok hiasan oke.

View port parking
Menara starting & ending point. Setiap tingkat mewakili level yang berlainan.
Gambar ni Mamoru snap masa dia nak tamatkan last obstacle Level 3.
Akhir kata, pi la Escape. Memang best!!

visit website derang kalau nak lebih info www.escape.my



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...