KENGKAWAN

Friday, February 01, 2013

Ariff & Direction

Sejak akhir-akhir ni Ariff suka sangat pasang lagu kuat-kuat. Esp bila naik kereta. Bukan lagu kekanak tau. Tapi lagu yang kita orang dewasa layan.

Bila aku suruh slow kan, dia berkeras tak bagi. Ohhh ~ tekanan duduk dalam kereta dengan muzik berdentum-dentam memekakkan telinga.

Nih baru umur 3 tahun. Aku macam boleh imagine kalau dia dah remaja pastu pasang radio kekuat duduk dalam bilik dia nanti. Ohh no no no. Harap Ariff dijauhkan dari menjadi remaja yang lalai.

Semoga Ariff membesar jadi anak yang pintar dan soleh.

Cuba teka ini adalah apa?

              ----->>

Jawapan Aku: Arrow
Jawapan Ariff: Turn Right!

Jawapan yang kreatif. I like!

Ariff dah pandai direction. Berkat daddy ajar setiap kali dia duduk kat kerusi depan bila daddy drive.

Sekarang dia lebih hebat. Suruh daddy turn left or right bila sampai simpang. Pastu suruh daddy slowdown kalau jarak dengan kereta depan dekat sangat.

Bila nampak lampu merah suruh stop. Green suruh go. Dan bila yellow, Ariff jerit suruh stanby. Comel je. Kengkadang sampai bertekak dengan daddy pasal jalanraya punya rules.. haha.

Vocab Ariff semakin luas. Selalu aku dengar dia main sengsorang sambil speaking in english. Borak dengan Amarr pun dalam english.

Amarr dah pandai cakap sikit-sikit. Aritu dia main hide & seek dengan aku. Dia cakap, "Mummy, where are you". Walau dia cakap dengan nada pelat tapi aku tetap impress dengan intonasi dan sebutan dia.

1 comment:

mrs puex said...

pasal trafik lite, yellow- aireen ckp bersedia utk laju sbb klo yellow jek papa die melajuuu sesaje..haihh!!..
sungguh berpengaruh kan ank2 kite ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...