KENGKAWAN

Tuesday, April 30, 2013

Mood keje bercelaru.

Asyik fikir tentang orang. Sedih sana. Sedih sini.

Teringat kat Kak Nor. Dah lebih 2 minggu tak jenguk dia. Kak Nor
disahkan positif kanser saraf (Rabdamyo Sarcoma)

Ingat lagi bulan lepas masa jumpa Kak Nor kat majlis kenduri kahwin
adik ipar aku. Kak Nor banyak duduk rehat je. Dia nampak penat. Kurus.
Dia tarik tangan aku duduk sebelah dia.

"aD.. Doktor cakap, akak dah takde harapan lagi"

Sedih gila. Tapi aku kontrol air mata. Aku susah sikit nak menangis
depan orang. Aku tengok Kak Nor. Muka dia tenang tapi air mata dia
mengalir.

"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya"

Terngiang-ngiang ayat tu dalam kepala ni.

Kuatnya Kila & Kak Nor.

Aku sendiri pernah dapat dugaan hebat masa arwah ibu meninggal.

Kuat ke aku masa tu? Mungkin.. Kalau tak, aku takde kat tempat aku sekarang ni.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap orang akan melalui saat
kehilangan dan kesedihan ni. Masa je penentu bilanya akan terjadi.

Semoga Kila kuat semangat. Dan semoga Kak Nor juga kuat menahan sakit.

1 comment:

Shaifullah said...

I would recommend SariAge Gard: http://www.saristemcell.com/web/portfolio/sari-agegard/....ramai dh yg cancer try ni jd ok, esp Sarimah, who had a stage-4 cancer, but after taking this stemcell SariAgegard, doc has confirmed that her cancer gone away.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...