KENGKAWAN

Thursday, April 25, 2013

Sabah day 4&5 : Jenjalan Kundasang, Tamparuli, Tanjung Aru, etc

Jenjalan Desa Dairy Farm kat Kundasang. Tempat ni sehala je dengan perjalanan ke Mesilau Nature's Park. Cantik view dia. Awan rasa rendah je sebab atas bukit, kan. View macam kat New Zealand dairy pun ada hihihi. Ramai orang shooting gambar kahwin kat sini :)

Cuaca best, tempat lapang, apalagi.. masa untuk berlari tanpa hiraukan mummy yang terpekik-pekik panggil dua budak comel ni! Gereemmm

Dengan adik no 7. Uncle Uj

Nih taim kat Kundasang Memorial Park. Sebelum ke sini, kami sempat pegi melawat Mesilau Nature's Park. Saje mengimbau kenangan 7 tahun dulu masa memula datang sini naik Kinabalu dengan Mamoru. Tapi, cuaca kat Mesilau tak best sangat. Hujan je.. sama macam kat puncak Kinabalu :(

Kat pekan Nabalu kot. Buah nona ni besauuuu gila. Dah macam buah durian je rupa dia. Nak makan pun ngeri. Nona buah fav iols tau.. hihihi

Kat Tamparuli... melawat rumah terbalik. Banyak gila tempat kami berjalan dalam sehari. Maklum lah semua tempat menarik sehala je perjalanan dia menuku KK Town. So singgah je lah. 

View rumah terbalik waktu malam. View dalam rumah takde. No photos in the house katanya. Weols nak gi melawat jambatan Tamparuli yang legend tu.. tapi dah malam lerr... so straight ke Kota Kinabalu je lah

Ariff experimenting with my Camera

Muka berlengas berjalan satu hari.. hihihi. 

Sayangggg budak kecik dua orang ni.. Cepat lah besar, mummy nak ajak gi naik gunung :)

Jenjalan Pasar Gaya the next day.. best jugak. Memacam menda ada jual kat sini. Cuma yang tak tahan tu.. cuaca panasss gila.. 

Aisya & rabbit. Oh, binatang ternakan macam anak ayam pun ada jual kat pasar nih tau.

Ariff & Amarr kat English Garden are Kundasang

My handsome boy.. :)
Kat pintu masuk Dairy Farm

Me & Aisya kat pasar Gaya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...