KENGKAWAN

Thursday, July 25, 2013

Sembangtak berilmiah

Last week terserempak dengan Zam kat lrt Plaza Rakyat. Dia baru balik outstation. Aku baru balik keje.Dia cakap:

Aku tengok beg ko (Deuter)
Tengok jam ko (Suunto)
Tengok kasut (Timberland)
Rasa macam dah betul nih ko.
Pastu tengok sweater pulak (Columbia)
Confirm nih mesti ko.
Tu yang aku berani tegur.

Sengal tau dia nih. Macam laa tak pernah jumpa aku sebelum ni. Sampai boleh buat statement lucu camtu.

Obvious sangat eh dressing aku? Dressing camni la yang buat aku dapat gelaran "fashion terrorist"...

Cuma bab sweater je kebetulan aku pakai sebab pagi tu hujan. Selalu tu pakai kemeja. Takpun singlet atau sleeveless (cover dengan coat/blazer)

Kenkadang bila datang sewel, dengan kurung pun aku sauk kasut timberland. Bukan kasut kasual ye.. kasut hiking oke.. huhuhu

Dulu, masa kakak A ada (fashion police) kat dalam dept, rajin gak aku tukar heels bila masuk ofis. Start dia kena transfer tahun lepas, nan hado aku tukar-tukar kasut. Koser. Meeting pun aku masuk pakai kasut hiking...haha. Fashion terrorist sangat kan...

Sampai ada la few kaum LGBT duk peratikan aku. Depa ingat aku sekapal la tuu... But no no no. Ahkak idak la straight macam pembaris (statement berani mati..haha), tapi ahkak adelah sangat devoted dengan soulmate ahkak sekarang. Ko gila. Aritu keluar paper pasal suami bakar diri pasal bini bercinta dengan pompuan. Jangan carik pasal.

Oke dah banyak merepek. Dah azan. Jom solat. Hari ni 16 Ramadan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...