KENGKAWAN

Tuesday, October 08, 2013

Weekend wife

Sorang colleague kat opis aku mengadu maid dia nak balik Indon. Dia risau tak dapat nak juggle between house chores dan keje ofis. Dia ada sorang anak form 3. Husband keje Petronas. Hmm.. yang ni I dont get it.

Sorang lagi colleague mengadu maid lari. Dia risau tak ada orang jaga baby. Dia ada 3 anak kecik. Yang keempat coming soon. Husband selalu overseas.  Yang ni aku faham kalau dia mengeluh. Sejuta kali pun aku faham

Sometimes kita tak reti nak bersyukur.

Aku pun kengkadang mengeluh jugak. Masuk tahun ni dah tahun kedua aku jadi weekend wife. Dengan dua anak kecik lagi. Life's a bit tough.

Tanpa bantuan maid pulak tu. Memang agak huru hara. Tapi nak buat macam mana. Nak transfer takde kekosongan. Takkan nak berhenti keje pulak. Hutang rumah, keta saper nak bayar? Nak tanak kena terima je lah.

Serious cakap lah jaga anak sengsorang memang payah. Life jadi macam robot. Takde rehat. Nak suap nasi kat mulut sendiri pun tak sempat. Yelah, budak kecik bukan faham kalau kita cakap "tunggu kejap". Dia kalau nak apa-apa, kena entertain taim tu jugak. Kalau tak dia punya mengamuk.. haih.

Nenek aku penah cakap. Layan anak sampai nasi dalam pinggan kembang dan sejuk. Tengok pun tak selera nak makan dah.

Kata nenek lagi,  kalau tak pandai bagi masa taim jaga anak, pegi kencing pun tak sempat nak cebok (basuh).. haha. Ekceli bahasa nenek aku kasar lagi. Maklum orang Melaka. Ini pun aku dah translate guna ayat yang paling sopan.

Ada anak kecik kat rumah bermakna, rumah akan sentiasa bersepah. Kalau anak sorang, boleh cope lagi tahap bersepah tu. Kalau dua atau lebih.. humangaiiiii. .. derang punya teamwork dalam menyepahkan rumah memang mantap. You can never have a tidy house. Semenet pun tak boleh. Never oke. So, bersedia untuk duduk dalam sarang tikus.

Tipulah kalau aku tak rasa down. Aku manusia biasa beb. Bila stress & penat, emosi jadi tak tentu. Rasa nak nangis, nak marah, nak jerit, etc.

Tapi yang bestnya, tho anak buat aku stress, anak jugak adalah ubat yang paling mujarab untuk semua masalah emosi kat atas ni. Pasal tu lah aku tak bagi Mamoru bawak anak-anak tinggal dengan dia. Without my kids,  I'm nothing.

Rutin aku start seawal pukul 4.30 pagi. Kemas rumah yang macam tongkang pecah. Prepare susu and breakfast untuk double A. Prepare baju sekolah, baju spare etc. Kalau bangun on time, sempat la exercise rope skipping n push ups (penting untuk maintain mental & body fit). Pastu mandi.

6.30am mandikan double A pulak. Lepas breakfast hantar derang pegi school. Pastu pegi keje. Kalau tergerak nak keluar berjalan, time ofis hour je lah boleh pegi.

By 6.30pm fetch double A dari school. Sampai rumah dah malam. Masak simple dinner untuk double A. Lyan derang main toys. Golek-golek kejap dah pukul 10pm. Time to sleep untuk double A. Aku either tertido sekali dengan derang atau berjaga untuk study or draft entry for this blog.

Thats it.

Bila baca rasa macam aik biasa je. Tapi try jaga budak kecik tengok. Kalau takde kesabaran konpem kes dera berlambak-lambak.. hahaha.

Tu yang duk garu kepala kalau orang tanya bila nak tambah anak lagi.

Cukup lah dua orang nih kot. Hahaha. Seriau nak go through all the hassle, worrying, baby blues or stress bila ada baby kecik. Guess I'm not so lucky cos I don't have my mom, or mom-in law to help me with the baby. I dont have maid too. Too scared to get one.. haha. Husband pun jauh. So, berpuas hati  je lah dengan apa yang ada.

One day, when my kids grown up and start to live their life, aku nak spend my time travel the world. Hiking Anapurna circuit ke, backpacking, climbing, etc... hahaha. 

Cover balik time yang aku sacrifice untuk besarkan dua budak comel ni. Reward myself. Lagipun, bila anak dah besar, aku akan jadi less important dalam hidup derang. I'm ok with it.

I just have to make life more beautiful for my future. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...