Was supposed to be on leave today. Tapi ada urgent meeting. Whatever.
Anw it is okay. Esp bila my boss personally call aku sampai 2 kali pagi ni just to say thank you sebab sacrifice my cuti.
Err.. jangan nak thank you aje yer boss. Nothing comes for free.. haha.
Ada benda buat aku tersenyum bila masuk ofis pagi ni. Serious lawak. Seram pun ada la sikit.
Jumaat lepas, aku stayback kat ofis sampai pukul 10 malam camtu. Settlekan keje sebab this one whole week supposed aku tak masuk ofis langsung.
Taim tu tinggal aku berdua je dengan sorang colleague dalam department. Memang sunyi gila tingkat 26 ni walau kat tetengah KL.
Tengah sibuk buat keje aku terdengar colleague aku ni (dia pompuan) terkejut. Dia duk tenung cermin tingkap yang menghadap klcc. Muka dia pucat gila.
Aku tegur dia. Tanya ok tak?
Dia toleh kat aku pepelan. Dia cakap dia nampak sesuatu kat tingkap. Dia nak cakap something lagi tapi aku cecepat angkat suruh dia stop. Aku rasa aku tahu apa dia nak cakap.
Serious, muka dia dah macam orang nak kena histera. Cuak aku dibuatnya. Aku ni nak kata berani, takde lah sangat. Nak kata takut, tak terasa lagi taim tu.. haha.
Aku tanya dia nak balik ke? Kalau nak balik, jangan tutup lampu. Aku nak stay sikit lagi.
Tapi dia insists aku balik sekali. Laju tangan dia capai beg pastu tarik aku jalan keluar dia dia. Tak sempat aku nak shut down pc. Sempat off monitor je.
Keluar aje lift kat ground floor, baru aku tanya kenapa dia jadi camtu.
Katanya, dia nampak something. Aku assured cakap maybe burung yang melintas depan cermin tu. Yelah, level 26 tu tinggi kot.
Tapi dia geleng-geleng. Dengan muka still pucat, dia cakap that "thing" bukan dekat luar tingkap. Tapi bebetul kat belakang dia. Dia nampak reflection dari cermin tingkap depan dia.
Erk.
Aku tak terkata apa.
No comments:
Post a Comment