KENGKAWAN

Saturday, August 09, 2014

Longchan

Orang Melaka ja kenal air minuman ni. Ada yang panggil air legend.. haha.

Air Longchan ni dah wujud dari zaman tok nenek aku. Tak pasti pulak tahun kewujudan dia.

Dari dulu sampai sekarang, asal raya je mesti nenek aku beli air ni. Sampai dua box kayu. Setiap satu box ada dalam 56 botol kot. Lupa nak kira. Ada macam2 perisa, Sarsi, Oren, Ais Krim Soda, Anggur, Buah-Buahan. My fav is Sarsi! Seddappp gila.

Harga satu box kayu RM56. Tapi, next purchase, kalau korang return semula semua botol kaca dalam box tu, dan beli satu box lain, harga dapat murah lagi la. Kalau tak silap RM42 camtu kot. 

Dulu harga sebotol Longchan murah beb.. doposen ke limaposen ja. Sekarang dah seringgit sebotol kat kampung aku.

Packaging pun diaorang dah start guna botol plastik 1.5liter. Aku kureng sikit botol plastik ni. Tak nolstalgia la beb. Ramai orang Melaka suka beli Longchan dalam botol kaca. Walaupun nampak macam tak praktikal, berat nak mamps satu box tu, tapi we still love the old ways.. haha.. setuju kan orang Melaka?

Botol kaca, box kayu. Sangat environmental friendly. Harap company Longchan ni still kekalkan penggunaan botol kaca sampai bila2.

Aku bukan penggemar soft drinks. Jarang la nak tengok aku minum coke, pepsi, mirinda, etc. Maybe sebab kandungan gas dia banyak sangat. Dah macam apa je bila buka tin coke tu siap berasap2 berbuih2 bila nak minum.. hahaha.

Tapi Longchan aku boleh terima. Rasa dia just nice. Tak tau la nak describe macam mana. Sesuai la dengan tekak aku.

Dulu aku ingat semua air dalam botol kaca sama ja rasa dia. Tapi sebenarnya tak. Aku penah minum air botol camni kat tempat lain. Tapi dari manufacturer lain lah. Rasa memang kelaut kedarat keparat semuanya. Sejak tu, hanya Longchan dihatiku.. cewah.

Stok Longchan kat rumah aku. Need to restock immediately. Raya belum habis lagi! Kena balik Melaka beli. Emergency!


Repost instagram photo. No wonder la asal raya ja payah nak cari stok Longchan. Sampai pegi kilang Longchan kat Rembia un tarak stok. Mana taknya, satu family je beli lebih 10 box! 


Logo Longchan. Lain dari logo ni aku tak minum.. haha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...