KENGKAWAN

Tuesday, February 24, 2015

Rutin baru mummy

Still tak biasa lagi dengan rutin baru - ambil Ariff dari kelas tuition pukul 8.30 malam. Nih baru minggu kedua Ariff tuition. Still terkejar2 lagi. Maybe masuk minggu ketiga nanti biasa la kot. Boleh rilek sikit :)

Tentang Amarr: Demam Amarr belum kebah sepenuhnya. Siang tadi Aunty Atikah cakap hidung Amarr berdarah. Badan dia panas.

Nih hari ke-3 Amarr demam panas. Dah bawa pergi klinik. Tapi demam dia on-off. Esok kalau takde perubahan, aku bawak pegi PMC je. Amik darah, etc.

*****************************

Minggu ni minggu carbo load. Training so far takde lagi. Last training masa Sabtu lepas. Aku pun tak berapa sihat sangat :(

Ada 4 hari lagi sebelum Nuang Ultra merangkap first run aku untuk tahun nih.

Untuk Nuang Ultra ni, aku target nak buat 7 loop (70km). Tapi.. memandangkan lepas tu aku just ada 5 hari je nak recovery sebelum aku lari kat Banjaran Tahan, rasa takut pulak nak push untuk Nuang Ultra. Takut muscle tk sempat nak recover.

Rasa macam just nak complete kan qualification loop (5 loop = 50km) ja untuk Nuang Ultra. Konsep janji habis lari gitu. Relax sikit (relax banyak actually)

Tapi.. tapi.. tapi.. arghhh! Aku nak tengok gak kemampuan diri sendiri kat trek balak Nuang ni. Bila lagi nk try, kan? So, stick to plan asal.. cuba untuk buat 7 loops.

I want to win this race (insyaAllah).


Dinner dengan Amarr sementara tunggu Ariff balik tuition tadi. Muka budak demam. Semoga cepat sembuh ya sayang ♡

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...