KENGKAWAN

Sunday, December 13, 2015

Mini me

Azam tahun depan nak jadi orang yang disenangi dan disayangi oleh family, kekawan dan colleagues :)

Wishlist tahun depan nak tambah aset. Nak beli rumah baru. Rumah semi-d yang sedia ada dah bagi ayah & ibu duduk. Dah jadi macam rumah induk untuk adik beradik & ipar duai berkumpul setiap kali balik kampung. 

Dulu masa kekecik simpan azam nak beli rumah untuk ayah & arwah ibu. Tapi arwah dah tak ada. Tak apa lah, ibu tiri pun ibu juga kan. 

Alhamdullilah Tuhan dah makbulkan. Itu je yang termampu buat untuk kumpul pahala. Berbakti pada orang tua selagi mereka masih ada. 

Kata orang, murah rezeki kalau berbakti pada orang tua ni. Moga2 macam tu lah. Semoga dipermudahkan urusan kami dan dimurahkan lagi rezeki kami. Amin.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

With mini-me. Tak jemu2 belek dia ni

Pasrah je awak layan mummy kan.. hihi. Aloha.

2 comments:

Shark Kay said...

bulat molek muka mini me..
gud luck untk wishlist..

miss eimanhikmah said...

sebijik mak dia laaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...