Thursday, December 31, 2015

Brainy Bunch graduation day

Throwback 21 November aritu.

Ingatkan nak post entry bila dapat gambar official  Ariff pakai jubah convo. Tapi tak sempat nak collect kat BBIM. Busy manjang. Later lah buat entry lain or update kat sini ja nanti.

Suka tengok Ariff pakai jubah konvo walau tadika je pun. Mamoru siap amik pakej konvo photography tau. Bayar ratus2 semata nak dapatkan official gambar konvo Ariff. Saja nak compare gambar konvo masa kecik dengan konvo masa kat universiti nanti (insyaAllah, semoga dimakbulkan)

Thanks Brainy Bunch Islamic Montessori di atas 3 tahun yang sangat menarik.

Terima kasih sebab secara tak langsung membantu aku jaga dan didik Ariff. Terutama cikgu Tini, Atikah, Mala, Baizura, Pn Faridah & semua tenaga pengajar BBIM. Minta halal atas mana2 yang terkurang atau terlebih. Especially time aku terlambat fetch Ariff masa balik keje. Maklum lah sorang2 keje KL jaga anak2 & jauh dari suami. Terima kasih sangat2 sebab memahami :)

Tahun depan tinggal Amarr sorang ja kat BBIM. 2016 ni tahun ke-4 dan tahun terakhir Amarr dengan BBIM. Harap Amarr tak rasa sunyi & boleh biasakan diri. Yelah selalu tu ada abang Ariff kan..


No comments: