KENGKAWAN

Sunday, May 22, 2016

Nanite

Esok dah keje.. alaaaaaaa... hihi

Kiddos tidur awal malam ni. Pukul 8pm dah tidur. Tak solat Isyak pun.

Aleesya pun sama. Lepas maghrib tadi dah tertidur.

Penat sangat anak2 hari ni. Dari pagi buat banyak xtvt sama2 kan :)

Now, mommy sorang2 layan movie sambil habiskan ayam KFC & agar2 santan. Harap2 berat badan bertambah la ye. Aritu timbang sambil dukung Aleesya, berat adalah 45kg. Kalau tolak berat Aleesya 6kg ++ agak2 berapa berat mommy? kikiki... jauh lagi laa misi tambah berat badan ni. Masuk bulan puasa ni memang nan hado lah pertambahan berat.

Oh.. baju skolah Ariff lum gosok lagi. Tadi dah susun 5 helai uniform skolah agama & 5 helai baju skolah kebangsaan untuk daddy iron.

Tapi kul 8.30pm tadi daddy dapat emergency call dari Aisyah. Kete dia eksiden langgar motor & kereta depan. Orang yang bawa motor tu cedera parah katanya. Takutnya mommy dengar. Harap semuanya ok & selamat. Sabar na..

Nak gosok baju.. pastu nak zZZZzzzz...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...