Setakat hari ni masih 24oz (max per day)... Masih.. masih.. masih,, kau terindah.. masih ada.. eh!
Dan aku masih berusaha. Masih lagi.. dengan semangat juang yang tinggi.
Setakat ni, usaha masih atas trial & error sendiri. Guidance hanya melalui google. Jujur cakap, buku panduan susu badan yang aku beli baru2 ni tak membantu. Coz cara penceritaan dalam buku tu base on blog entry. Bukan dalam bentuk point & explanation. Kalau baca sekali lalu memang tak faham. Sebab copy paste sebulat sebutir dari blog. Unless, kau memang follow blog author ni, maybe faham la kut. Harap penulis dapat perbaiki penulisan beliau supaya lebih mudah difahami.
Ada orang add aku dalam group whatapps BF Mommies (tenkiuu). Best gak la dapat dengar masing2 punya experience & share info. plan nak hang out & beramas mesra dengan mommy2 semua. kebetulan esok ada screening movie 'Mother's Day' kat cinema. Macam best jer citer tu. Boleh tengok berjemaah sesama!
Jadual pump banyak kali berubah. Masa mula2 masuk keje (February), beria pump 3 kali taim keje. Masuk March, dah start busy, just sempat pump 2 kali kat ofis. Lepas susu drop sebab demam 2 minggu & start period, aku back to rutin asal pump 3 kali kat ofis till now.
Malam memang aku malassssssss nak pump. Direct feed ja. UltraMak is penat & nak tido. Ingat senang ke nak handle 2 kids + 1 baby at the same time? Plus working full time, no maid/helper. Husband jauh/selalu outstation. Plus nak training marathon lagi (kata nak achive sub 4:30 full marathon kann). Matilakau.. uwaa. Agak2, kalau aku rajin pump time malam sure cepat capai mission kumpul 30oz EBM kan kan kan? Tapi, NO, tido time is tido time. Aku nak achieve EBM 30oz without sacrificing my precious tido time (jadi sila usaha lagi ya puan aD!)
Back to the stori mori:
Pump kat ofis memang mencabar. Part bahagi masa nak siapkan keje satu hal, part mentaliti orang2 yang tengok kau pegi pump as 'mengelat buat keje' memang ada. Jadi pepandailah bahagi masa. Yang penting, make sure boss tau kau kat mana & buat apa. Kalau boleh la kan, memang aku nak pump kat workstation je. Tapi meja aku ni port orang lalu lalang coz ada water dispenser kat tepi meja. Segan ahh kang satu department gi amik air duk toleh2 tanya kau buat aper berkelubung dalam pashmina tu?
Luckily kat ofis ni ada sediakan bilik untuk pump susu. Siap ada fridge & sink untuk cuci gadget. Tapi kadang2 aku pump kat surau ja. Sadly, tak ramai staff kat sini yang susukan baby bila dah masuk keje. Pasaipa aku tau? Coz sepanjang 3 bulan lebih aku guna nursing room tu, balik2 nama aku dgn sorang Indian staff je log in kat buku daftar situ. So, tak de geng nak bertukar pendapat. Staff Indian tu pula jenis pendiam & asyik stress ja muka dia. Try gak beramah tamah dengan dia, tapi berpatah2 aku cakap, sepatah je dia balas. Aku buat joke, aku gelak balik. Dia? Nak senyum pun macam bibir tersangkut. Aku rasa dia stress dengan production susu kut (or stress dengan keje).. tsk tsk.. Last2, aku main henfon je la time pump. Tak pun, aku makan nasi lemak masa pump.
Aritu, ada sorang staff lelaki tanya aku pasal breastfeeding. Dia cakap, dia kagum tengok aku gigih ikut jadual pump (sebab setiap kali aku nak gi pump, aku akan inform dia aku pegi mana - in case kalau orang cari). Dia tanya aku makan apa untuk tambah susu & guna pump jenis apa? Fuhhh.. lelaki yang tanya okay! Lelaki! Merah2 muka aku nak menjawab.. haha. Rupanya, dia nak suruh wife dia breastfeed juga. Wife dia tengah pregnant. So sweettt.
Bangga bila orang jadikan kita sebagai rujukan. Cuma dalam masa yang sama, malu juga sebab aku bukan expert bab2 susu ibu ni. saya mak-budak baru belajar.. huhu.
No comments:
Post a Comment