KENGKAWAN

Saturday, August 13, 2016

Aleesya at 9 months 1 week

Morning anak2-anak mommy!

Asal azan subuh, dia celik mata. Senyap2 main sorang2. Tak pun, buli abang2.

Dah mula lepas2 tangan bila berdiri at 9 months. Portable swimmning pool ni pun selamba dia panjat keluar sorang2. Mommy suka letak dia dalam ni kalau nak pi bilik air or dapur. Now da tak boleh laa. Bahaya. Ada orang dah tak sabar nak dapat kaki.

Rambut dah panjang lepas telinga. Tapi belum boleh ikat. Memang messy laa jawabnya. Kalau anak lelaki, laju je tangan ni cantas rambut tu. Untuk Aleesya, mommy pasrah ja. Rambut Aleesya tak melenting2 macam abang2 Ariff & Amarr (ikut rambut daddy). Aleesya ikut rambut mommy kut. Tapi mommy ikal. Tak sabar nak tunggu rambut Aleesya panjang. Nak dandan.. nak tocang2 kan.. 

Gigi atas & bawah dah ada. Apa mommy makan, semua dia nak rasa.
Now Aleesya dah pandai manage gigi. Dah tak gigit mommy. Sebab aritu dia kena marah dengan daddy.. hihi. Daddy tegur2 dia, terus dia nangis.. haha.. dah faham bila kena marah. Mommy pulak selalu guna taktik 'air mata'. Buat2 sakit dan nangis bila Aleesya gigit breast mommy. Tak sangka Aleesya faham. Dia pakat sedih sama bila mommy sedih. Comel! Suka sakat dia.

Next appointment untuk immunization masa Aleesya genap satu tahun (in November nanti). Haishh.. kejap betul nak setahun.

:)

Nasib la awak perempuan.. Nasib baik juga mommy awal2 dah pesan kat anak2 lelaki supaya jangan sesekali pukul atau sakitkan perempuan. Sabar je la abang 2 bila kena kacau gini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...