KENGKAWAN

Tuesday, August 06, 2019

Day 6 #KiddostakesAustralia : Hello again Gold Coast

Alhamdullilah flight dari Melbourne ke Gold Coast smooth. Perjalanan amik masa dalam 2 jam 30 minit.  Kami touched down dekat pukul 10 malam. Cuaca dalam 18°c. Nice.

Kami amik grab dari airport ke Cavill Avenue. Grab dia besar macam van. Amarr request nak duduk kat seat depan sebelah driver. Pakcik driver tu kata, "Its alright mate,you can read the map for me"

Tapi Amarr tertidur halfway. "Lucky we arrived at the correct place. My partner slept hafway", kata pakcik mat salleh tu. Tergelak2 kami dibuatnya.

Sampai lobby, reception dah tutup, diorang tinggalkan kunci kat safe box. Just key-in password, terus dapat kunci (payment dah buat awal2 thru Agoda). Kami stay 4 malam kat Surfer Paradise apartment. Best apartment ni sebab tengah2 pusat tumpuan. Sebelah apartment shopping mall cavill avenue. Banyak makanan halal kat sini.

Sampai2 je Mamoru terus godek movie. Tv kat hall besarr.. 62inci. Tv dalam master bedroom pun besarr. Apartment ni ada 2 bilik, 2 bilik air, bilik laundry, dining area & dapur yang complete. Sama macam kat Melbourne. Senang nak masak & membasuh. Baju bawak tak banyak so hari2 basuh & dry. Esok pakai balik.. hahahaha

Dining area yang luas. Depa siap bagi extra katil sebab kami berlima. Rules apartment sini strict. Tak boleh sewa apartment satu bilik kalau guests lebih dari 2 orang. Even kanak2 pun kena ambil extra bilik/katil. Bukan macam kat tempat kita, sewa satu bilik tapi sumbat sampai 10 orang.. hihi

Keje aku, masuk dapur buat air or prepare makanan. Anak2 lapar, seharian berjalan hari ni.

Master bedroom.. 

Bilik no.2

View bilik no.2 dari balkoni. Balkoni sini luas dan panjang. Setiap bilik ada balkoni.

Bilik air. Satu kat luar, satu kat master bedroom

Laundry room

View waktu malam. Bawah tu cavill avenue mall

Viee waktu siang

Zoom mercu tanda Surfers Paradise.

Kiddos playing uno card. Ni pagi esoknya

❤️❤️

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...