Friday, June 30, 2017

2 Syawal 1438H

Throwback.

Raya kedua dah ada kat Melaka. Dah sihat. Dah boleh melaram

Tapi dalam sibuk packing boleh terlupa bawak baju raya mommy.. uwaa. Nak melaram camne ni.. Tsk.. Terpaksa mommy pakai je apa yang ada. Takpelah, bagi ana2 melaram ja..

Censored. Tengah breasfeeding Aleesya. Breast exposure

Complete ❤️

Mommy & Cantik manis

Gewamm tengok dia ni

Aleesya macam anak patung ja

Mommy's BFF

Aww.. cair mommy camni

Little girl

Cik adik nak pi mana tu?

Beraya kat secret recipe.. hihi

Twin beza umur 37 years.. haha

Jadilah family potrait camni..

1 Syawal 1428H

Throwback.

Raya first spent kat kampung Mamoru, Kuala Selangor

Akak demam taim ni. Gambar tak banyak. Sedih. Kena repeat beraya kat Kuala Selangor pasnih.

Comotnya makan biskut raya

Dengan daddy kesayangan Aleesya

Jadilah, family potrait dengan muka demam

Dengan adik beradi Mamoru (4 orang), ipar & anak2 buah

Si cantik yang pandai bawa diri taim mommy demam :)

Thursday, June 29, 2017

Ikut mommy pergi kerja

Hari ni Aleesya ikut mommy pergi kerja. Happy je dia.

Jalan pulak clear. Tak jem langsung. Tak sampai 15 minit dah sampai ofis.

Sempat gi breakfast, gi naik ofis mommy pastu baru turun hantar Aleesya masuk daycare Maybank.

Suka akak2 kat daycare dengan Aleesya. Asyik tersenyum dan tertawa je dia. Aleesya memang peramah. Tak takut orang lansung.

Be a good girl ya sayang. See u at lunch!

💋💋

Wednesday, June 28, 2017

Eh dah raya ke-4

Menu raya hari ni.. hihi.

Tak jeles tengok orang post menu rendang ketupat. Cuma jeles cuti dah habis.

Dah start keje.

Kelangsungan hidup perlu diteruskan.

Hero2 kecil tenggal kat kampung sampai raya ke-7 nanti. Aleesya je peneman kami kat sini coz masih breastfeed lagi.

Bertabahlah rindu. Tak sabar nak balik kampung. Nak ambil cinta2 hati saya semula.

Monday, June 26, 2017

Despacito

Si sabes que ya llevo un rato mirándote

Tengo que bailar contigo hoy

Vi que tu mirada ya estaba llamándome
Muéstrame el camino que yo voy, oh

Tú, tú eres el imán y yo soy el metal
Me voy acercando y voy armando el plan
Sólo con pensarlo se acelera el pulso

Ya, ya me está gustando más de lo normal
Todos mis sentidos van pidiendo más
Esto hay que tomarlo sin ningún apuro

Des-pa-cito
Quiero respirar tu cuello despacito
Deja que te diga cosas al oído
Para que te acuerdes si no estás conmigo
Des-pa-cito
Quiero desnudarte a besos despacito
Firmo en las paredes de tu laberinto
Y hacer de tu cuerpo todo un manuscrito

Sube, sube, sube

Quiero ver bailar tu pelo
Quiero ser tu ritmo
Que le enseñes a mi boca
Tus lugares favoritos
(Favorito, favorito, baby)
Déjame sobrepasar tus zonas de peligro
Hasta provocar tus gritos
Y que olvides tu apellido

Si te pido un beso ven dámelo
Yo sé que estás pensándolo
Llevo tiempo intentándolo
Mami, esto es dando y dándolo
Sabes que tu corazón conmigo te hace bang-bang
Sabes que esa beba está buscando de mi bang-bang
Ven prueba de mi boca para ver cómo te sabe
Quiero, quiero, quiero ver cuánto amor a ti te cabe
Yo no tengo prisa, yo me quiero dar el viaje
Empecemos lento, después salvaje

Pasito a pasito, suave suavecito
Nos vamos pegando, poquito a poquito
Cuando tú me besas con esa destreza
Veo que eres malicia con delicadeza

First time gunting fringe Aleesya.First time gunting rambut dia since aku cukur rambut dia masa baby dulu. Ikut hati tanak sentuh langsung. Nak biar sama panjang dari depan sampai belakang. Tapi kesian.. asyik tertutup mata je. 

Baru nampak mata yang cantik tu 💋

Saturday, June 24, 2017

29 Ramadhan 1438H

Hari terakhir puasa dalam bulan ramadan tahun ni.

Dari subuh tadi masih di dapur kecil di rumah KL. Memasak.

Tahun ni turn beraya di Kuala Selangor. Plan balik sana petang ni. Balik awal pun, tak ada orang. Still aku sorang2 yang masak kat dapur nenek Mamoru. 

So, better masak siap2 kat dapur sendiri pastu bawa balik kampung. Mamoru pun lebih suka aku masak kat umah sendiri. Senang katanya. Kalau masak kat rumah nenek, nanti dia kena jadi orang kerahan sebab tak tahu kat mana letak kuali periuk belanga semua.. haha.

Family Mamoru tak ramai. Kalau campur jumlah adik beradik Mamoru dengan sepupu sepapat dia still tak boleh celen jumlah adik beradik kandung aku. Kalau balik sana sekarang, memang tak ada orang. 

Lauk pauk untuk pagi raya dan lauk berbuka untuk dibawa balik kuala Selangor satgi:

1. Rendang hijau melaka
2. Masak lodeh (lontong)
3. Sambal bilis
4. Bubur kacang hijau campur durian
5. Kek batik
6. Kek lapis
7. Ikan tuka bakar

InsyaAllah, raya kedua akan berada di Melaka pula.

Selamat hari raya buat semua dan maaf zahir batin.

💋💋

Friday, June 23, 2017

Still in KL

Malam ni last tarawikh.

Dan malam ni jugak, tamat lah sesi larian malam dalam bulan puasa.

Esok last puasa, tak sure lagi nak sambung lari sebelum sahur atau macam mana. Tengok lah, kalau tak penat lepas habis  mengemas satgi.

Kalau proceed lari pagi esok, meaning kena banyak minum lucozade. Kalau tak, takut tak cukup energy untuk masak juadah pagi raya pulak kang.

Bulan puasa ni cuaca waktu malam & subuh memang terbaik untuk training. Puas hati dengan jumlah mileage terkumpul setakat ni. Tho bulan ni memang takda buat LSD langsung (coz tak mampu nak berlari jauh lepas berbuka), tapi tetap puas hati. Setiap malam (weekday only), aku lari 10km. Pagi sebelum sahur, another 10 or 5km (depends). Weekend je tak lari sebab busy dengan undangan berbuka & balik kampungs.. hihi.

Oh, ada satu harapan yang belum tertunai. Nak makan McD foldover chicken. Bulan puasa je ada makanan favourite ni tau. Haish. Nak tanak, satgi kena pi cari.

Cikgu cantik

Play pretend.. nak baca surat kena pakai spek katanya..

Transformers movie

Tengok midnight movie lepas running session.

Plan asal konon nak keluar sahur. Jalan2. Tapi bila ternampak billboard movie Transformers, terus belok masuk Sunway Velocity mall.

Movie habis pukul 3 pagi. Memang mata panda la masuk ofis satgi.

Hari ni last day keje sebelum raya! Yeay! 

Dam dam dum, bunyi mercun 🌙🌙🕌🕌

Tak bawa kiddos kali ni.. sebab tak plan kan..

Dah alang2 movie habis kul 3 pagi, kita sahur sekali je lah sambil tengok movie.

Thursday, June 22, 2017

Berbuka kat Pullman Putrajaya

Suka berbuka kat sini. Open space.

Paling best bila banyak attraction untuk kiddos. So, parents boleh makan dengan tenang while entertainers layan kiddos.

Aleesya leka main bubble.

Tengah leka main2 tetiba Aleesya berlari pergi depan stage ni. Siap joget2 sorang2 bila dengar lagu raya. Amboii.. 
Nih gambar masa nak balik. Adik singer tu pun suka melayan Aleesya. Peminat cilik yang suka menari depan stage.

Kiddos dengan clown. Sakan depa nohh.. paw abang clown belon.

Dengan robot pulak.. dapat glowing stick pulak. Sudahnya mommy kena bawak semua belon & glow sticks masa nak balik.

Dengan performers yang main api. Kagum sunggung kiddos tengok abang ni sembur api dari mulut.

Wednesday, June 21, 2017

Superheroes goes to school

Hantar kiddos pegi sekolah petang. Fefeeling jadi surirumah sekejap.. hihi.

Esok sekolah start cuti. Suka lah hero dua orang ni bergolek kat umah. Mommy bagi izin untuk enjoy coz result exam pertengahan tahun ada peningkatan mendadak! 

Ariff masih lagi best student untuk subjek Math & BI dalam kelas dia. Amarr pula dapat highest score Bahasa Arab & Jawi.

Tahniah anak2 mommy. Teruskan usaha ya. 💋💋. Mommy doakan anak2 mommy semua terang hati dan berjaya dalam pelajaran. Amin.

Jangan kena tahan dengan pak guard sekolah sudah.. hihi

Si cantik BFF mommy. Peneman setia ni ❤️

26 Ramadhan 1438H

Lagi beberapa hari je lagi nak sambut raya. Tak sabarnya :)

Bulan puasa kali ni hampir hari2 berbuka dengan air tebu. Nak beli air lain tak berani sebab confirm campur dengan air kosong. So berani beli air tebu je lah. Confirm ori. Cuma kena pastikan penjual air tu buang kulit tebu sebelum mesin sebab takut bahagian luar kulit tebu kena kencing tikus.

Disebabkan terbeli lebih, dan disebabkan air tebu ni cepat masam kalau tak frozen-kan, maka terciptalah air batu malaysia version air tebu ori.

Sedappp sangat! Especially bila dimakan lepas penat berlari malam.

Nom..nom..nom..

Tuesday, June 20, 2017

Baju raya dah siap

Dari tahun lepas lagi mengidam nak berkebaya.

Tak sangka pulak tema tahun ni semuanya kebaya. Tskk. Tak exclusive la camni.. haha.

Penat je beli kain & tempah. Kalau tau tema tahun ni kebaya, akak beli siap je dik. Sama je cantiknya kalau tempah or beli.

Tak pe lah, at least bila tempah ni saiz memang sedap dengan badan kita kan kan kan (pujuk hati haha)

Kebaya ni untuk pagi raya. Raya kedua & ketiga tema lain pulak ❤️

Persiapan semua dah siap. Alhamdullilah. Aksesori rambut Aleesya pun penuh satu drawer. Tinggal nak beli brooch untuk kebaya & songkok untuk my heroes. ❤️❤️

Sunday, June 18, 2017

Happy father's day

To a man who puts his childs needs above anything else in the whole world. Who's doing awesome job by caring, protecting and always being there since the first day you were born. And keeping his promise to always be there for all of you till his last breath.

Happy father's day, Mamoru!

❤️❤️❤️❤️❤️

Tenkiuu for paying our zakat :)

Anak gadis baru bangun tido

Bangun tido pagi ni, dia duk lukis mural kat betis & peha mommy. Mana dapat pen pun tak tahu. Penuh lukisan dia kat kaki mommy.. tsk.

Habis melukis, pi main kat luar pula. Main sarung ja selipar sapa tah.

Si cantik mommy.. tak mandi pun tetap cantik pada pandangan mommy.

❤️❤️❤️❤️❤️

Friday, June 16, 2017

This moment

Ambil lah.

Pergilah.

Kita 0-0.

Semoga bahagia

:)

Thursday, June 15, 2017

Gaya

Pink top
Pink legging
Pink flowery hair clip
Pink princess bagpack
Nude lipstick (dia pakai kat kening, pipi)

Tapi..

..bawa mende ni gi taska.

"Hmm".. tu je mampu mummy kata.

Tak bagi bawa kang, dia merajuk. Muncung sedepa siap tangan silang kat dada. Tanak mummy dukung.

Eh gewam tau tak.

Mummy pun tak tau apa nama mende ni. Pedang ke pisau? Abang Amarr punya toys.

Wednesday, June 14, 2017

Puteri kesayangan

Kesayangan daddy ni.

Semalam gara2 pengasuh mengadu Aleesmata Aleesya yang cantik tu sakit, daddy amik EL dan terus bawak pegi jumpa pakar mata kat Pantai Bangsar. Pakar mata okay.

Gitu tahap kasih daddy pada baby girl. Mengatasi segalanya.

Bukan main happy Aleesya, berjaya buat daddy melayan dia seharian. Walhal, mata dia cuma masuk habuk ja.. huhu.

xo!

Daddy hantar gambar masa tengah tunggu depan bilik Dr Ho. Eyes specialist.

Tuesday, June 13, 2017

18 Ramadhan 1438H

Cepatlah raya.. selagi tak raya, selagi tu tak habis shopping persiapan raya. Haish.

Semalam Mamoru transfer duit dalam akaun. Suruh shopping katanya. Maka.. terbeli lah 6 pasang kasut sekaligus! Itu kasut aku sorang tau. Tu tak masuk beg. Tak masuk baju kiddos lagi. Tsk.

Masuk keta, Mamoru senyum je. Janji pakai katanya. Jangan buat macam koleksi heels aku yang sebelum2 ni. Habis rosak sebab tak pakai.

Baik lah, dengan ini, saya berjanji akan lebih gojes2 dan pakai setiap baju & kasut yang cantik2 hari2.. dan kurangkan pakai dry-fit tee-shirt bila keluar rumah.

💋💋

Monday, June 12, 2017

17 Ramadhan 1438H

Baju raya hunting tak habis lagi.

Lain dicari, lain dibeli.. haish. 

Nak beli baju hero2 tapi pi beli baju si cantik lagi. Kali ni terbeli jubah pulak untuk Aleesya. Seriously tak boleh tahan nafsu tengok baju untuk baby girl.

Hari ni sambung lagi. Kena buat strategy jalan sambil tutup mata bila lalu kat butik baju baby girl. Kalau tak sampai ke malam raya tak jumpa baju hero2 kesayanga. Hiks

Saturday, June 10, 2017

15 Ramadhan 1438H

Terlepas larian sebelum sahur pagi ni. Sempat bangun untuk sahur je.

Penat sangat malam tadi kut. Tak, sebenarnya penat sangat minggu ni. Penat dengan kerja.

Tiga datelines kena kejar. Dan semalam yang paling penting sekali: paper untuk create new income for company. Paper yang kena dapatkan approval bukan je dari company sendiri, tapi dari Bank Negara. Tough.

Gigil2 present draf untuk first paper. Alhamdulilah, boss ok. Cuma kena banyak buat research and masukkan lebih banyak input on TAT & labour cost.

Ok. Noted.

Tapi kita sambung azab menghadap paper ni minggu depan pula. Coz weekend is coming. Dan weekend adalah happy moment untuk aku.

Oh semalam, HR called. Inform tentang flight schedule ke Bali. Aku ada request untuk extend stay kat sana. Dah plan nak amik 4 hari cuti. So, termasuk weekend, aku akan stay kat Bali selama 6 hari. Tapi ada berita gembira, HR cakap, aku just amik cuti 2 hari je. Lagi 2 hari kira unrecorded leave. Aku macam wahh! Bestnya. Jimat cuti 😉.

Lebih happy bila HR invite aku untuk wakil company dalam Rat Race bulan depan. Double wahh! Sebab event ni memang dari dulu aku nak masuk. Cuma, siapa lah aku dulu kan.. talent yang unrecognizeable.. haha.

Alhamdullilah untuk minggu yang sangat stress dengan kerja dan berita gembira dari HR sebagai balancing stress-happiness.

Okay. Lets kemas rumah. Satgi nak pergi shopping baju raya untuk hero2 kecil. Amarr dah bising, aku belikan Aleesya banyak baju raya, tapi baju dia tak ada lagi.

Sory darling, mommy excited tengok baju baby girl. Cute yang amatt! Kebaya, peplum mini kecil buat mommy lupa diri.. hiks.

Monday, June 05, 2017

10 Ramadhan 1438H

Sekejap ja dah 10 hari.

Bulan Ramadhan kali ni sangat tough (in term of work). Nak kena bertahan & kuat sampai hujung bulan July. Harap boleh lulus dengan flying colors. Kalau lulus, aku nazar nak .....

Tahun ni aku cipta rekod. No MC, no EL & no late coming at all! :)

Anyway, selain dari kerja (yang sangat stres) ada certain things dalam bulan ni yang sangat buat aku happy.

Alhamdulilah.

Main bunga api dengan kiddos & their cousins kat Cyberjaya malam tadi.

Tenkiuu adik no.2 & SIL Ida for the iftar menu. Sedappp sangat! Makan sampai tersandar kekenyangan ❤️❤️