Kalau tak sebab Alleycats, memang tak sampai kami ke Penang tahun ni 😊
Dan sebab Alleycats juga, aku pi booked Hard Rock Hotel Penang. Booked 2 bilik. Untuk kami & untuk Ayah. Quite pricey juga lah. Tapi #demiAlleycats kan.
Mula2 tu aku agaak skeptikal nak stay kat HR hotel. Dengar bunyik hotel pun macam ganas. Sesuai ke untuk kanak. Dan ternyata impression aku berubah bila dah stay kat sana. Ok tu nanti cerita kat entry lain (entry trip #kiddostakeAustralia pun tak habis lagi hihi).
Kami drive 2 kereta pi Penang. Masa pegi ikut jambatan Penang yang baru. Masa balik ikut jambatan lama. Saja bawa ayah pusing2. Trip Penang ni bukan setakat #demiAlleycats tapi #demiAyah juga. Susah nak bawa ayah berjalan tau. Dia asyik busy berkebun je. Takut nau kebun dia lari 😂
Kami pergi dua kereta. Nak bawa satu kereta tak muat. Kena beli Alphard la pasnih. InsyaAllah. Sebut je kira doa kan. Aminn. 😊
Tapi, sebelum nak menyampaikan ke hotel yang dituju, banyak betul tempat persinggahan kami. Ayah & Ibu layan kan aje.
Kami pi makan kat nasi 7 benua, Hameed Pata mee sotong, cendol, etc. Sampai ayah surrender tamau makan lagi katanya. Kenyang sangat. Mesti dia pelik tengok anak dia kurus kering tapi bab makan, macam bela saka. Dia tatau pagi tu aku dah lari berpuluh kilometer. Mau tak lapau kan. Ekceli, bukan aku nak makan sangat. Saja nak bawa ayah pusing2 pulau je. Sambil berjalan, sambil makan.
Layan gambaq masa mn the way ke Penang nah. Gambaq lain, kita post lain.
Kat R&R Tapah. Port wajib berhenti kalau ke utara.
Dengan adik bongsu & my princess
Ni dah sampai Penang.
Boleh pulak terjumpa orang kampung kat sini. Bergambaq lagi. Macam kat kampung tak tteh bergambaq kan.. hihi
Ni kat kedai makan Nasi 7 Benua. Selalu tengok runners Penang bridge upload gambar nasi ni. So dapat peluang pi Penang, terus terjah kedai ni.
Ralit tengok staff kedai hidang nasi 7 benua ni. Comei. Nasinya lah.. bukan staffnya.. hihi
Lunch ❤️
Pinggan saya. Lauk boleh pilih lain2.
Aleesya. Dia ni semua dia makan. Senang nak jaga
Mee sotong hameed pata. Pedas. Tapi Aleesya selamber je makan. Dapp katanya
Ayah dah give up tanak makan. Minum je time ni. Perut penuh katanya.