Friday, June 06, 2025

Happy 16th Birthday Ariff

 

Dah 16 tahun dah budak hensem ni. Tahun depan dah SPM. Uwaa.. tak lama lagi Ariff akan melebarkan sayap untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar universiti pula, insyaAllah. Pejam celik, tingal setahun lebih je masa yang ada untuk Ariff bertukar status dari penghuni rumah kami kepada tetamu yang hanya pulang bila cuti semester/cuti kerja. Buka masa yang bergerak terlalu laju. Tapi mummy yang telah menginjak usia tua. 

Sempena birthday Ariff yang ke 16 tahun, mummy doakan agar Ariff lebih tenang, sabar, berani, tabah dan bijak mengatur langkah dan masa agar berjaya dalam mengejar kehidupan yang diimpikan. Semoga Allah swt sentiasa melindungi Ariff setiap saat walay dimana sahaja Ariff berada dibumi Allah swt ni. Aminnn.


Celebrate di Melaka dengan cousins



Bawa Ariff main go cart kesukaan dia



Sesi buka hadiah

Ariff sejenis tak suka makan kek langsung. So beli slicea je lah untuk Amarr & Aleesya.  


You are 16th today!