Wednesday, October 08, 2025

ERCP Procedure

Hari Pertama

30 Sept 2025, 8.30 pagi, sudden pain (lepas makan lontong lauk sambal sodong (sedap giler) kat perut dan merebak ke ulu hati dan ke belakang badan. Sakit sampai ambulan datang jemput kat ofis. Merasalah naik stretcher dari ofis - turun lobby - naik ambulan - sampai hospital. 

Nasib baik hospital Pantai Bangsar ni 5 minit je dari ofis. Tak la lama kesengsaraan aku pagi tu

Kat hospital, macam biasa, susah nak cari urat. 6 kali cucuk baru jumpa urat. Lebam² dua² bahagian tangan kena cucuk 😅

Nurse ambil darah, urine, bagi pankiller then kena puasa sampai tengahari untuk buat CT Scan - Doc suspect appendik tapi lepas CT scan, puncanya sebab batu dalam hempedu. Sebiji batu dah terkeluar dari hempedu dan stuck dalam salur hempedu. Thas why sakit. Dan sedikit bahagian hati jadi radang sebabkan batu tu.

Sebenarnya, dah bertahun² aku tahu ada batu dalam hempedu ni. Tahun lepas pun doc ada remind tentang batu ni. Tapi tu la kan. Selagi tak sakit, buat donno. Lagipun saiz batu tu dalam 3mm kebawah. Aku ingat tak serius la khenn

Tak sangka pulak batu tu boleh terkeluar dari hempedu dan sekat laluan hempedu - menyebabkan bilirubin dari hati tak dapat mengalir untuk mencerna makanan - sebab tu lah ngam² habis makan lontong terus kena attack. Sakit dia sampai susah nak bernafas.

Lepas dapat result, doktor terus nak buat procedure ERCP - keluarkan batu hempedu yang tersumbat dan pasang stent untuk elak kemungkinan batu² lain terkeluar lagi. Proces stent ni pelu dilakukan dalam keadaan patient dibius penuh sebab wayar dan kamera dimasukkan melalui mulut. Tapi... lepas CT scan tadi, aku pi bantai makan roti sebab lapar gila.. Masa tu dah pukul 2 petang kut. So doc suruh warded dan puasa lagi sebelum buat ERCP.

Mamoru ambilkan single room-ward sebab dia nak temankan aku. Tapi, masuk je ward, dapat call dari Ariff. Dia cakap tak sihat. Rupanya Ariff kena influenza. Malam tu aku tinggal sorang² kat ward sebab Mamoru kena jaga Ariff kat rumah. Terbaring je lah aku kat atas katil tak bergerak². 


Hari kedua

Pagi tu, Dr Alex datang, explain tentang ERCP. Kata dia procedure akan dilakukan dalam keadaan aku ditelangkupkan atas katil. Wayar dan kamera dimasukkan melalui mulut terus ke saluran hempedu untuk keluarkan batu dan masukkan stent yang bersaiz 0.5cm. Stent ni hanya penyelesaian sementara untuk elakkan batu hempedu tersekat lagi. Lepas 3 bulan, stent perlu dikeluarkan. 

Pastu, Dr Lim pula datang expain tentang proces remove hempedu. Dua process berbeza. Tapi tak boleh dilakukan pada hari yang sama. 

Dr Lim suggest aku remove terus hempedu sebab dalam tu ada banyak batu² yang akan mendatangkan bahaya kalau terkeluar sekali lagi - maybe boleh libatkan nyawa. Doc explain risiko kalau biarkan batu tu dalam hempedu + risiko semasa pembedahan + kesan lepas pembedahan. I was dumpfounded kejap. Spesiless. Doc bagi masa untuk fikir. Ekceli, aku ada masa 3 bulan untuk fikir. Kata doktor, masa keluarkan stent lepas 3 bulan nanti pun boleh buat pembedahan remove hempedu. So, aku pilih untuk operate lepas 3 bulan nanti.

Tengahari tu Mamoru sampai. Adik no 2 pun datang dengan wife. Diorang teman sampai lah nurse tolak katil ke OT. Adik aku pegi call ayah cakap aku kena operate. Aku ingat nak rahsiakan perkara ni. Nangis ayah bila dapat tahu 😭😭

Kat dalam OT ada ramai betul nurse. Dekat 10 orang rasanya. Diorang suruh aku baring atas katil, pastu spray ubat aperntah dalam mulut aku - pahit. Pastu diorang masukkan penghadang gigi dan suruh aku meniarap. Pastu aku tak ingat apa dah. Sedar² je, aku dah ada kat atas katil lain sebelah katil OT. Pastu buka mata lagi aku dah ada dalam bilik ward. Ramai adik² aku ada dalam tu. Yang aku ingat just perut aku sakit pastu aku tertidur balik. 


Hari ketiga 

Pukul 3 pagi aku terbangun. Semua orang dah tak ada. Toleh kat sebelah, Mamoru tengah lena atas couch. Subuh tu aku try bangun sendiri pegi toilet. Eh boleh bangun..hihi. Takde rasa sakit pun. Boring tak tahu nak buat apa, aku buat excercise: squat, bulgarian splits etc. Tengah² excercise aku teringat aku baru je keluar bilik OT malam tadi 😅

Siang tu Dr Alex & Dr Lim datang lagi (seperately). Aku inform Dr Lim yang aku nak fikir dulu tentang operation remove hempedu. 

Dr Alex pula bagi aku balik rumah hari tu juga. Alhamdullilah. Dia bagi MC suruh reat kat rumah.

Next week ada appointment dengan Dr Alex & Dr Lim (seperate session). Dan aku decided nak inform Doc yang aku setuju untuk buang je hempedu ni. Daripada pembacaan aku, dan info dari kawan², rupanya ramai je orang yg hidup takde hempedu. Kat ofis je dah ada tiga empat orang colleage yang dah buang hempedu.

So, till my operation date, I'll have few more weeks untuk bersama dengan hempedu ni sebelum aku pulangkan semula pada penciptaNya. 

Note: I missed SCKLM due to this thing. Guess its gonna be another long break before I could resume traing for my marathon 😭😭