Thursday, July 09, 2015

Berbuka kat Swiss Garden KL

First time berbuka satu family kat luar tahun ni. Mamoru buat suprise balik KL semata nak berbuka kat KL katanya (actually, dia ada kerja kat ofis PJ).

Nak masak kat rumah, stok lauk dalam fridge dah kritikal. Tak sempat restock. So kat sini je la berbuka (alasan.. haha).

Kiddos sangat behave masa kat sini. Amarr suka sangat makan nasi aperntah. Ariff pulak, macam biasa, makan buah ja.. haha. Dia memang kurang makan nasi.

Mummy & daddy ja enjoy the food. Siap bertambah2. Semua sedap2 :)

Wednesday, July 08, 2015

BBIM Raya photo session

Kelam kabut menyiapkan kiddos pakai baju melayu. Nasib baik memasing tak cranky bila suruh pakai sampin.

Hennsem anak2 mummy. Songkok ja tadak.. mummy lupa beli.. tskk.

Anyway, tenkiu so much to Aunty Tini & Aunty Atiqah for the photos. Meriah. Dah fefeeling raya dah..

:)

Tuesday, July 07, 2015

Ramadan ke 20

Lagi 10 hari nak sambut raya (and birthday yours truly juga.. hihi).

Time ni kena berjaga2. Especially bab kesihatan. Cuaca pulak kejap panas, kejap hujan.. pastu dengan kawasan rumah aku yang kecoh dengan wabak denggi.. haihh.

Last weekend Amarr down with asthma. Nasib baik sekejap je sebab on the dot bawak dia amik nebuliser. Now nak monitor kiddos punya batuk & selsema. Hopefully cepat sembuh ya anak2.. amin.

Ramadan kali ni terasa semuanya dipermudahkan. Pregnant rasa bertenaga. Badan rasa sihat. So far dah masuk 20 Ramadan, still tak ponteng puasa lagi.

Dan alhamdullilah, rezeki murah tahun ni. Rezeki baby agaknya. Syukur sangat.

Dan tadi pun dah settle booking taska untuk baby bulan February tahun depan dan transit untuk Ariff pergi balik sekolah start January depan. Amarr ja stay kat Brainy Bunch. Sebab tak ada keperluan untuk dia pindah sekolah.

Pasnih boleh relax tunggu due date bersalin dan cuti berpantang tiga bulan dengan tenang. Everything already planned & secured :)

Layan gambar kiddos & cousin main bunga api last weekend. Guna lilin ja nyalakan bunga api. Pelita ada tapi minyak tanah tadakk.. uwaaa...




Saturday, July 04, 2015

Me at 5 months 1 week

Appointment dengan Dr Rusilawati kat Al-Islam pagi ni. Ariff & Amarr dulu dia lah yang sambut :)

Suka datang sini. Feels like home gitu. Tak crowded macam kat Hospital Pantai Bangsar. InsyaAllah, baby yang ketiga ni, aku nak deliver kat sini. Dengan Doktor yang sama juga.

Masa check baby tadi Doktor kata, perut aku cantik.. hihi. Maybe sebab perut aku tak ada parut atau stretchmarks walaupun dah pernah lahirkan dua orang anak. Hopefully, pregnant kali ni pun takda stretchmarks juga. Dan really hope this time normal juga, InsyaAllah.. doa banyak2 ya aD.

Note: Tips untuk perut takda stretchmarks? Aku sapu minyak zaitun (virgin) kat perut taim nak tidur. Siang aku guna lotion baby ja.. wangi.. hihi. Yang penting, kalau perut gatal camna pun, jangan garu guna kuku ok.

Tentang baby A:

Alhamdulilah sihat & aktif. Berat baby 440 gm. Almost setengah kilogram compared dengan last two weeks punya berat (273 gm).

Berat aku? Drop 0.8 kg.. jadi 40 kg ja.. tskk. Bulan puasa kut. Makan pun kurang. Takpa, janji makan healthy. More fruits & more greens please aD.

Tadi dapat tengok muka baby. Baby sangat generous hari ni.. Bagi tengok full face.. aww... love u sayang!

Next appointment 27hb :)

Thursday, July 02, 2015

Ramadan day 15

Baju raya semua dah settle. Alhamdullilah. Kali ni tak cerewet puh pilih design coz for sure almost semua tak boleh pakai kan. Perut dah boyot.. haha. So, jangan mimpi nak pakai baju cutting2 ni.

Cuma stress bab nak pilih warna. Kejap nak royal blue, kejap nak turquoise.. last2 pilih gold. Berkilau la raya ni.

Overall, persiapan raya dah complete. Duit raya pun dah siap2 tukar. Tinggal nak beraya aje lah. Tapi aku tak ready nak lepaskan bulan Ramadan ni..

Sekejap je kan masa ni berlalu.. haih.

Anyway, fikir pasal raya, buat aku aku happy balik. Bukan pasal sambutan raya, tapi tentang raya tu sendiri. Tahun ni raya jatuh pada hari Jumaat. Dulu pun pernah rasa raya pada hari Jumaat kan. Cuma specialnya yang ni sebab jatuh bebetul pada tarikh kelahiran aku. Fefeeling satu dunia sambut birthday aku kannn.. haha. Tak perlu birthday present, tak perlu kek, tak perlu wish.. ni je pun dah buat aku tersenyum happy sekarang.

:)

Monday, June 29, 2015

Me & Mamoru - Part 5

Lama gila entry ni duduk berhabuk dalam draf. Since tahun 2012!

Ekceli banyak lagi cerita under draft. Dah siap tapi lupa nak publish. Serious banyakkkk.. even log gunung Murud tahun lepas & log guug Tahan ultralight pun tak berupdate. Nanti lah, ada masa nak cek satu2 draft entry & publish semua.

So here goes, baru tahun ni nak publish the next episode of Me & my Mamoru:

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Dah setahun lebih duduk berjauhan dengan Mamoru. Wonder, macam mana aku boleh survive bila dia takde kat sini kan? Maybe sebab aku still dapat jumpa Mamoru seminggu sekali. Atau mungkin, setiapkali aku rasa macam nak emotional breakdown je, terus tak jadi sebab ingatkan yang aku still boleh jumpa Mamoru bebila masa yang aku mahu. Dan Mamoru is more than willing to drive back to KL all the way dari Melaka whenever I need him.

Tapi, tak boleh lah nak pentingkan diri. Takkan lah nak suruh dia balik tetiap hari. Lagipun aku tak sanggup nak berdepan dengan perasaan risau setiap kali dia kena drive balik semula ke Melaka. Panjang doa aku iringi perjalanan dia. Semoga dia selamat dan sentiasa dilindungi-Nya.

Aritu, aku belek semula entry lama kat blog ni. Esp masa zaman aku belum kenal Mamoru. Zaman taim bujang dan emosi tak begitu stabil.

Aku break dengan Ex-aku (lets named 'him' as Hata) tahun 2005, sebulan sebelum puasa kalau tak silap. Yang aku tahu, since that day, life aku adalah sangat miserable. Sakit hati punya pasal, aku delete my first blog yang aku tulis start dari tahun 2002 (c99/amizgig) dan even my back-up blog (modblog/amizgig). Dan cuba start a new life dengan menulis di Blogspot. Nama asal blogspot ni pun sebenarnya "amizgig.blogspot" bukan "outdoorfreak" macam sekarang.

Taim tu, aku adalah sangat sangat down. Aku ingat lagi hari tu aku pegi keje macam biasa, pastu aku dapat call dari ofis Hata tanya kenapa Hata tak masuk ofis dah almost seminggu. Suprise juga sebab Hata letak nama aku dalam emergency contact kat tempat keje instead of nama family dia. Tapi in second thought, I was lucky to get that call yang akhirnya lead to 'him' whereabout dan our break-up.

Ia adalah break-up yang sangat menyakitkan pada aku. It took me more than a year to get over it. To realllllyyy moved on.

Dalam tempoh tu aku ada juga cuba berkawan dengan orang baru. Lets named 'him' as Nasik). Kami rapat tak adalah lama sangat. Dan our relation pun just last for a couple of months. We're not really an item. Susah nak describe relation aku dengan Nasik. 'He's a mystery person. And I'm a misery one. Kena sangat la tu. So, mungkin ayat yang sesuai untuk aku label relation kami is "Teman-tapi-Mesra (TTM)". Aku ingat lagi satu note yang Nasik tulis kat blog ni in January 2006. His entry tittled "This is from Me". Seriously, if its not because of this letter, I would have no idea how did we break-off. It was me who ended it.

Lepas clashed dengan Hata & relation yang tak berapa nak jadi dengan Nasik, aku get involved dengan satu hobi baru yang aku tak boleh tinggal sampai sekarang: Mendaki gunung!

Selepas Nasik, ada seorang lagi yang pernah singgah dalam hati ni. Lets named him as Sc or Bg. This is another complicated relationship. Another TTM. He's a good man. I appreciate the times when he was there for me. He loves mountain climbing as much as I did.  Ingat lagi masa kami beli tiket untuk group backpack ke Manila in 2006. Kami plan nak mendaki gunung Pinatubo kat sana, tapi masa nak fly, aku tak dapat join sebab terlepas flight pagi tu. Mamoru yang drive aku ke airport. Tapi sebab aku tertidur dalam kereta, Mamoru ingat flight aku kat KLIA. So, dia hantar aku ke KLIA instead LCCT. By time kami pusing semula ke LCCT, departure gate dah tutup. Trip ke Manila bertukar jadi trip ke gunung Bubu. Kena bahan kaw-kaw aku dengan member gunung yang lain. Sampai hari ni derang ingat dan gelakkan aku bila ada peluang. Haih.

Sc? Yeah, he was mad at me. But not for long.

One thing about Sc, dia lelaki pertama yang aku kenalkan pada family. Nenek aku instantly anggap dia sebagai 'cucu angkat'. The rest of my family semua ingat dia bakal suami aku coz aku mana pernah bawak lelaki balik rumah. Even most of my gunung's friend pun ingat jodoh aku dengan Sc.

But, who are we fooling? Both of us knew that we could never be together because of our religions. Sc is a buddhist. He loves me but he also love his religion. At that time, we just value each other presence and be grateful with what we have.  

Relation aku dengan Sc pun tak lama. Few months. Sejujurnya, aku tak suka nak cinta cintun ni. Cukup lah hazabb putus cinta dengan Hata dulu. So, before things gets more complicated, I choose to ended it. It was a very tough decision. Im not sure how we both handle it back then. But glad all ended well. In fact we still keep in touch till now. And he's still my best friend.

Note:
Sc is full with colours - He was my rainbow. He light me up right after rainy days. But like rainbows, it wont last... and so is he. Mamoru on the other side, is my sun. He brightens my whole world. Protect me from the darkness. Chase away the rain & thunder. He's always there for me. Never once fail me from the very first day. If I were given the choice to turn back time. I would always choose to be with my Mamoru. To love him and start our life all over again. Because his love is amazing. I can survive without rainbow. But I cant live without sun.

So, thats it.

Life selepas tu adalah sedikit interesting. Part when peoples confessed their loves to me. PLUs, straight people. Even part when some of them to the extend proposed me in public. Gila malu aku ok. Aku malas nak ambil serious tentang luahan perasaan di angin lalu. Malah, aku pernah challenge derang semua untuk jumpa ayah aku directly and ask for my hand in marriage. Tapi ado yang berani? Nan-hado ok. So, tak salah kan kalau aku malas nak layan confession di angin lalu ni? Huhu..

And yes, aku serious bila aku cakap, I'm going to marry whoever yang have the guts to meet my dad.

To be continued.

NEXT: Macam mana Mamoru boleh proposed. And who came to meet me a few hours before my Nikah ceremony!

Wednesday, June 24, 2015

Cerita semalam

6 hari puasa, 6 hari jugak aku gigih masak tetiap hari. Terpaling rajin.. haha. Tak jejak kaki kat bazar ramadan langsung :)

Hari ni pun insyaAllah nak masak sendiri lagi. Pagi tadi dah keluarkan ikan siakap letak kat fridge bawah. Defrost.

Ok. Ok. Nak cerita pasal semalam. Semalam special sikit tau. No, no, bukan pasal makanan.. tapi..

Tentang Ariff.

Sejak 1st day puasa aritu, aku tak pernah paksa Ariff puasa. Cuma masa sebelum masuk bulan ramadan, aku ada cerita kat dia tentang puasa, kebaikan puasa, kenapa kena puasa, etc.

Ariff faham. Cuma bila aku gurau2 tanya dia nak puasa tak? Jawapan dia

"But, I want to eat during day time"

Aku pun tanak paksa. Yang penting, dia tahu konsep puasa tu macam mana. Selebihnya, biar dia observe sendiri.

Semalam, balik keje teacher Ariff cakap Ariff langsung tak makan or minum sepanjang satu hari. Ariff nak puasa katanya. 

Pagi masa hantar Ariff ke sekolah pun, dia tak ada makan apa2. Cuma minum susu masa aku tengah sahur. Itupun minum sambil tidur.

Sebak sangat tau. Happy pun ya juga. Ariff willing nak puasa on his own. Tak ada orang paksa pun. Dan paling buat aku impress, dia terus puasa penuh satu hari. Takda sekerat sekerat hari.. alhamdulillah, sejuk perut aku mengandungkan dia.

Pagi tadi pun Ariff beria nak puasa lagi :)

Nak balik cepat. Ada geng berbuka hari ni. Nak masak sedap2!

Enjoy gambar Ariff berbuka semalam dengan bubur kacang campur durian & sukun goreng. 

Monday, June 22, 2015

Ramadhan day 4

Spent weekend dengan in-laws kat Kuala Selangor

Misi balik kampung kali ni untuk makeover rumah nenek. Start dengan my sis in-law beli tikar getah baru untuk ganti tikar getah lama kat umah nenek, then timbul idea lain among us nak tukar sofa nenek, meja makan, lampu, dapur gas & mesin basuh.

Plan dgn Mamoru nak sponsor  dining table baru untuk nenek. So semalam pukul 10 pagi dah keluar rumah singgah kedai perabot. Keluar masuk empat lima kedai. Last2 yang dibeli bukan dining table tapi mesin basuh auto jenama Samsung.. hahaha. Beli cash & carry.

Malam tadi lepas berbuka, gotong royong pula tukar tikar getah. Suka tengok rumah nenek dah bertukar wajah. Tahun ni semua in-laws raya kat rumah nenek. Pasai tu memasing bersemangat nak deco rumah nenek bagai.

Esok (hari ni), sofa baru & dining table (sponsored by the other in-laws) sampai. Sure berubah totally rumah nenek kan. Tak sabar nak balik lagi sekali & tengok sofa baru :)

Semoga murah rezeki masing2 sebab berbakti dengan nenek.

Bunga kat kepala.. santek tak?

Ni tukang petik bunga & suruh letak kat kepala. Suka tengok mummy cantik2 eh, Ariff?

Masa on the way cari mesin basuh u tuk nenek

Susah betul nak bergambar proper dengan hero2 ni

Anak aku yang gayat main pasir. Kat key ell mana ada pasir2 ni...

Interprem ja

Bakar ikan kat laman rumah

The boys in action

Sayur turi masak lemak campur dengan ikan cencaru.. setel licin lepas berbuka

Bayam tumis air.. pun settle.

Sambal sardin je pun.. tapi laku tau taim berbuka.. tinggal bawang ja dalam kuali

Ikan bakar ala Portugis.. by the in laws
Bab bakar2 aku tak campur.. hihi

Pelam panjanh yang my in law bagi sebab makyong merengek nak makan pelam panjang. Tho tak sama macam yang aku nak, kira bersyukur je lah kan :)