KENGKAWAN

Wednesday, May 17, 2006

XPDC Gunung Ulu Jerneh





credit to adlin & apexx for diz pics.. (err, nih blog ke photoblog? aku pun konpius oredy)

11 May 2006

Rasanya nih la hari yg kelam kabut dlm bln nih. Serba serbi tak siap.. ingatkan ptg tu nk balik awal. Tp, biasa la.. taim nk balik tu la ada je mender yg nak kena settle. Pening paler macik duk pikirkan barang yg tak packing lagi plus ration yg belum berbeli.. Thank God, Fazi & Chua volunteer nak hantar aku sampai KL Sentral. Kesian kat derang, tak pepasal kena teman aku beli ration sekali..*mahap nahh*

KL Sentral – Jam dah pukul 8.20pm, kak Mai sampai.. then pok Yie. Sementara nk tggu ketapi sampai, kitaorg duduk depan KFC. Kata Chua, biasanya port kat depan KFC tu jd tempat bebudak gunung lepak.. Hm, mmg btul pun coz tak lama lps tu aku jumpa few other trekkers. Tp, derang pegi trip lain.. sempat gak lah bertegur sapa. Satu mender yg aku suka naik gunung nih, bab orangnya.. peramah giler. Maklum lah, pendaki gunung kat me’sia nih, bukannya ramai sgt.. pi mai.. pi mai.. jumpa org yg sama gak.

Our tren departed at 8.45pm. Lepas sesi babai-babai kat Chua & Fazi, kami turun kat platform. Excited giler mlm tu.. first taim naik ketapi katakan.. *gegelak*.. sepanjang perjalanan aku dgn kak Mai tak benti gelak (dia pun first timer gak naik tren nih rupernya).. *hik hik*.. Penat berborak, kiraorg gi kantin plak – supper.. pastu sambung gelak lagi. Bila jam dah tunjuk pukul 1.00 pagi, memasing paksa tidokan diri sendrik. Huish.. giler tanak tido. Esok dh start trekking.. kang pewai plak kalau tak cukup rehat.

12 May 2006

Tido punya tido, tak sedar dh pukul 4.00 pagi. Suppose kami arrived kat Taiping pukul 3.15 pagi – means dah lama tren benti kat stesen Tepeng tu. Nasib baik kak Mai tersedo. Kalau tak, alamat lepas ke Hatyai le.. trekking tgk ‘tiger show’ la jawabnya.. *kah kah*..

Kak Mai : *sambil kejut pok Yie*.. eh, dh kul 4.00 nih. takkan tak sampai Tepeng lagi? cuba pok Yie tengok stesen mana kita sekrg nih?
Pok Yie
: *mamai*.. err.. ni kat stesen Master
Kak Mai
: stesen Master?? biar btul, tak penah dgr pun nama stesen nih. eh, pegilah tanya pak guard tu nama stesen ni.

*gelak tak hingat dunia*.. (matilah stesen Tepeng dikata stesen Master).. ekceli pok Yie terbaca sign board depan pejabat ketua stesen Tepeng tu.. *kah kah*.. sakit perut aku tergelak sakan subuh tu.

Lepas agih-agihkan ration kat tepi railway, kami gerak cari stesen bas Tepeng (aci redah jet taim tu). Mrasa gak la trekking sesubuh gaban kat tengah pekan Tepeng. Kalau diukur jarak bus stand dgn railway station, tader lah jauh mana. Tp, disebabkan memasing tataw jalan, amik masa 45 minit gak la nak cari tempat tu. Sampai je bas stand Tepeng, pok Yie bantai membuta dulu. Aku ngan kak Mai, as ussual.. tak benti-benti gelaknya.

Kul 6.00 pagi, kami amik bas ke Selama. Ada lah dlm sejam jugak nak sampai tempat nih. Sampai je sana, kami terus cari port makan.. lapar sey. Forgot to mention, toilet kat area Tepeng & Selama nih, bersih belaka.. *seriyes*.. (eh, pehal citer psl toilet plak nih?).. ok, back to the story.. masa tengah makan nih, kami jumpa wakil dari team SOS, Am. Pastu baru nampak group yg lelain.. ramai sey.. ada 32 org yg join trip kali nih..*peh*.

Dekat pukul 10 pagi baru sesi pendaftaran settle. Am ckp, utk ke starting point, kami kena naik lori.. *what?!*.. yes, ppl.. naik lori.. lori pasir ok. Susah nak imagine camner nak sumbat 32 org atas lori tu. Mcm angkut bangla pegi buat keje kontrak je aku rasa taim tu.. *sadis*.. eniway, lepas sejam berhimpit atas lori, barulah kami sampai tempat yg dituju.

Lepas taklimat & segala bagai, kami start trekking.. untuk 3 jam pertama, trek taderlah susah mana.. kena tempuh jalan balak je.. lebih kurang mcm kat Nuang. Tapi yg spoil tu.. bab pacat.. *masyaAllah*.. banyak giler sey! Memacam saiz ada.. yg bebelang pun ada! Kalau dikira, dari start trekking sampai last day, tak kurang 50 ekor yg berjaya dibuang dari kaki aku – tapi alhamdulillah, satu pun tak kena gigit. Group lain lagi teruk, bukan stakat kaki.. pinggang.. badan.. leher.. kepala.. also kat tuuut pun kena gigit.. *auww*..

Eh, lupa lagi nak mention, menurut our guide, Mali, gunung ulu jerneh nih mmg jarang org masuk. Start dari tahun 1995 sampai 2006, juz ada 3 kali je org buat trekking kat situ. Kali terakhir wuz like a year ago. Means xpdc kali nih yg kali ke-4 dalam tempoh 11 tahun.. *peh*.. Bila dia dah ckp camtu, aku dh dpt bayangkan apa yg bakal kami tempuh nnt. For sure la kan, kami kena recce trek baru coz trek lama dah hilang.. *azabbb*..

Back to d stori: masa tengah syiok trekking, hujan lebat plak tetiba..*giler*.. kelam kabut aku keluarkan poncho. Azab siut.. jalan dalam hutan taim hujan nih. Ada la dua tiga kali kami terpaksa patah balik sbb tak jumpa trek.. *azabbb*.. dgn selut.. paya.. trek licin.. kena rentas sungai deras lagi.. *peh*.. Tak ingat berapa kali aku terjatuh. Tapi yg paling sadis tu masa aku almost nak jatuh gaung.. *giler arr*.. taim tu, aku jalan sesorang.. guide dah hilang jauh ke depan. Kak Mai dgn pok Yie plak, jauh kat belakang.. ntah camner, aku terpijak tanah licin.. badan tak boleh nak balance coz haversack berat giler.. trek curam lak tu.. haper lagi.. terus tergelincir ke bawah.. terjerit kak Mai bila nmpk aku jatuh.. tp, dia jauh sgt.. tak boleh nk buat apa dah.. apa pun alhamdulillah, nasib baik aku sempat berpaut kat akar kayu & pepokok kecik kat tepi tebing tu. Ada la dlm bebrp minit usaha nak naik atas balik. By time aku berjaya naik atas, pok Yie & kak Mai sampai. Mmg syukur sesgt. If not, tataw la kan nasib aku - kalau tak mati pun, sure patah sini sana.. *gegelak*.

Lepas 5 jam harung trek yg meletihkan nih, baru kami sampai kat first kemsait. Taim nih hujan still turun lagi, Cuma tak selebat tadi. Aku pasang khemah dlm hujan – sejuk toksah citer lah. Pastu, start masak.. perut dah kebulur babe! Makan kat sini mmg mewah. Aku ingatkan lauk team aku ‘grand’.. rupanya team lain lagi advanved.. siap bwk ketam hidup tu!! Mewah tul makan dlm hutan nih.. mengalahkan mkn kat 5 star hotel.

Mlm tu, nothing much la.. team aku tidur awal.. dunt bother pun bila dengar team sebelah khemah duk bising-bising.. tak larat. Seriyes, aku almost pewai utk first day nih.

13 May 2006

Sesubuh gaban kak Mai dah kejut. Lepas buat apa per patut, aku prepared breakfast – nasik goreng + roti telur.. makan sikit pastu selebihnya aku tapau utk lunch.

Kul 10.40 - lepas dengar taklimat dari Am SOS, kami gerak ke puncak. Starting, trek agak santai. Pacat tak byk mcm semalam. Maybe sebab tahap ketinggian kut?. Again, kami kena cross sungai.. tapi kira ok la sebab air tak sederas semlm.

Sampai je kat last water point, kami penuhkan bekalan air memasing. Satu mender yg aku tersedar masa kat sini, aku sorang je yg pikul bekalan air utk 3 org!.. *azabbb*.. lebam bahu sey. Dlm hati nih duk tawakkal je la.. harap air yg aku bwk nih cukup coz kat puncak tader sumber air.

Bila start trekking balik, kitaorg terjumpa tapak kaki maybank (gimau)..*gerun*.. ada kesan tapak yg lama.. ada yg baru melintas.. plus taik gajah yg bersepah, even masa nak sampai puncak. Waahh, nih baru real zoo.. tader pagar!

Masa nak sampai puncak, aku jalan laju giler. Ikut belakang guide. Kira, nombor dua dari depan lah.. bukan apa.. aku tak suka la jalan belakang org yg jalan slow.. boleh down mental nih.. tekanan sey tengok trek yg tinggi mencanak nih. Jauh gak aku tinggalkan pok Yie. Belakang aku, Sapiq dgn Ojas. Budak dua org nih mmg klakar giler.

Arrived puncak almost pukul 3.00 ptg. Terpaksa pasang khemah cecepat coz taim tu dah start hujan lebat + petir. Syukur sekali lagi coz port khemah kami mmg strategic.. kesian gak kat team lain.. kena menimba air dari groundsheet.. Tapi aku rasa, hujan nih hujan rahmat.. dgn air hujan nih la kami dpt tambah bekalan air yg semakin kurang.. lepas jugak la masak megi mee & ngeteh

14 May 2006

Bangun awal. Try gak tengok view.. tak cuNn sangat.. banyak view terlindung dgn pepokok buluh + kabus. Kata Mali, kalau puncak tu clear, sure boleh nampak jembatan pulau pinang.. hm, yolah.. macik tak nmpk haper pun.. tp, tak kisah lah.. dpt layan trek gunung nih pun dah cukup ‘ok’ bagi aku.

Lepas breakfast & bagai, kami gerak turun. Again, aku musti duduk kat depan. Guide kijam.. jalan laju giler non-stop sampai hilang tak nmpk bayang.. terkial-kial jugak lah nak cari kesan yg derang tinggalkan.. silap trek, buleh tersesat woo..

Nasib baik hujan start turun masa kami semua dah sampai trek balak.. *syukur*.. kali nih, poncho juz buat balut haversack je. Syiok gak mandi hujan sekali-skala. Dalam pukul 4.00 ptg baru sampai starting point. Sementara nk tunggu lori sampai, kami semua berteduh bwk fly sambil pekena teh.

Masa tengah tunggu team yg lain sampai, kami dapat tahu sorang trekker (uncle cina), injured. Dia terjatuh dari tebing tinggi – ligament fracture. Alhamdulillah, dapat jugak bwk dia keluar dgn selamat.

Lewat pukul 6.00 ptg, kami naik lori balik ke pekan Selama. Tumpang mandi kat kedai Mali, pastu gerak naik cab ke bus stand Kamunting. Arrived KL dalam pukul 2.00 pagi.. penat giler. Balik umah terus zZzz.


p/s: not in d mood for blogging (byk keje sey).. mrasalah entry hidup-segan-mati-tak-mau dari aku nih..*giggles*

4 comments:

CAPRICIOUSLADY said...

aikss....sungguh menyeramkan dan menakutkan pabila mendengar cita ttg pacat dan juga kisah cik Ad yg hampir terjatuh dari kaki gunung itu tetapi sempat menyelamatkan diri hampir 10 min ngan kekuatan sendiri..ish..sungguh mendebarkan..tau Ad bz, kumpul2 pun tak aper, org sudi gak baca blog nih...hik3..ingat balik kg, sekali g Tepeng manjat eh..anyway..thank God Ad samat g n samat balik..he3...

silver_sulfur said...

No words can describe such beautiful
sight,
Beauty that shines even in the
darkest of nights.
With widened eyes
every guys head turns,
Spirit so high that their passion burns.
You mesmerize anybody that gazes
upon you,
Wishing that they were as gorgeous too.
They envy you from head to toe,
You leave their mouths open with woe.
With every man wishing you to be their
own, And melting even the heart made
of
stone.
They do not care if they are called
fools,
Because they know that your beauty
rules.
And so let it be known
and let it be shown,
No one compares to
the beauty that you own.
The world has become a more lovely
place Since it is rewarded with Such a
BeautifuL FACE

WOE76 said...

A'kum...

Hai..Ad..just nak inform kiter ada bagi awaknyer add blog pada member kiter nama dier jura dier pun suka aktiviti panjat memanjat nih...tur yang berminat nak tgk blog awk...xper ek..manalah tau kut2 leh jointventure skali naik gunung...k...

amizgig said...

capriciouslady:
macih for d concern.. macih gak for d time reading d blod.. *wink*

silver_sulfur:
err.. thanks for the poem? lyrics?..*flattered*

woe76:
long taim x chat ngan awk..*grin*.. bab member tu, aD ok je.. lagi gamai lagi meriah kan.. *aiman tak kisah*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...