Monday, March 26, 2007

tapak kaki toyol

note: entry nih tader unsur seram.

wiken nih tak pegi mana pun. tader panjat gunung.. tader masuk utan.. tader abseiling, wall climbing, water rafting, canoeing or sumernya lah.

yang ada.. juz keje part taim tak bergaji mengecat umah orang. bunyik cam sedih & memenatkan.. silappp tuuuu.. aku enjoy sebenarnya. bestt woo mengecat nih (read as: aD buang tebiat)

ekceli sabtu rituh, aku tolong Chua & Fuzzy mengecat umah. derang sepatutnya pindah ke USJ. tapi last menet, derang tukar fikiran nak stay kat umah lama sekaligus meng-upgrade-kan umah tu. aku pun hepi hepi joy joy laaa sebab derang tak jadi pindah. kalau tak, hilang laa jiran outdoor terdekat yg rapat ngan aku. tuu laa pasal aku sanggup meng-volunteer-kan diri sendiri tulung mengecat. sebenornya, nih kali kedua aku masuk umah derang. first dulu, masa nak agihkan rations utk gunung Bubu.

eniwei, proses mengecat berjalan lancar. hasilnya pun agak memuaskan (even kena cat dua kali sebab tersilap warna). siap ada border lagikk. yang pentingggg trade mark yg aku buat. mrasalah derang dihantui tapak-tapak kaki toyol yg bersepah kat rumah tu.. hiks.

tetiba, aku rasa mcm citer Queer Eyes For the Straight Guys (or kata Chua, "Ape ke Entah for the Straight Guys"). cuma yg bezanya, dlm citer nih, Queer tu stand for aku lah kan (opss).

nih lagu peberet aku taim kekecik dulu. tak sangka Chua ada koleksi lagu Sudirman nih..

Toyol, dia dtg padaku berlari-lari
Tolong, kemana ku kan pergi
Toyol, mengapa pula aku yg kau cari
Tolong, rupanya hodoh woo huu woo

Kepala botak matanya terbeliak
Giginya bertaring merata-rata
Eiy seramnya ku melihat rupanya
Melambai.. melambai ketawa pula

Apa yg kau mahu datang kepadaku
Aku sudah tahu asal usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Padamu toyol sebenarnya ku tak rasa takut
Sengaja aku bersembunyi menggeletarkan lutut
Pergilah toyol jangan ganggu
Manalah ada duit disaku
Mana.. mana.. mana ada

Tiba-tiba aku rasa sakit dikepala
Ku terjatuh dari katilku sungguh besar dentumnya
Rupa-rupanya ku bermimpi
Manalah ada toyol dikaki
Mimpi.. mimpi.. Cuma mimpi

Toyol, jika kau datang lagi kedalam mimpi
Aku ajar engkau menari
Toyol jika kau ada lagi dizaman ini
Aku ajar engkau menyanyi

No comments: