KENGKAWAN

Thursday, January 31, 2008

7 hari lagi

Tinggal seminggu lagi.. dag dig dug di dalam dada.. ahahaha

Hari nih, hari last aku keje. Best gila dapat cuti lelama. Lebih menarik bila cuti kali nih akan mengubah hidup aku untuk selamanya. Kalau korang tanya apa yg aku rasa saat nih, aku akan cakap aku bersyukur sangat dgn apa yg jadi dalam life aku sekarang. Sangat bersyukur.

Start semalam, aku & Mamoru dapat banyak angpow. Even hari nih pun dah ada yg bagi hadiah sempena perkahwinan kami. Rasa nak bukak je hadiah nih, tapi tak bolehhh.. kena tunggu hari langsung.. hehe.

Macam tak percaya je aku nak jadi isteri orang kan? Isteri? (Tetiba rasa cam susah nak bernapas).

Dulu, bila sebut pasal kahwin, aku lah orang first yg akan mencebik. Masa tu dalam kepala aku nih membayangkan memender negatif e.g., cerai, pukul, bermadu, etc. Kononnya, aku ada teori/cara/alternatif sendiri untuk mengelak dari broken-hearted nih. Aku lupa, dalam apa jua jenis relation, baik lurus, senget or bengkang-bengkok sekalipun, risiko sentiasa ada.

Ok, stop, kita tutup cerita pasal dulu-dulu.

Malam tadi pegi Kelang, umah makcik aku. Dia cakap nak tolong hias bilik pengantin. Aku ok je. Dah ada orang nak buat, makin senang lah keje aku. For info, aku takde beli set bilik tido pun. Just guna apa yg sedia ada kat umah nenek. Yelah, kalau aku beli katil lemari baru bubuh kat umah nenek pun, bukannya aku duduk situ. Kang lepas kenduri habis, jadi keje pulak aku nak sewa lori berangkut bawak set bilik tido tu balik KL. Koser lah aku nak buat keje tiga pat kali nih.

Sesambil bincang pasal kenduri, sempat gak aku order kek lapis dari dia. Makcik aku nih orang Sarawak. Lama dah dia duduk semenanjung nih sampai kahwin dgn pakcik aku kat sini. Honestly lah kan, aku bukan penggemar kek lapis. Tapi aku berani gerenti, kek lapis yg makcik aku buat nih memang cantik & sedapppp. Nanti lah aku amek gambor post kat sini.

Aku tataw lagi bila nak balik kampung. Maybe hari sabtu / ahad / isnin.. ntah lah. Ada beberapa mender lagi yg aku nak beli sebelum balik kampung. Lagipun, balik awal kang, konpem tak dapat jumpa Mamoru (hahaha.. itu niat aku sebenarnya). Walau pun tinggal 7 hari, nak menunggu sampai ke Jumaat depan, rasa macam lama gila, ok! Dengan berdebarnya, dgn nerbesnya.. ku tak mungkin kalis rindu.. kalis pilu.. bila kau tiada (nyanyi lagu Elyana) Wakakaka.. gatal je bunyiknya!

Oh, korang jgn ingat nih entry last sebelum aku bercuti. Ada lagikk.. tunguuuu..

2 comments:

Anonymous said...

ad oiii....hang dok kira hari kat sini....buat aker nerbes giler weh.....jgn ler buat aku takut!!kekekekekeke

13may said...

oh! nak kawin ker???

Jaga diri bebaik...ni tengah darah manis ler nih...hehhe

btw, Selamat Pengantin Baru in advance...

Moga semuanya berjalan dengan lancar...

oh ya! thanks for visiting my blog..

Have a nice day ahead!

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...