Wednesday, January 16, 2008

The Lakehouse

Semalam beborak dgn Mamoru. Pasal Centenial program yg dah di-postpone tu. Memandangkan program tu tak jadik, schedule keje aku untuk bulan dua jadi kosong (takde keje lah maknanya tu). Aku suggested kami guna masa yg ada untuk buat short gateway honeymoon lepas wedding nanti - Mamoru pun ok je. Terpulang kat aku nak pegi mana, katanya.

Nih yg buat aku excited nih. Tanpa berlengah lagi, terus aku google te-tempat yg aku rasa menarik. Aku tak pilih port peranginan yg jejauh. Dalam Malaysia je dah cukup. Bagi aku, oversea nih, setakat nak buat backpacking boleh lah. Untuk honeymoon macam tak sesuai je. Costing tinggi maa.. unless kau orang kaya, lain cerita lah kan. Lagipun apa barang pegi hanimun jejauh sampai oversea tapi tidur kat hotel "cap ayam"? Ops..

No offence yer kengkawan. Aku menulis nih pun refer kat kemampuan diri sendiri. Ekceli, memula tu, aku ada tergerak gak nak pilih trip oversea nih (hehehe). Antara tempat yg aku pilih: Phuket, Bali, Manila atau Gold Coast. Bab tiket flight aku tak risau sangat sebab big boss aku, TS nak sponsor. Tapi bila pikir balik, ada beberapa mender yg buat aku pening:

  • Tempat tinggal : Aku tak nafikan lah ada hotel / motel yg murah. Tapi aku kena fikir jugak, tujuan aku pegi melancong nih untuk honeymoon. First time honeymoon pulak tu. Takkan nak duduk hotel murah? Lain lah kalau pegi backpacking.
  • Transport : Nih satu masalah. Confirm kena keluar banyak duit untuk pegi sana-sini. Kalau boleh berjimat naik kenderaan awam sekalipun, satu hal pulak aku nak kena make sure aku takkan tersesat. Again, nak tekan kan kat sini, I'm on my honeymoon. Nak spend sweet time dgn Mamoru together. Bukan nak make ourself sweating finding places sampai memasing kejung kepenatan bila balik bilik hotel.
  • Meals : Jadi satu hal pulak nak carik tempat makan yg halal. Lain lah kalau aku ada contact yg tinggal kat tempat aku nak pegi tu. Takkan melancong tempat yg best-best tapi kena jadi vegetarian.. payahnya. Nak bercandle light dinner dgn seafood? Aku takde hal tapi Mamoru tak suka seafood.. camno tu?
  • Budget : Ok, mungkin aku boleh ikut memana travel package yg ditawarkan. So, tak payah sesusah nak fikir pasal accomodation / transportation. Semua ada orang tolong arrange. Tapi, good package comes with good money maa. Berdasarkan perkiraan yg dah dibuat, aku ada dua pilihan, sama ada; (1) Bayar harga mahal untuk second class oversea trip atau (2) Bayar dgn harga yg sama untuk first class trip dalam negara... hahh pilih.
Atas sebab-sebab di atas, aku dgn rela hati memilih untuk spend cuti dalam Me'sia. Trip oversea nih tangguh untuk honeymoon ke tiga atau ke empat pun bolehh.

Dalam bebanyak tempat menarik dalam Malaysia nih, aku pilih Cameron. Kenapa?

  • Dekat - Boleh bawak transport sendiri. Tayah nak sewa kenderaan lain / bayar tambang (flight / teksi / bot) kalau pegi jejauh. Kelebihan bawak transport sendiri nih, antaranya senang nak bawak balik souvenir penuh satu keta untuk sedara-mara. Mana lah tau kalau aku nak hangkut seguni stowberi nanti senang gitu.
  • Sejuk - Kira ala-ala oversea jugak lah (haha).
  • Familiar - Aku selalu pegi tempat nih esp masa nak naik gunung sebab cameron nih terletak di tengah banjaran titiwangsa. Bebudak outdoor selalu jadikan Cameron nih starting point sebelum bertolak masuk ke dalam hutan. Jadi, kes sesat jalan atau kes tak jumpa tempat makan yg best takkan timbul.
  • Jimat - Dari segi masa & fulus.
Ok, tempat dah settle, sekarang nak pilih hotel pulak. Kat Cameron ada banyakkk gila hotel / rumah tumpangan / apartment untuk disewa. Dalam entry nih, aku tanak cerita pasal rumah tumpangan / apartment sewa. Nama pun honeymoon.. pilih lah tempat yg terbaik untuk bulan madu korang yang pertama.

Antara hotel yg aku cadangkan: The Lakehouse, Strawberry Park, Herritage, Equatorial, etc. Try arr google hotel lain kat tempat nih. Banyak lagi sebenarnya. Tapi yang aku nak pegi nih nama dia, The Lakehouse. Aku belum penah stay kat hotel nih. Tapi dengar cerita orang mcm menarik je. Tengok interior bilik hotel kat tempat nih pun dah buat aku teruja.

Part yg paling best, kat The Lakehouse nih cuma ada satu suite yg paling besar (Honeymoon Suite). Dengarnya dalam suite tu derang siap hias dgn bunga segar yg ditukar setiap hari, buah-buahan dan paling best siap ada fireplace tuu. Merasalah akak berangan duduk kat London.. hik. Nak pegi London bebtul belum mampu lagi. Dapat fe-feeling pun jadik la kan.. hahaha.

Bayatan untuk satu malam kat sini quite expensive jugak lah. Tapi, mcm aku tulih tadi.. daripada spend duit bebanyak untuk dapatkan trip second class kat luar negara, baik spend jumlah duit yg sama untuk dapatkan first class trip dalam negara. Mudah, selesa, jimat & selamat.

The Lakehouse




p/s: Promosi cuti-cuti Malaysia ini tidak ditaja oleh memana pihak pong..

1 comment:

Mel Addlan said...

Cube tgk kt internet, Bala's Chalet. Tmpt tu pn ada 2 honeymoon suite yg cntik sgt2. Price pn consider ok jgkla...