KENGKAWAN

Tuesday, May 24, 2011

Anak-anak yatim

Sedih kan dengan nasib anak-anak yatim yang ditimpa tanah runtuh baru-baru nih. Aku punyalah sebak sampai mengangis bila fikirkan nasib yang menimpa derang. Tak sanggup aku nak baca berita yang ada dalam paper. Tengok gambar pun dah berlinang air mata :(

Aku tak boleh imagine macam mara rasanya diri yatim piatu. Kira bertuah jugak lah hidup aku nih. Walaupun dibesarkan dalam family yang semekin, takde ibu, tapi aku still ada ayah. Mamoru mungkin lebih memahami life anak yatim. Dia membesar dari kecil tanpa ayah dan ibu. Dia cuma ada nenek dan adik-beradik lain (antara sebab aku sayanggg Mamoru sangat).

Kompeni aku keje ni ada buat program tutorial untuk anak-anak yatim. Aku volunteer jadi tutor. Seminggu dua kali ajar derang. Kena sacrifice masa sikit lah lepas habis ofis hour. Seronok. Bebudak nih aku tengok cepat tangkap apa yang kita ajar. Cuma perlu bagi galakkan dan semangat pada derang.

Aku ajar untuk syllabus sekolah rendah. Ok lah.


Nih masa nak balik. Belakang sekali tu student yang aku ajar: Hafiz & Musa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...