Tiga hari lepas aku duk sms dua tiga orang member gunung lama (Muzs SOS, Salan, Sham Castello). Minta derang organize trip ke gunung Korbu-Gayong atau trip Chamah-Ulu Sepat. Dan semalam, Sham Castello dah 'up' trip ke Korbu-Gayong kat Facebook. Wahh cepat! Terharu aku dowh. Tenkiu bro.
Aku memang teringin sangat nak conquer memana gunung since harapan nak mendaki Murud tahun nih tak kesampaian. Pastu ditambah pulak dengan perubahan tarikh pasal trip gunung Tahan aritu. Memang aku takde mood nak naik Tahan. Lantak lah deposit aku RM200 burn macam tu je. Banyak ok dua ratus tu. Kalau buat beli pampers untuk anak-anak aku, cukup stok sebulan!.
Kalau organizer tu ada sifat perihatin dan ada semangat rakan sepergunungan, dia refund balik duit aku tu. Kalau dia still tanak refund, aku takdelah nak marah ke haper, cuma dia telah berjaya membuat aku hilang kepercayaan pada organizer-organizer yang baru nak belajar buat trip. Akan datang, sure ramai orang yang takut nak bayar deposit (yelah takut duit burn camtu je). Lepas nih jangan harap aku nak percaya or bagi support kat organizer baru. Bak kata Karam Singh Walia, "kerana nila setitik, rosak susu secawan". Poodah.
Untuk trip Korbu-Gayong nih insyaAllah aku join. Mamoru dah bagi green light. Adik aku pun dah setuju nak tolong jaga anak-anak aku sementara aku masuk hutan. So just tinggal nak excercise je.
Haih.. gunung Kobu dan gunung Gayong. Kalau tak disebabkan team aku tersasar masa trip Transtitiwangsa V2 tahun 2006 dulu, sure dah lama aku sampai sana. Takperlah, tak lari gunung dikejar :)
No comments:
Post a Comment