KENGKAWAN

Wednesday, May 25, 2011

VIVA Mall

Asalnya nama mall nih, Plaza Uncang Emas (UE3). Terletak bebetul dekat dengan Taman Miharja.

Dulu UE3 nih memang pasaraya yang pada aku amat lah cikai. Luar nampak macam bangunan besar, dalam serupa kedai runcit. Seriyes tak tipu. Memang tersangat buruk. Bau kat dalam tu fuhh.. penuh bau ubat je. Tengik. Aku selalu ikut Mamoru pegi sini sebab kat situ lah port Mamoru beli bebarang ping-pong dia.

Tapi aritu masa nak tengok movie Pirates of the Carribean, Mamoru ajak aku ke VIVA Mall nih. Aku punya lah tak setuju bila Mamoru drive masuk mall nih. Terus mood down.

Tapi bila masuk je parking, aku tengok lawa pulak parking dia (parking free buat masa ni). Pastu bila masuk lif, bertambah sikit kekaguman aku. Bersih. Cantik. Dan bila masuk je Ground floor mall tu, mulut aku dah whoaa.. kagum sikit kat situ.

Tak ramai orang lagi kat sini, tapi semua lot kedai dah dibuka. Ekslusif. Not bad. Restoran pun fuhh.. decorate mengalahkan hotel. Nak duduk makan pun, kena fikir pat lima kali. Kut dia charge beratus-ratus kang, tak pon manalah tau ada dress code nak masuk restoran situ.. huhu haru.

Kat mall ni ada Giant. Aku siap belanja kat dalam tu sampai habis dekat nak tujuh ratus jugak lah.. tsskk. Selalu shopping barang dapur takde lah melampau sampai macam nih. Tapi disebabkan gayat dengan tempat baru, terus otak shopping tu jadi tak waras. Pokai akak dik non..

Paling best, dia punya cinema. Baru, besar, dan best lah. Siap ada 3D cinema lagik. Pasnih, boleh lah ke sini lagi. Dekat sikit dengan rumah kalau nak compare dengan Mid Valley :)

Mamoru boleh perli aku ok. Ye lah, memula tadi kan aku berkeras tanak pegi situ.. huhu.


Nih masa kali ke dua aku kesini. Ariff suka sangat main bola kat centre court. Maklum lah kawasan luas.. customer pun tak ramai lagi ke sini.


Barang penuh tak muat satu troli sampai kena gantung kat luar troli.


Viva Mall.. aku main cilok je gambar nih kat internet.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...