KENGKAWAN

Friday, December 02, 2011

Hensem? Romentik?

Malam tadi baru berkesempatan tengok movie Twilight: Breaking Dawn
selepas seminggu cerita ni ditayangkan. Sadis kan? Ekceli, Mamoru
awal-awal lagi dah beli tiket untuk tengok movie nih masa hari first
ditayangkan lagi (Khamis lepas). Gold Class tau. Tapi.. kan taim tu
Amarr masih dalam ward. Aku kasi tiket tu kat adik aku je. Dia pergi
tengok dengan awek dia.

So, malam tadi akhirnya dapat juga aku tengok cerita ni kat wayang.
Best. Hampir 90% ikut jalan cerita dalam buku. Thats the best thing
bila ada part 1 & 2. Kalau satu buku tu dibuat untuk satu movie je,
confirm banyak scene yang takde.

Kalau tengok / baca cerita-cerita romance macam ni, hero-hero dia
mesti hensem gila. Heroin pulak mesti cun meletop. Serba serbi
perfect. Sedangkan, in reality, apa ingat senang ke nak jumpa couple
perfect camtu?

Ada sorang colleague aku kat sini (yang dah kawin) bagi statement
berani mati, "Kat M*yb**k nih takde lelaki yang hensem".

Honestly, aku bukan jenis mata melilau cari orang hensem. Tapi
statement dia buat aku buka mata dan survey orang sekeliling aku.
Suprisingly, she's right! Walaupun company ni besar gila dan ramai
staff, tapi kat memana aku pusing memang nan ado lelaki yang boleh
dikategorikan sebagai hensem (tak kira lah cina, melayu, india, etc).
Perempuan cantik, ada, banyakk. Tapi bab perempuan cantik nih tak
boleh nak discuss sangat sebab, orang perempuan boleh kelihatan cantik
dengan makeup. So, tak fair untuk lelaki. Sebab, personally aku rasa
kalau orang lelaki pandai grooming dan guna foundation, sure ramai
lelaki kelihatan smart walaupun tak hensem.

Setuju?

Cuba tengok Edward Cullen (Robb) / Jacob Black (Taylor) / Tom Cruise
masa berlakon dalam memana movie. They trim their eyebrows. Buat
hairdo. Pakai foundation, whitened their teeth, manicure pedicure,
hire personal trainer, etc bagai. Apa ingat kalau derang tak buat
semua tu derang boleh nampak hensem? Mimpi lah kan. Sure derang akan
nampak macam tipikal mat salleh yang rambut leper (sesilap botak kat
tengah kepala), freckles melambak satu muka, kening, kumis berterabur,
gigi kuning, eyebag berdouble. bla bla bla etc semua.

So again, back to the main reason kawan aku tu susah nak cari lelaki
hensem, bukan kerana tak ada lelaki yang hensem kat company ni, tapi
sebab tak ramai lelaki yang rajin keluarkan duit untuk groom diri
sendiri. huhuhu.

Movie nite out dengan Mamoru malam tadi adalah sangat best. Stealing
time together without the kids. Spent a couple of hours sitting and
cuddling.. hihi. Macam orang bercinta baru first time dating.

Ok, seriously, Mamoru kalau kat rumah, our rutin adalah sangat
occupied dengan pc/laptop untuk jawab inquiries customer dan melayan
anak-anak. Tu tak termasuk bab aku bz mengemas rumah lagi. Nak
duduk-duduk pegang tangan memang nan hado. By time anak-anak masuk
tidur, kami pun dah terlena sekali. Memang Tak ada life sangat lah.
Jangan kata nak pegang-pegang tangan, nak borak romentik pun tak
sempat sebab asyik la kena menjawab soalan Ariff yang dah pandai
bertanya itu ini. Suara manja-manja memang jarang lah dapat dengar,
yang selalu ada, suara terpekik meleraikan Ariff dengan Amarr.

Rasanya kena selalu curi masa camnih. Esp taim tengah malam. Rasa
macam sangat HOT bila duduk berdua-dua dalam gelap sambil tengok
movie. Mamoru pula suka usap-usap bahu, tangan, peluk pinggang, kiss
rambut, leher, bahu. Serious HOT. Taim tu kalau JAWI serbu, confirm
kena angkut sekali lah. Tapi tak kisah pun. Kata halal-lan toyibbah.

3 comments:

aJa said...

ahaks! auwww...romantik....:)

Angah said...

hahaha..mcm baca cerita diri sendiri je aD!!

and seriously I really need a makeover lah dear...nak penampilan baru! care to help me?

aD said...

aja: kannnn?

amgah: bolehhhhhh! jom, bila nak setart?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...