Wednesday, December 28, 2011

Yes, dapat TV baru!

Remember kami punya Samsung LCD 40 inch tv (Series 3)?

Dah rosak.


Usia tv tu baru 3 tahun. Tataw lah rosak pasal apa. Kalau tengok cerita kat dalam tu warna dia dah tak colorful. Dah rupa warna negatif filem je. Sakit mata tengok lelama.

Yang sedihnya, tv tu rosak lepas bila tempoh waranti baru je tamat 3 bulan.


Mamoru gi hantar baiki kat Samsung. Dekat sebulan jugak lah tersadai kat sana.


Tambah haru bila spare part dalam tv tu dah tak dikeluarkan lagi. Sebab LCD tv tu version terawal yang Samsung keluarkan. Sekarang kan dah banyak version yang lebih canggih manggih, pasal tu la derang stop keluarkan version lama. Samsung siap suruh kami tunggu kot-kot ada spare part dari oversea pulak.


Mamoru dengan aku dah pasrah dah taim nih. Mamoru siap nak beli tv lain. TV LCD sekarang kan dah murah. Takde lah mahal gila macam masa aku memula beli dulu.


Tadi Mamoru call. Dia cakap ada good news dari Samsung. Disebabkan spare part tv kami dah tak wujud dalam pasaran, derang willing nak refund semula duit kami! Secara CASH lagik uols!


Whooaaaa.. macam tak percaya kan? Walhal tv tu bukan under waranti lagi. Thanks Samsung. After sale servis yang terbaikkk! Uols, memang bebaloi beli barangan Samsung nih.


Tapi, yer ada tapinya.. Samsung hanya akan refund separuh dari harga tv yang kami beli. Masa kami beli dulu, harga tv tu RM4000++. Samsung cuma akan refund RM2000++ sahaja.


Takper lah. Tu pun dah bersyukur sangat.


Aku tanya Mamoru, dapat ke kami beli LCD tv 40 inch dengan duit sebanyak tu. Mamoru cakap LCD tv sekarang dah murahhh. Setakat 40 inch, baru seribu lebih.. Laa ya ker? Aku tatau pulak. In fact dengan duit RM2000 tu kami boleh beli yang lagik besar rupanya..


Alhamdullilah rezeki.


Boleh la beli LED tv pulak pasnih kan? hihihi.



No comments: