KENGKAWAN

Tuesday, December 20, 2011

Macam dah tau je result

Semalam stayback sekejap tengok badminton tournament kat lobby. Fuhh... hebaq.. hebaq.

Nana: Hang nak tau tak kita lawan siapa nanti?
Aku: Siapa?
Nana: Tuu kat depan kita tuu (sambil tunjuk sorang budak tomboy dengan kawan dia kat depan seat aku).
Aku: *telan ayaq lioq* abes la

Malam tadi kelam kabut cari kasut nak main badminton. Aku ada kasut trekking je kot. Mana sesuai bawak dalam court badminton. Last-last, aku beli kasut sekolah je. Kaler hitam. Rasa macam pengawas pulak. Tapi best pakai kasut ni. Aku rasa pasnih aku pakai hehari bawak pegi ofis lah.

Nak tau satu cerita kelakar? Tadi aku baru tau tentang badminton punya basic rules : pertukaran servis, kanan servis genap, kiri servis angka ganjil, etc. Gila. Petang nih nak bertanding, baru terhegeh-hegeh nak baca cecara main badminton? Yelah kan, zaman aku main badminton dulu semua pakai hentam je. Sistem markah pun still guna 15 point instead of 21 sekarang ni. Tapi yang lebih haru, si Nana pun dua kali lima macam aku. Baru nak belajar jugak. Macam haremmm. Aku bajet dia lagi terer dari aku.. tsskkk

Haih, aku rasa aku dah tau dah mana hala tuju team aku. Matilaaaa.

Takper Nana, jangan risau. Kalau nak kalah pun pun biar kalah dengan bergaya.. huhuhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...