KENGKAWAN

Thursday, December 13, 2012

Day 4 at PCMB

Ariff pula kena admitted semalam. Symtom hampir sama dengan Amarr.

So, tukar bilik daripada single ke double bedded room. Luas sikit untuk Ariff & Amarr main lari-lari.

Hari tu Amarr jumpa eye specialist. Doctor kata mata Amarr kena serious infection. Ada nanah. Mujur boleh treated. Doktor dah bersihkan mata Amarr. Selang 4 jam, nurse akan bubuh ubat titis sampai 4 jenis dalam mata Amarr.

Nak share pengalaman, kalau baby demam panas dan mata merah berair, terus bawa ke hospital. Never trust clinic doktor kalau dia cakap your baby eyes turned red because of high fever. Lesson learnt.

Tadi bawa Amarr teman Ariff jumpa pakar ENT kat sini. Follow.up checkup. Kalau last week doktor keluarkan bendasing dari hidung Ariff, this week Doktor bersihkan telinga Ariff pula. Doktor buang tahi telinga Ariff yang dah mengeras. Kata doktor, kalau biarkan, akan effect pendengaran dia.

Haih. Macam ni la agaknya mommies yang ada anak-anak kecil.

Sabar. Sabar.

Oh, aku baru dapat tahu Aida akan bersalin first baby kat hospital ni esok. Wow. Lama gila tak jumpa dia. Last masa tahun 2006. Masa aku single dulu.. haha. Aku ada cerita pasal dia kat blog ni dulu. Tak sabar nak jumpa dia esok!

2 comments:

Eliss Mie said...

semoga cepat sembuh anak2 nya.

JaSmIn said...

so comel amar and ariff semoga cepat sembuh ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...