KENGKAWAN

Thursday, January 22, 2015

Demam go away..

Update on Amarr:
Still on medication. Selagi benda yang trigger allergy tu tak habis keluar dari sistem dia, selagi tu allergy dan gatal2 tak hilang. Aku suspect dia ada makan something yang dia tak sepatutnya makan e.g., kacang/oat/udang. Yang pasti, dia tak makan benda2 ni kat rumah. Kat school maybe? Aku dah minta teacher dia list down semua makanan yang Amart consume semalam. Tapi till now belum dapat lagi. Esok kena pegi school, jumpa teacher dia personally.

Update on sendiri punya demam:
Gagah kan jugak masuk ofis hari ni. Walau satu badan rasa sakit2. Banyak benda urgent nak kena settlekan. Tak sure bila aku boleh start lari. Nuang ultra tinggal sebulan je lagi. Performance aku memang drop teruk. Kena start dari zero semula. Uwaaa... naperlah Nuang Ultra mesti ada dalam first list of running tahun ni. Kenapa tak 10km run ja.. tskkkk!

Update on Ariff:
Masih on medication juga. Asthma tak sembuh lagi. Badan dia dah kering melidi macam aku. Haih. Sedih tengok anak2 aku kering melidi. Anak orang lain sihat demok2 ja. Rasa macam fail tanggungjawab sebagai mommy kat situ.

Cepat la berlalu musim demam ni. Cepatlah berlalu cuaca camni..

Aku tinggal mental ja yang masih bertahan. Badan dah terlantar hina kedemaman.. uhuk uhuk.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum.. ank awk ada asthma ke..kt group sy ada anak dia kena asthma..lepas tu dia amalkan asthmadu bio..mujarab katanya..dah lama anaknya x kena lepas amalkan madu tu..cuba awk try..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...