KENGKAWAN

Saturday, March 21, 2015

Padamu ku bersujud



Sangat berharap agar aku dapat transfer keje ke Melaka secepat yang mungkin.

Nak settle down. Nak dekat2 dengan Mamoru. Tanak lagi long distance  relationship. Kesian kat kiddos. Kesian kat diri sendiri gak.

For that, Im more than willing to sacrifice all my outdoor xtvs just to make sure all 4 of us always stay together. Macam dulu2. Lagipun, tak ada apa2 yang nak dibuktikan lagi. Nak run long distance? Ultra run? Ultra hike? I already done that. So what else?

Its time to go home. Build real life. Real happiness.

Bukan maksud aku duduk KL ni tak happy. 13 thun kot aku duduk dan keje kat KL sejak grad. Lebih 10 tahun dari cerita suka duka semua ada kat blog ni.

Cuma, dah hilang semangat nak terus duduk kat sini. Lebih2 lagi bila orang2 yang ada sekeliling aku semuanya nak ambil kesempatan. Baik kawan atau lawan.

Kat ofis memang no mercy. Orang takkan faham macam mana aku handle 2 anak sorang2 tanpa Mamoru. They just want things delivered.

Kat luar pulak most of the time aku berdepan dengan orang yang takkan faham kenapa aku sangat into outdoor. Most of the time orang akan pandang serong bila tahu aku stay jauh dengan husband. Dan most of them akan ambil kesempatan. To them, its weird for woman to run alone. Hike alone. Dengan orang2 macam ni, kalau ada apa2 jadi, yang salah akan terletak kat dahi aku semata2 sebab aku perempuan.

Quote ayat penjenayah dari India, kata dia, kesalahan rogol tu bukan salah dia. Tapi salah perempuan sebab berada di tempat yang salah pada masa yang salah. Dan kesalaham bunuh pun bukan salah dia, sebab si perempuan sepatutnya tak melawan semasa proses rogol terjadi.

So u see.. semua salah perempuan. Sebab, siapa suruh kau lahir sebagai perempuan kan.

Haih.

I need a hero. My protector. Yang boleh kuatkan semangat ni dan lindung diri ni dari diperlekehkan orang.

Harap ada kekosongan kat Branch Melaka. Doakan aku dapat transfer cepat2 ya kengkawan. Please. Doakan family kecik ni dapat rasa nikmat berkeluarga macam family lain :)

Note:
Discuss dengan Mamoru tentang plan nak transfer ke Melaka. And my willingness to forget outdoor. Dia cakap, tak perlu lah sampai lupakan outdoor. Kata Mamoru, its ok kalau nak pegi KL (bila dah pindah Melaka) untuk join running event. Hes very supportive kan..





1 comment:

abdooss said...

Semoga Allah permudahkan segalanya... Aameeen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...