KENGKAWAN

Friday, September 18, 2015

Contraction

Dari pagi sampai sekarang melayan contraction.

Sungguh tak selesa. Perut mengeras, pinggang sakit, etc. Bila nak habis contraction ni?

Nak pegi amik MC pun tak larat. Tidur sampai tengahari kat dalam surau ofis. Kalau MC pun, nak jalan kaki balik ke LRT sure tak larat... tsk.

Kalau pergi hospital, sure kena warded. Tamau la. Esok weekend. Siapa nak duduk hospital time cuti. Dulu masa Amarr pun camni gak. Banyak false alarm. Aku tak rasa aku akan bersalin dalam masa terdekat ni. So, bertahan je lah.

Weekend ni jugak, adik lelaki no.7 bertunang kat Kedah. Semua orang dah busy packing untuk bertolak ke Kedah. Hantaran pun dah siap. Tamau la tersadai kat KL ni.

Sabar ya baby. Rimas dah duduk kat dalam eh? Dah tak cukup ruang nak bergerak eh? Sabar ya.. sebulan ja lagi. Kasi can mummy joli2 dulu ya.

Daddy pun belum siap kemas rumah kat Alor Gajah. Tunggu daddy habis kemas & prepare barang untuk kita, baru baby keluar ya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...