Next week my pregnancy masuk minggu ke 32 or genap 8 bulan.
Rasa macam sekejap pulak baby dah nak keluar. Tinggal sebulan lebih ja lagi.
Nervous? Tak lagi. Tak rasa pun. Cuma penat sikit lah. Bila jalan, cepat mengah (sebab aku suka jalan laju2, tak suka naik eskalator/lift, prefer guna tangga - exercise sikit).. haha. Setakat hari ni, alhamdulillah, tak pernah kena kaki cramps, bengkak, sakit belakang etc. Syukur sangat semua dipermudahkan.
Aritu ja kena tahan wad kat hospital pantai Bangsar sebab fetal movement reduced. Most probably sebab aku demam. Dr Idora cakap baby sihat & everythings normal - tak perlu risau :)
Bab tidur malam pun so far takda masalah. Biasanya pukul 11 malam dah lena. Sampai ke pagi pulak tu. Boleh tidur mengiring or terlentang. Tak ada problem. Sampai ada few times jugak lah aku terkejut bangun tetengah malam sebab rasa macam tak pregnant. Siap raba2 perut lagi takut perut kempis sebab tak rasa pegnant langsung.. haha. Harap kekal sihat takda problem sampai delivery nanti.
No baby's picture. Next checkup sebelum Raya Qurban. Pastu baru kena checkup every 2 weeks.
1 comment:
Semoga semua urusan dipermudahkanNya... Ameeen!
Post a Comment