KENGKAWAN

Thursday, November 19, 2015

Nenek

Hari ni nenek datang bawa kuih kaswi. Homemade okay. Ummm dappp.

Macam2 lagi nenek bawak: Stokin, batu sungai untuk bertungku, pasu bunga (untuk asah kulit kayu manis & putik jambu batu, etc)

Terkejut nenek tau tengok Aleesya dah mandi! Yay! Aku berjaya mandikan Aleesya sendiri.. hihi. Ikukan boleh ja mandikan Aleesya dari awal tapi, saja nak manja2. Lagipun, Mamoru tak kasi. Pastu, nenek pulak tak kasi.. haih..

Subuh tadi, lepas settle mandi, aku mengemas satu rumah & membasuh (masuk dalam washing machine ja pun). Bersemangat tau. Pastu siapkan air mandian Aleesya dan mandikan dia. Best dapat buat semua keje sendiri. By 7.30 am, Aleesya dah siap pakai baju sambil berjemur bawah matahari pagi sementara tunggu mummy settlekan abang2 Aleesya pulak. By 8.00 am, semua dah siap sarapan.

Bab memasak ja tak sempat nak buat sebab nenek dah take over.

So far, terer tak mummy? Haha.


*************************

Aritu ada borak2 dengan Mak Lang. Dia tanya aku;

Mak Lang : Mak Lang pelik dengan kamu masa kamu pilih nak duduk dengan nenek lepas bersalin Ariff & Amarr dulu. Kan lagi selesa duduk dengan ibu & ayah kamu. Nenek tu kan garang. Kamu berpantang dengan dia bukan dapat rehat. Nak kena tolong dia mengemas, bla bla bla.

Aku senyum ja. Gelak2. Tak jawab apa pun.
Yep. Nenek aku memang garang & strict. Dia kaki pembersih. Pantang nampak selai daun bawah pokok depan umah, dia pi sapu.

Rumah dia tak ada habuk sikit pun. Dapur berkilat. Bilik air wangi dan bersih. Rumput2 liar satu pun takda tumbuh kat laman sebab dia rajin merumput (cabut rumput).

Duduk dengam nenek kena bangun sebelum subuh. Walaupun dalam pantang.

Baby pulak pukul 7 pagi dah kena mandi dn jemur bawah matahari (nak elak kuning - no wonder duduk dengan nenek dulu Ariff & Amarr takda jaundice pun.

Lepas anak mandi, pi sarapan sama2 dengan nenek. Pastu mengemas apa2 patut (yang ringan je lah).
Pastu taim nak masak tenghari, pi dapur. Nenek tak suruh pun tapi nenek suka kalau cucu2 rajin ke dapur. Kalau tak tolong masak pun tolong jadi geng sembang cukup lah. Sambil2 tu nenek ajar tips or resepi lauk pauk dia. Aku suka belajar masak dengan nenek :)

Kalau tak sebab rumah nenek ramai anak cucu, dah lama aku suruh Mamoru hantar aku & Aleesya berpantang kat umah nenek.

Aku suka style nenek. Disiplin dan konsisten. Semuanya teratur. Dari sini lah aku belajar manage masa, manage anak, rumah, etc.

Semoga nenek dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik2 selalu.

Kena tempek dengan campuran kayu manis & jamnu batu.. 

Stokin yang nenek bawa.. nenek siap pakaikan tau. Kemain lago nenek manjakan aku. . Ekceli aku ada stokin sendiri. Malas nak pakai ja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...