Tuesday, November 03, 2015

November Rain.. let it rain..


When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin' when I hold you
Don't you know I feel the same

.............................................................

Tahan2 air mata, gugur juga akhirnya depan doktor.

Decision has been made.

Doktor Norlida suggested untuk buat c-sec hari Khamis ni.

Tapi aku pilih hari Jumaat. Penghulu segala hari. Kata orang, hari yang terbaik untuk kelahiran atau kematian. Amarr dulu pun lahir hari Jumaat.

As expected, tak boleh buat general anaesthetic untuk c-sec. Meaning, aku akan berjaga dan witness semua yang jadi dalam OT. Even Mamoru tak dibenarkan teman dalam OT. Not sure kalau ada hospital lain benarkan husband masuk masa c-sec. Tak cukup masa nak survey :(

Texted Mamoru. Update tentang ni. Nak call takut air mata tumpah lagi.

Haih.

Ada lagi 3 hari untuk aku berusaha ubah kedudukan baby.

Nak urut atau buat External Cephalic Version agak bahaya sebab boleh buat ketuban pecah. Macam2 risiko bila dah pecah ketuban nanti. Takut tali pusat baby keluar dulu or kaki keluar. Takut baby lemas etc.

Doktor Norlida tanak aku ada apa2 contraction langsung sebelum operation ni.

So, continue dengan exercise, doa & berserah kepada-Nya yang Maha Kuasa.

Buat masa ni, untuk hari ni, nak spend masa dengan nangis. With hope lepas ni tayah nangis dah. Dah boleh terima kenyataan. InsyaAllah.

Berat baby : 3.5 kg (her head quite big. Maybe sebab tu dia susah nak pusing)
Berat mummy : 47 kg

Note to Aisha (my blog reader): Tenkiu for the tips untuk pakai earphones masa operate. Definitely will do that :)

.............................................................

And when your fears subside
And shadows still remain
I know that you can love me
When there's no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
'Cause nothin' lasts forever
Even cold November rain

4 comments:

aisha said...

ADDDDDD.... dont worry.. for me, you lagi cekal and kuat.. bak kata my friends yang tahu i nak bapak penakut and tak tahan sakit pun boleh kuar 2 baby dah.. hahahah.. both cser..
apapun, tengok la rezki allah nak bagi.. for me, the suffer only the first 2 days.. and my pregnancies i memang asthma and batuk teruk.. and teruk lepas cser sbb sakit kat perut tu bila batuk.. sebab bila batuk, memang rasa cam nak terbukak je (padahal jenis tak tahan sakit)..
yang paling pilu, for my second, hari jumaat jumpa dr norlida, set date tuk cser jumaat depan.. balik umah, tiba2 tersedak.. and damn.. batuk non-stop! esok pagi buta sabtu, gi jumpa dr nolida balik, terus admit tuk settlekan hal batuk.. dari sabtu tu sampai nak nunggu jumaat depan, memang push nak bagi hilang semput.. fisio, on steroid, semua la.. because steroid also, baby terus membesar dari 3kg naik ke 4.1kg you..

even dah sampai khamis malam, doktor bius datang and check whether should proceed with the cser..but memang kena proceed sebab baby dah tidur sgt sbb drugs tu kan.. but they all in Al-islam.. very good.. melayan kita yang memang chembeng ni.. doktor bius even lebihkan epidural for 3 days sbb memang kita still batuk lepas operation.. so kita just terbaring jer la..

but to think about it, actually tak la sakit pun.. just ngilu je bila gerak.. and for both my sons, jumaat operation, sabtu depan dah buat kenduri akikah kay.. dah boleh gerak2 lari dah.. hahahaha

by the way, yg epi tu mitos jer orang kata sakit.. ni dari experience orang penakut kay..i was expecting for the most painful thing.. and siap nangis2 ni pegang bantal.. sambil peluk doktor.. sekali, tak sampai 5 minit doktor bius cakap dah.. hahaha macam hah dah? tak rasa pun..

unlike goverment, Al-islam tak push kita untuk bangun lepas cser.. kalu gomen, besok dah suruh kita diri bangun jalan semua.. hahaha yang ni kat al-islam memang kita manja abis la..

last, masa masuk OT, jangan tengok sekeliling.. nanti buat you takut.. sebab bilik OT dia super sejuk and macam dalam stor peti sejuk.. mata just pandang katil, duduk, lepas epi terus baring, and tekan play.. kalau mata melilau lagi buat you seriau.. eh super sejuk tau and we will be half naked.. you takkan nampak pun apa doktor buat sebab dia tutup ada penyidai..

apa lagik ek.. tak kisah la normal or cser.. as long you and princess selamat yer.. will wait for your update

aisha said...

Lupa lak.. pasal luka tu, kejap je baik.. luaran dia la.. inside tu take long time skit.. try not carry heavy thing at least sampai abis pantang.. and no bekung2 yer.. bagi dia heal dulu.. i sampai sekarang pun tak pernah pegang or tengok tempat operate.. hahah geli.. nanti nak nangis sebab rasa takut..

seri said...

Assalamulaikum Add....Den nih silent reader blog Add. Tak pernah comment pun sebelum nih.

In sya Allah doa banyak-banyak ye. Kita sama-sama harap yang terbaik k.

Kalo Allah dah tetapkan kena czer, kita kena berlapang dada & bersangka baik pada Allah coz itu yang terbaik buat kita.

Berdasarkan apa yang den baca kat blog Add, in sya Allah Add nih cekal & tabah orangnya.

Saya bersalin anak kedua secara czer kat PPUM. Bak kata Aisha, hospital gomen memang suruh kita pergi toilet sendiri esoknye lepas operation tuh. Baby kuning. Den duduk la kat wad 2 minggu tunggu baby kuning. Mak dah lama meninggal. Husband plak kena pesoh anak sulung. So kena buat semua sendiri. Nak tak nak kena angkat baby mandikan sendiri, pesoh baby bawah lampu biru, etc.

Mula-mula memang sakit lepas tuh in sya Allah akan jadi lebih okay. Cuma kesan czer tuh sekali sekala masih terasa ngilu sampai sekarang. Anaknye dah 1 tahun 7 bulan.

Den tak pakai bengkung pun sampai ke sudah coz mula-mula tunggu luka sembuh. Lepas tuh dah jadik malas.

Add jangan stress & sedih ye. Cuba lapangkan hati.

In sya Allah semoga semuanya dipermudahkan.

Anonymous said...

Ad, Insyallah akan dipermudahkan segala urusan bersalin ini. Keep on berdoa. My 2nd child lahir secara normal dengan punggung keluar dulu. Itupun Dr dah decide for C sect the nite before. Next morning terus contraction untuk deliver and Dr Idris Ahmad confident my wife can do it. And the baby is 3.67kg.
Sy doakan semoga Ad dan baby sihat sejahtera.