Monday, November 02, 2015

Tenanglah hati

Esok ada pregnancy checkup kat Al Islam. Pergi sorang2 lagi. Mamoru keje. Bagus lah tak ada sesiapa teman. Kalau tak, sure Mamoru stress tengok aku asyik nangis ja.

Macam dah tau apa Doktor akan cakap. For sure esok Doktor akan schedule tarikh untuk c-sec. Jelas boleh rasa dengan tangan kepala baby kat bahagian atas abdomen. Baby songsang. Punggung baby sebelah kiri & kaki menghadap sebelah kanan.

Untuk kedudukan baby macam ni, ada possibility untuk lahirkan normal. Tapi baby akan keluar punggung dulu.  For sure akan lebih complicated. Dan sakit tu confirm lebih unbearable. Itupun depends pada condition badan dan bukaan birth canal. Kalau tak selamat, still doktor akan buat c-sec. Kalau kaki baby dijangka keluar dulu pun kena c-sec.

Minggu lepas masa checkup, doktor ada cakap pasal kemungkinan komplikasi semasa atau selepas operate. Aku tak berapa dengar part tu sebab terlalu sedih & distracted bila doktor mula cakap pasal c-sec. Macam terdengar doktor cakap kalau ada complication, doktor akan refer aku ke hospital lain. Or was it kalau baby ada complication?

Haih. Kenapalah cembeng sangat sampai tak dengar apa doktor cakap. Macam lah nangis tu boleh selesaikan masalah.

Esok jumpa doktor nak tanya betul2.

Dan kalau betul kena refer hospital lain, aku dah buat back up plan untuk deliver kat hospital Bangsar. Tadi dah call doktor Idora. Buat appoinment untuk pregnancy checkp up Sabtu ni. Nasib baik aku pernah pegi checkup pregnancy kat Pantai Bangsar few times. Senang doktor nak check. Kalau tak, maybe doktor tanak terima last minit punya case or maybe juga kena bayar extra cost dalam RM3K sebab dikira emergency case.

Kos bersalin c-sec kat Al Islam antara RM6K ke RM8K. Aku prefer hospital ni kalau bersalin normal sebab ada history lahirkan Ariff & Amarr kat sini. Kalau yang no.3 ni normal, memang nak bersalin kat sini.

Kos bersalin c-sec kat Pantai Bangsar antara RM10K ke RM12K. Lebih mahal. Tapi aku pernah buat operation buang lump masa kat sini. Macam prefer sini lagi kalau confirm kena operate.

Honestly aku penakut jarum. Masa pregnant ja aku keraskan hati untuk kena cucuk sana sini. Demi baby.

Now, bila dah involve operation. Pisau segala gunting jarum bagai. Haih. Allah ja yang tahu.

Esok nak tanya doktor, possible tak kalau c-sec, aku nak amik general anaesthetic. Tanak half body. Tanak concious masa operation. Tanak rasa apa2. Dan possible tak untuk Mamoru ada sebelah aku sepanjang operation? Or aku kena sorang2 go through all this dalam OT?

Hoping for miracle.

Uncle Ujay layan Ariff main chess. Sejak mummy ajar main chess aritu, sampai hari ni duk paksa semua orang main chess dengan dia. Kalau main dengan daddy, memang daddy kasi dia menang ja. Malam ni main dengan uncle Ujay, memang takda can Ariff nak menang. Ni pun dah lebih 3 games diaorang repeat. Ariff taknpuas hati asyik kalah.. haha. Comel ja tengok Ariff pegang manual. Dia refer in case dia lupa macam mana nak gerakkan bishop atau castle.

My brother ni dah duduk sini balik untuk sementara. Ikutkan dia nak pindah rumah baru. Tapi since aku menunggu hari ni, dia willing temankan. In case aku nak terbersalin tetengah malam buta.

While Ariff & uncle leka main chess, Amarr duduk layan menulis sorang depan tv sambil layan kartun. Dia tulis alif ba ta sambil nyanyi2 lagu alif ba ta sampai habis.


3 comments:

aisha said...

Hi AD.. tabah yer... kita pun csec kat situ dengan dr nolida.. compare to AD, kita lagi bapak penakut nya.. takut hospital, takut doktor.. nak checkup pun siap nangis berbesen2 dulu sambil jumpa doktor.. diorang dah tau sgt pesakit super chembeng ni..


masa csec kat situ, memang siap pujuk cakap nak full.. kasik tidur terus.. tapi diorang tak kasi.. dah takde dah yg jenis full takut mak tak bangun nanti..

Even nak buat2 tidur pun, doktor bius tu tak kasik.. siap cakap borak la dengan saya.. borak.. kita cakap taknak la doktor.. saya nak tidur .. saya takut... and trick yang kita pakai supaya tak dengar kelentung kelentang tu, kita pakai earphone siap2, pasang al-quran.. so hati tenang skit.. so tak dengar la bunyi apa2.. tapi jangan lupa tekan play sebelum start numb tu.. and memang dia kasik pun husband masuk sekali. sobs sobs..

sumpah cakap.. memang tak rasa apa.. cuma badan kita gerak2 jer..tapi mmg numb sungguh.. apa2 pun moga dipermudahkan yer AD..

Anonymous said...

Sumpah nangis baca ni.. dah lah tengah tunggu doktor kat kaunter al islam ni. :(

Tenkiuu sgt share pengalaman csec kat sini. Rasa macam nak tanya banyak2, tp lost words. Tgh berdebar tunggu turn nk jumpa doktor..

Lama tak nak cure luka lepas operate?

abdooss said...

Ariff memang minat chess?
bagus tu...
Saya pun gila chess,,, gila martial arts (taekwondo) , gila lari long-distance (tapi lama giler tak lari) ... he he :D

Semoga selamat semuanya... CHAIYOK CHAIYOK