KENGKAWAN

Thursday, March 17, 2016

Demam II

Setelah tiga hari berlagak kuat, pegi ofis dalam keadaan demam.

Supermak tewas juga akhirnya.

Balik keje semalam terkandas kat parking ofis dengan Aleesya. Tak larat nak drive balik umah.

Badan panas menggila. Tapi sejuk menggigil macam apa je.

Call Mamoru. Dia pun stuck dalam jem kat Kerinchi Link. Mamoru suruh tunggu dia datang. Aku cakap takpe. Aku nap sekejap. Kot2 pastu badan rasa ok, baru aku drive balik.

Sejam pertama Aleesya ok lagi dalam keta. Main2 sendiri. Masuk sejam berikutnya, dia dah start cranky.  Mana taknya, biasa tu setengah jam je dah sampai umah. Ni dua jam duduk dalam keta tak bergerak2.

Tahan telinga je dengar Aleesya nangis. Nak pujuk, suara aku pun takde. Nak nangis sama, air mata rasa kering sebab panas sangat.. huhu

Sampai rumah, Mamoru tunggu kat parking. Amik Aleesya & barang2 semua.

Masuk je bilik, terus masuk dalam selimut. Badan panas, tapi sejuk macam dalam ais. Pakai dua helai selimut pun still gigil2.

Mamoru buatkan air panas. Potongkan epal (tak lalu makan benda lain selain epal). Pastu telan panadol dua biji.

Terjaga tengah malam pulak badan rasa panas sangat. Panas sampai terpaksa buka semua baju. Tinggai suar kecik je. Selimut pun campak tepi.

Mamoru basahkan badan aku dengan air sampai bantal & tilam pun basah sekali. Rasa macam tidur atas air.

Almost pukul 1 pagi baru hilang semua azab. Suhu badan normal semula. Takde rasa panas or sejuk lagi.

Syukur sangat sebab sepanjang malam tadi Aleesya tidur je. Di tau kut mommy dia tak sihat.

Hari ni aku MC. Tak berani nak paksa diri pi ofis. Takut jadi macam semalam :(

Note: Ariff & Amarr still on off demam. Aleesya & Mamoru masih bertahan. Can't afford kalau both of them demam sekali.

1 comment:

Anonymous said...

sis..
kalau still xsihat..
jumpe doc n check up betul2 tau..
lately kes denggi manyak la..
risau..
apepun..
moge sihat sumenye sis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...