Throwback trip Gunung Tahan ultralite March 2015.
Ngam2 setahun dah trip ni. Tarikh hari ni, aku gerak ke Merapoh.
Ada 2 perkara besar jadi masa ni:
* Pertama, aku adalah wanita pertama yang conquer gunung Tahan dalam masa 2 hari 1 malam dari Merapoh ke Kuala Tahan.
* Kedua, masa trip ni aku tengah pregnant 1 bulan.
Log Gunung Tahan 2D1N:
Sabtu 7 March 2015
5.00am naik 4wd dari Relau
5.50am start dari Juram
6.30am Kuala Luis (berhenti solat)
8.10am Kem Kor (breakfast)
9.40am Kem Kubang (rest 20 mins)
10.30am Kem Berlumut
12.00pm Kem Bonsai (stop lunch)
1.00pm Kem Botak (rest 1/2 jam)
2.00pm Puncak Tahan (rest 45mins)
5.20pm Gunung Gedong (rest 20 mins)
9.20pm Wrays Kem (jarak dari Teku 2 jam)
Ahad 8 March 2015
6.20am Start dari Wrays Kem
8.40am Teku (breakfast)
12.00pm Kem Putih
1.30pm Gunung Rajah
2.00pm Kem Tengah
5.00pm Melantai
8.17pm Kuala Tahan (peserta terawal pukul 6.00pm)
Gunung Tahan ni, aku pernah conquered ikut trail Merapoh-Merapoh tahun 2014. Itupun ikut trail yang terdekat dan amik masa 3D1N.
Trail terpanjang pula kalau ikut Merapoh dan turun kat Kuala Tahan. Trail ni biasanya amik masa seminggu nak complete.
Masa Nizam (dari Merapoh Adventure) mula2 open trip ni, aku rasa dia ni gila. Tapi dalam hati berminat juga nak pergi trip gila ni. So, aku contact dia tanya tentang trip etc. Just nak make sure organizer ni boleh dipercayai.
Boleh dipercayai means, dia mesti tau selok belok trek, timing, keselamatan peserta dan percentage untuk trip tu success. Sebab belum pernah ada group yang buat trip ultralight macam ni. Yang ada pun individu (askar).
Day 0 - Jumaat :
Sepatutnya aku bertolak ke Merapoh dengan van Abang Rashid (Karat). Tapi kebetulan Nizam (organizer), nak balik Merapoh pagi tu. So, aku text Abang Rashid, cakap aku gerak dengan Nizam. Jumpa team xpdc kat pejabat Merapoh Adventure.
Kat Merapoh, kami bermalam kat rumah ustaz Nan (guide untuk trip ni). Kat sini aku dapat bilik sorang. Kelebihan sebab aku satu-satunya perempuan yang ikut trip ni. Malam tu aku masak siap2 nasi untuk esoknya. Untuk ration, aku just perlu masak nasi ja. Lauk dah readymade. Lauk rendang pucuk ubi.
Perasaan time ni? Nervous. Coz trip ni memang depends pada kekuatan fizikal. Team xpdc yang lain semua lelaki. Risau kalau aku menyusahkan teammates. Atau worst, aku jadi penyebab trip ni gagal.
Day 1 - Sabtu :
Pukul 5 pagi naik 4wd ke Juram. Start hiking dari sini.
Mula2 lintas jambatan gantung kat starting point aku dah salah step. Kaki sebelah kanan hampir terseliuh. Cramps. Sakit bila nak pijak.
Aku orang belakang sekali. Tak pasti jarak dengan orang depan. Gelap sampai cahaya headlamp diaorang pun aku tak nampak. Rasa nak nangis time ni. Sorang2 atas trek. Dalam hutan pulak tu. Kalau apa2 jadi, sorang tak tau. Semua dah laju kedepan.
Halfway aku dah terfikir nak tarik diri. Nak patah balik ke Juram. Takut nak push kaki. Takut terseliuh & bengkak. Kalau condition kaki bertambah teruk, confirm team ni tak dapat capai target nak sampai Kuala Tahan dalam masa 2D1N. Aku tanak jadi punca xpdc ni gagal.
Tapi macam mana nak inform orang depan? 4wd kat Juram pun dah patah balik ke pejabat hutan. Nak tanak, terpaksa jalan sampai Kuala Luis - checkpoint pertama.
Syukur sangat bila nampak cahaya headlamps kat seberang sungai kat Kuala Luis. Beranikan diri redah sungai sorang2 dalam gelap. Diaorang take five kat sini. Aku cakap kat Peja nak patah balik ke Juram. Dia suruh aku relax. Kata dia Mael pun tak larat jugak tadi. First time hiking sambil berlari. Trek lepas ni mula menegak, so ramai yang start slow down. Aku boleh buat katanya.
Aku diam. Try pulihkan mental. Kaki dah cramp. Kalau mental pula jammed. Habislah.
Start hiking balik, aku try tempatkan diri kat line up depan. Kali ni alhamdullilah, aku bukan orang terakhir lagi. Dah mula dapat step.
Sampai kem Kor hari dah terang. Berhenti sarapan kat sini.
Trek lepas ke Kubang pun tak ada masalah sebab aku hafal trek kut. Takde la mental tengok trek makin mencanak. Malah rasa impress & happy sebab kalau normal hiking, hari kedua atau ketiga baru sampai sini.
Pendakian ke kem Berlumut, Bonsai & kem Botak pun rasa mudah sebab cuaca redup
Kat Botak, aku lepak lama kat tepi waterpoint. Kat puncak pun sama. Almost sejam kat situ. Siap baring2 lagi.
Trek ke Gedung agak hazab juga la. Cuaca panas & kering. Laluan permatang berbatu. Pokok renek. Tak ada tempat berteduh. Agak mental.
Sampai puncak Gedung dah lewat petang. Habiskan bekal lunch kat sini. Dan refill air. Panas gila kat sini.
Perjalanan lepas tu banyak turun naik. Guna tangga besi. Guna tali.
Ration air makin kurang. Cuaca yang panas buat kebanyakkan waterpoint kering. Hasrat untuk bermalam di Teku terpaksa dibatalkan sebab still terlalu jauh. Uztaz Nan cadangkan kami bermalam di kem Wrays. Kemsait ni dinamakan Wrays sempena nama hiker yang mati kat situ.
Lega bila seksaan hari pertama berakhir. Malam tu team lelaki share fly dengan abang Rashid Karat. Team guide tidur satu fly. Aku je tido sorang2 dalam fly buatan sendiri. Masak pun sendiri. Masak nasi sambil baring. Tak larat sangat. Bila fikirkan semula, syukur sangat baby dalam perut ni kuat time tu. Susah payah sama2.
Day 2 - Ahad (last day)
Lepas subuh, masing2 dah siap packing. Perjalanan banyak menurun & atas permatang.
Dua jam hike baru sampai Teku. Sarapan jap pastu start cross sungai. Ada banyak sungai kena cross kat sini. Tak ingat berapa. 8 kali kut. Sungai besar2. Log ni log tahun lepas. Lupa sudah.. haha.
Masa cross sungai ni aku start mental. Maybe pembawakan baby. Selalu tu aku suka je main2 air.
Habis cross sungai, aku jadi orang belakang sekali. Team lain semua berdesup ke depan. Dari kem Putih, ustaz Nan teman aku hiking. Sabar je dia bila aku banyak kali minta take five. Penat hiking masa preggy memang lain macam. Dengan mood yang berubah2. Dan nasib baik juga ada 2 hiker lain yang willing teman jalan sama2. Zul & Am. Aku tataw lah diaorang teman sebab nak teman atau diaorang pun dah pewai macam aku.. haha.
Hujan turun lebat masa kat Melantai. Pacat pun berlambak. Hiking dalam hujan ok lagi. Hiking dengan pacat.. lemasnya laa.
kat sini aku start hiking dengan berlari. Penat lari, kami jalan laju2. Hari hampir gelap. Masing2 tanak hike dalam gelap.
Pukul 8 lebih kami berjaya tamatkan ekpedisi gila takluk gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan dalam masa 2 hari 1 malam.
Dan alhamdullilah, aku & baby berjaya keluar hutan dalam keadaan sihat & selamat.
Lepas keluar hutan baru aku tahu yang aku pregnant 1 bulan. That explained why kaki aku bengkak macam gajah lepas tamat trip ni.. huhu.
Nih pengalaman kedua aku hiking dalam keadaan pregnant.
First time dulu masa pregnantkan Amarr 2 bulan. Aku naik gunung Trusmadi (ikut trail lama dari Tambunan) & Trusmadi.
Baby aku semua tough2. Belum lahir dah merasa naik gunung :)
Layan cerita bergambar kat bawah ni ya:
First batch trip Gunung Tahan ultralite Merapoh - Kuala Tahan 2D1N. Dari kiri, Abang Rashid (KARAT), Yasak, Yours Truly, Ong, Pian, Zul, Dani, Am & Is.
Declare barang kat pejabat hutan Sg Relau.
Barang2 yang aku bawak untuk trip ni: Beg deuter 6L, waterbag 2L, Ration beras, lauk readymade, Megi, coklat, epal sebiji, camping gas, periuk kecik, sudu cum garfu, pisau serbaguna, lighter, stove kovea spider, air redbull (dlm botol 600ml), wisel, emergency blanket, khemah buat sendiri, tali, windbreaker jaket, 1 pakaian spare, kamera & telekung. Berat beg 5.6kg.
Pose dengan beg. Selalu masuk hutan bawak haversack lagi besar dari badan sendiri. Kali ni, beg kecik gila.. huhu.
Nih masa baru sampai Merapoh. Overnight kat rumah ustaz Nan (merangkap guide trip ultralite ni). Kat sini aku dapat bilik sendiri coz aku sorang je perempuan kan. Yang lelain tidur bergelimpang kat ruang tamu. Kat rumah ni aku prepare ration breakfast & lunch untuk esoknya.
Atas 4wd dari pejabat hutan sungai relau ke starting point. Sejukk tau. Sesubuh buta duduk belakang 4wd masuk hutan.
Me kat sg Relau. Ready nak cipta sejarah as perempuan pertama yang hiking gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan dalam masa 2 hari 1 malam!
Kat Kuala Juram. First pit stop untuk solat
Kem Kor. Rehat & breakfast kat sini.
Kem Kubang. Rehat sambil tunggu last person sampai.
Kem Berlumut
Port mesti posing bila sampai sini.
Kem Bonsai. Lunch. Plan nak lunch kat Botak, tapi tak tahan dah. Lapar gila.
Puncak Tahan!
Group photo sebelum teruskan perjalanan ke kemsait.
View on track dari Tahan ke Gedong. Cuaca panas, view ohsem!
Rehat kat Gedong sementara tunggu geng2 lain refil air. Panas gila kat sini.
Kem Wrays. Masak nasi pun sambil baring. Dah tak larat sangat dah ni.. haha. Comel kan kemah buatan sendiri dari emergency blanket. Ngam2 untuk badan aku. Selesa. Tak sejuk sebab aku sarung badan dengan satu lagi emergency blanket.
Fly geng2 lelaki. Diaorang share fly & groundsheet.
Gambar last kat Kem Teku sebelum aku mental simpan kamera tanak amik gambar lagi.. haha. Penat adalah tahap dewa.
Finally. Group photo. We conquered the longest trail gunung Tahan in 2D1N.
Peserta & mereka yang banyak membantu di balik tabir untuk menjayakan trip ultralite ni.
Legend. Trip ni lah yang legend. Bukan orangnya. Coz u need to be dead to be a Legend.. haha.
3 comments:
caya lah dgn akak ad ni...terbaikkkk...time pregnant pun hiking lg..
hats off *clap *clap
Err Tak paham langsung nape member group boleh biarkan kamu sorang diri hiking last sekali, mana boleh camni ?? mana sweeper ???
Anyway Tahniah, kamu memang sgt padu !!
Post a Comment