KENGKAWAN

Friday, March 25, 2016

Susu merudum last two weeks

Baru nak hepi2, semalam air mata ni tumpah lagi.

Dapat message dari whatapps group Taska tempat aku hantar Aleesya.

Note: aku hantar Aleesya kat 2 tempat. Sama ada hantar kat Taska area rumah atau hantar kat child care ofis. Depends pada masa & stock susu EBM. Dedua tempat pun aku bayar even hantar atau tak. See.. betapa komitednya aku nak breastfeed Aleesya.

Last two weeks kesihatan aku tak berapa ok sangat. Last week lagi disaster sampai kena masuk air dalam badan. Memang struggle sangat nak maintain direct breastfeed & stok EBM taim demam.

Tapi biasalah. Orang bukan kisah susah payah, jerih perih nak bagi anak susu badan. Pada orang, buat apa nak susah2, susu formula berlambak katanya. Toksah nak tunjuk ibu mithali sangat lah..

Dalam keadaan badan tak sihat, susu merudum, stok EBM habis, terpaksa ulang alik ofis ke taska hari2 taim lunch hour semata nak bekalkan anak EBM. Sanggup ok. Sanggup!

Penat. Stress. Semua tu tayah cakap lah. Bab berkoyan air mata mengalir pun tak payah cerita.

Tapi, bila orang kasi remark camni.. siap whatapps kat group, hancur hati aku beb. Malu, sedih, marah, kecik hati semua ada.

Laju je air mata ni turun.

Call Mamoru. Nangis2 mengadu. Mamoru pun ada dlm group tu. Dia text owner taska. Tegur supaya jangan text kat public isu sensitif macam tu. Terpujuk sikit hati ni bila Mamoru backup aku.

Balik semalam nak amik Aleesya, owner tu takda kat Taska. Maybe dia segan nak jumpa aku. Tak apa, aku tak marah. Aku dah maafkan.

10 hari lagi Aleesya genap 5 bulan. Lima bulan journey breastfeeding ni. Hazab dia Tuhan je yang tau. Tapi aku takkan mengalah. Demi Aleesya. Demi tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Semoga dipermudahkan usaha nan satu ni


Dari first day aku hantar Aleesya kat sini, akak ni agak skeptical bila aku cakap Aleesya fully breastfeed :(

EBM tengahari tadi. Meningkat sikit. Badan dah makin sihat. One session 7.5 oz. Moga pasni meningkat lagi & lagi..

My peti ais dalam kereta. Sangat membantu kalau drive berjam2. Letak ais pun takkan cair punya. Sejukkk sangat. Boleh guna untuk keep hot & warm kan makanan juga

7 comments:

Rodiah Amir said...

eii ayat dia yg last tu memang nk kena pelangkung ke apa... sabarlah sis.. Allah tahu niat sis.. jgn putus asa.. chaiyokk

Anonymous said...

Assalamualaikum mummy aleesya...

jgn sedih2 ok..kita doakan journey penyusuan aleesya berjalan lancar.mummy kena positif n happy sentiasa br susu banyak keluar(insha allah)emosi ibu mempengaruhi pengeluaran susu ibu tau ;). banyak kan minum air kosong,makan oat,kurma,sayur2 hijau,pegaga,minum milo,horlicks.mummy kena cara makanan yg blh jd milkbooster utk tambah susu..kena rajin try n error makan yg blh bantu kuarkan susu kite jd lg byk :)

another 1month je aleesya da nk smp ke tahap dpt penyusuan ibu secara eksklusif..congrats in advance :) semoga dipermudahkan segala urusan dan tercapai target nk susukan aleesya smp umur yg dihajati.

dari,
ibu yg susukan anak dia juga :)

aisha said...

kuatkan semangat ad.. jangan pedulik kata orang.. selagi boleh bagi susu badan bagi jer.. benda2 negatif macam ni la yang buat stress.. bila stress susu akan kurang.. tabahkan hati yer.. sikit je lagi.. lepaskan bulan keenam tuk si cantik.. pelan2 kayuh..

taska tu pun satu.. ada part boleh guna group wassap.. ada benda personal patut direct wassap.. tak patut betul.. abaikan je orang mcm ni.. sebab dia nak buat kerja senang..kita bayar dia.. bukan tak bayar..

p/s: thanks open balik to public yer..

Anonymous said...

Jgn putus asa ad. InsyaAllah u can do it!

Sharul Khuzaini Kasim said...

Come on, Ad .. chins up!

P/s:...lu nk pakai kaki pukul bgtaw ya .... suka suki jer wasap kt public ayat mengong camtuh ...

Anonymous said...

salam kak... rileks tau...rileks baru blh pump byk susu..hehehe..akak try buat power pumping between 12 am to 6am.. buat seminggu, Insyaallah, akan nmpk perubahan..

dari,
nisha

Lydia Mahmod said...

Baru bukak blog ..
Ya Allah..
Kak Ad..
be strong..
memang challenging nak breastfeed anak espacially bila kita sorang2 handle anak, kena hantar g pengasuh, balik kerja pun kena rushing ambil anak2.
Sambung balik rumah masak pulak tu sorang-sorang.
salah satu cara saya nak tingkatkan pengambilan susu, saya perah susu waktu tengah malam which is pukl 2-4 pagi. set alarm. buat power pumping.
Insya Allah.
Membantu..

Ikhlas,
Lydia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...