KENGKAWAN

Monday, July 18, 2016

Celebrate birthday kat puncak Broga

Our first hiking together!

Mula2 ajak pi sini, takut gak kalau2 kiddos cranky or tak larat nak panjat. Aku pun takde lah letak harapan sangat nak sampai puncak Broga. Kalau dapat fist view point pun jadi lah. Sekadar nak tunjuk kat anak2 apa yang diorang akan dapat bila sampai puncak - tengok view cantik.

Tapi alhamdullilah, bebudak kan curiosity dia agak kuat. Sampai je kat first hill, depa dah tak sabar2 nak climb hill kedua & seterusnya - sampai puncak!

Aleesya pula, first 10 minits hiking dia sangat excited. Riuh mulut dia tegur semua benda sampai hikers on trek toleh & tegur dia.

Uh uh uh..
Ta da da da..
Heiii... heiii..
Dedddiii.. deddiii 
(seriously, Aleesya pandai sebut "daddy" - Mamoru ajar hari2. Aku adalah jelas)

Tapi pastu, dia bantai tido je. Even kat puncak tak bangun2. Lena sangat. Sampai kami turun & letak dia dalam carseat dalam keta baru dia terjaga, boleh? :)

So, misi berjaya dengan cemerlang! Next boleh buat hiking + overnight pula nohh.


Outdoor freaks family

Sebelum hike. Aku ajak family adik no.3 join sama. Baby Adelia pun ikut tau :)

Our little hikers

On track dengan adik no.3 & baby Adelia

Steep hill. See bebudak tu.. bersesupp peginya. Lagi laju dari mak pak depa.

Berlari2 kat puncak2 bukit

Layan view.. semua eksaited & terjerit2. Lantak situ. Kat sini kome boleh lah jerit sampai hilang suara. Takde sapa nak marah :)

Suka sangat depa2 ni semua tau.

Adik no.3 & wife jauh kebelakang time ni. Aku jadi sweeper bebudak nia. Mamoru jaga depan.

UltraMak

Port piknik paling best. Kita sarapan nasi lemak!

Aleesya yang lena selenanya.. :)

Pukul 10 pagi gerak turun. Da start panas. Nasib baik hakak bawak payung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...