Setiap kali puasa, dari tahun 1989, dari umur 10 tahun, aku selalu imagine sambutan puasa & raya yang meriah selayaknya untuk seorang budak.
Tahun tu ayah & ibu bercerai atas campur tangan family. Dan beberapa tahun lepas tu arwah ibu meninggal dunia.
Dulu hidup susah. Ayah ajar kami supaya tak meminta2. Makan & pakai apa yang ada.
Kalau teringin nak makan buah2 time berbuka, petik buah jambu air or pegi cari buah kamunting or apa2 je lah buah2 hutan yang ada. Free. Nak amik yang ditanam tak ada. Awak takde tanah, nak tanam celah mana.
Bila raya, recycle semula baju yang ada. Tak pun guna baju2 second hand yang orang bagi. Size memang out. Worn out pun iye. Kasut memang tak pernah ada. Selipar jepun je. Tapi, bersyukur aje lah. Dengan harapan, pagi raya dapat banyak duit raya boleh guna beli tshirt baru.
Hakikatnya, pagi raya, tak banyak mana dapat duitnya. Duduk kat kampung kan.. Paling banyak orang bagi pun seringgit. Kumpul2 dapat belas2 ringgit. Lepas la kalau nak beli tshirt sehelai. Miskin pun, kita dah meningkat remaja, perasaan nak cantik2 memang ada.
Mungkin dah terbiasa, raya kami adik beradik biasa2 je. Yang lelaki bujang memang tak suka beli baju raya. Kalau ada sehelai, yang tu la duk pakai sampai lima kali raya. Yang perempuan ada lebih sehelai juga baju favourite. Yang tu la duk selang2 pakai setiap raya supaya orang tak perasan baju yang sama :)
Bertahun2, raya dah jadi tak penting. Yang penting, adik beradik dapat berkumpul berbuka sama2. Adik beradik ramai, meriah time berkumpul lebih hebat dari meriah raya.
Bila masing2 dah kahwin, baru lah nampak bertukar2 baju time raya. Mostly sebab nak bagi family & anak2 happy sambut raya.
Aku pula, bila malam raya sentiasa rasa lost. Even sekarang pun. Yep, rasa happy memang ada, esp bila berkumpul adik beradik buat lemang, dodol semua.
Tapi tiap2 tahun, bila malam raya, bila semua dah tidur, bila aku sorang2 bertungkus lumus kat dapur sampai pagi, terasa macam hilang sesuatu. Empty.
Terasa seronok kan, kalau ada arwah ibu atau arwah ibu mertua. At least, aku tak sorang2 kat dapur.
Maybe.
Since umur aku 10 tahun. I didnt know what its like.. what it feels like.. to have ibu or mak mertua guiding me. Semua kena buat sendiri. Decide sendiri.
Raya tahun ni, macam tahun2 lepas juga dalam family kecik aku.
Baju kurung/melayu hanya untuk raya pertama. Raya kedua dah pakai baju biasa. Recycle concept.
Kalau nak lebih happy, guna duit yang ada belikan baju raya untuk mak ayah, anak2 buah or saudara yang kurang mampu. Baru meriah raya bersama.
************
Tahun ni azam nak buat ayah gembira selagi dia masih ada usia.
Ayah dah banyak berkorban. Sanggup ketepikan semua demi keluarga. Sanggup tebal muka meminjam sini sana demi membesarkan anak2.
Padahal ayah dulu pelajar pintar. Selected student belajar disekolah pandai. Dapat offer masuk universiti. Tapi kata nenek, kalau ayah teruskan belajar, adik beradik ayah terpaksa berhenti sekolah sebab nenek tak mampu nak sekolahkan semuanya. Ayah kena take over.
Besar pengorbanan ayah. Nak besarkan adik2.. besarkan anak2.. Dihujung2 usia ayah ni, biar anak2 pula take over.
InsyaAllah. Kita bahagiakan orang, Tuhan akan berikan kebahagiaan pada kita :)
No comments:
Post a Comment