Friday, July 15, 2016

BNM revise BR & BLR

Semalam Bank Negara revise Base Rate & Base Lending rate. Memang agak huru hara kat ofis ni nak revise semula loan rate & packages. Call masuk dari branches tak henti2. Fuhh..

Aku nak explain aku tak pandai karang ayat. Ni aku share penulisan Faiz Pire dari facebook. Suka gaya penulisan dia. Mudah difahami. Semoga bermanfaat ilmu yang dia kongsikan.

**********************

So. Dah dengar kot semalam cerita Bank Negara cut interest rate.

Memang sebelum ni orang dok cakap-cakap dah there will be a cut. Tapi market dok expect masa meeting bulan Sept nanti.

Tup tup, meeting semalam dah cut. Hmm. Boleh tahan jugak governor baru kita ni.

Compare dengan governor Zeti dulu, dia akan bagi hint sebelum dia execute apa-apa. Governor baru ni terus je. Takde hint-hint. Sebab tu market was caught by surprise. Takpe. Memang style dia macamtu kot.

Ok. So semalam Bank Negara cut interest rate by 25bps. From 3.25% to 3.00%.

Positive ke negative?

Bergantung pada siapa yang bertanya.

Untuk ‘man on the street’ macam kita, lower interest rate = cheaper borrowing cost.

Interest untuk loan akan lebih rendah lepas ni. Aku tak sure quantum dia banyak mana, tapi akan ada penurunan lah. Korang yang kaki property yang rumah main juta-juta tu, banyak la kot kurangnya bayar bulan-bulan lepas ni.

Macam tu jugak dengan loan kereta. Aku taktau sangat pasal commercial bank, tapi sepatutnya loan kereta akan jadi lebih rendah la (untuk loan baru. Existing hire purchase takde effect rasanya, sebab dah fixed). Taknak beli Civic baru keww?? 😆

Tapi untuk investors, berita interest rate cut ni tak syok sangat pada diaorang. Sebab bank akan rendahkan pulangan investment.

Katalah sebelum ni kalau buat placement, dapat 3.40% (p.a.). Bila interest rate cut, return akan jadi lebih rendah, contoh 3.00% (p.a.) saja. Bayangkan kalau kita invest RM2-3 juta. Banyak jugak yang kita dah rugi tu kan? 

Itu untuk soalan positive atau negative berita ni.

Soalan seterusnya, kenapa Bank Negara cut interest rate? Why?

First, kita kena tau basic principle ni—kalau ekonomi bagus, berkembang terlalu pesat, interest rate akan dinaikkan.

Tapi kalau ekonomi slowdown, interest rate akan dikurangkan.

Kaitan dia macamni.

Bila ekonomi terlalu pesat -> company/kilang untung banyak -> gaji pekerja naik, bonus 24 bulan -> apa akan jadi?

Semua orang akan ada banyak duit. Bila duit terrlalu banyak dalam pasaran, nilai duit jadi macamana?

Nilai duit akan jatuh. Itu yang kita panggil inflasi.

Sebab semua orang ada duit. Lepas tu, peniaga akan buat apa?

Peniaga akan naikkan la harga. Ala-ala macam bid la. Sapa yang ada duit lagi banyak, dia la yang dapat beli barang. Hasilnya, harga barang naik lebih tinggi.

So, antara cara untuk kawal inflasi, adalah dengan menaikkan interest rate.

Macam aku cakap tadi, interest rate tinggi = higher borrowing cost.

Orang akan mula kawal perbelanjaan. Nak buat loan pun pikir dua kali, sebab interest dah mahal. Yang rasa tak payah tu, cancel je terus, tak jadi pinjam.

Orang akan mula simpan duit. Invest balik sebab macam contoh aku bagi tadi, return pun akan di adjust jadi lebih tinggi.

Ok?  

Itu cerita macamana nak handle kalau ekonomi kita berkembang pesat.

Kita reverse pulak.

Kalau ekonomi kita makin selow?

Terbalikkanlah. Rendahkan interest rate balik.

Bila borrowing cost rendah, nanti adalah yang gatal nak beli kereta baru, nak buat loan untuk besaqkan dapur, start business baru, etc…

Maknanya apa?

Semua aktiviti ni akan stimulate balik ekonomi yang selow tadi. Salesman kereta dapat la komisyen bila kereta ada orang beli. Contractor ada la job bila kita suruh renovate dapur….

Nampak tak?

Dan itu lah yang berlaku sekarang.

Turunkan interest rate ni adalah salah satu cara nak galakkan kita untuk spend. Langkah lain kita dah buat e.g. bagi BR1M, implement gaji minimum, naikkan gaji govt servant, bagi bonus pulak lagi, rendahkan monthly contribution kat EPF, semua tu sebab nak bagi cash kat tangan kita, untuk kita belanja (stimulate the economy).

Kot-kot lah masih ada yang tak perasan, ekonomi kita makin selow sekarang.

Kayu ukur paling mudah adalah GDP (gross domestic product. Google lah. Jenuh kalau semua aku nak explain kat sini). 

1Q 2015: 5.7%
2Q 2015: 4.9%
3Q 2015: 4.7%
4Q 2015: 4.5%
1Q 2016: 4.2%

Nampak tak trend sejak setahun yang lepas? Ya. Makin lama makin rendah.

Untuk GDP 2Q 2016, Bank Negara akan umum 12/08 nanti. Dok rasa area 4.0% ja.

Sekarang, dengan historical GDP figure kat atas ni, kita tau ekonomi kita memang makin lembap.

Kaitkan balik dengan yang aku tulis kat atas tadi.

Bila ekonomi selow?

Pandai. Kita turunkan interest rate. FYI paling rendah, interest rate kita pernah turun pi 2.0% (zaman gawat 2008-2009 dulu).

Cumanya yang kita concern sekarang, memang borrowing cost jadi murah. Tapi loan approval rate macamana pulak?

For example, kalau tengok stats (too bad I cant share the charts here), credit card approval dah jatuh around 40% je (vs. 80% masa 2014).

Maknanya makin ramai orang tak layak nak dapat credit card/loan. Yang ni mungkin boleh kait dengan household debt pulak. Masing-masing dah banyak komitmen hutang. Tak layak nak buat loan baru. So tak guna jugak kalau interest rate rendah, kita tak layak nak utilize, kan?

Ha. Amacam? Rasa teruk ka ekonomi kita bila baca ni? Haha.

Tapi, to be fair, kita tengok orang lain sama.

Memang satu dunia pun macam ni lah pattern nya. Kalau kita rasa ekonomi kita teruk, baaaanyak lagi negara yang lagi teruk depa punya slowdown. Ada yang berisiko nak recession pun ada. Aku pernah tulis kan pasal negative interest rate haritu? Yang tak baca lagi, pi cari.  

Baru-baru ni IMF downgrade GDP forecast untuk Eurozone (for 2016) from 1.7% to 1.6%. (Haa, cuba banding dengan GDP kita. Sebab tu aku kata economy growth kita around 4.0% tu ‘ok’ lagi laa). Sebelum tu IMF downgrade US economy, from 2.4% to 2.2%.

Nampak tak GDP orang lain macamana? Teruk kan? Sebab tu central bank negara masing-masing pakat dok peturun interest rate sekarang. Sebut ja mana. Singapore, Indonesia, Thailand, Philippines, Korea, Japan, semua cut interest rate.

Hmm. Panjang dah ni. Cukup la dulu kot. Kalau hangpa tak muntah, lain kali aku tulis lagi.

Nota tambahan:

Kalau rajin, boleh baca statement yang Bank Negara keluarkan semalam. Google ja “BNM MPC statement”. Nanti keluarlah.

Pasal impact Brexit pulak, nak kata direct impact pun takdak la jugak. Sebab export kita pi UK sikit ja (1.1%).

Tapi since Brexit tu affect EU, tang ni yang mungkin ada impact jugak kat kita. EU top 3 (kot) export kita. Banyak jugak yang kita juai pi sana. So bila demand kat sana rendah, kita pun kena jugaklah tempias kat sini.

Nonetheless, Pound 5.22 sekarang (vs. sebelum Brexit 5.93). Boleh lagi nak pi jalan sana. Hehe.

Market is now expecting another 25bps cut tahun ni. Tahun ni ada dua meeting lagi. September dengan November.

Sekian.

No comments: