KENGKAWAN

Monday, July 04, 2016

Impetigo non bullous

Aleesya kena skin infection dari Taska. Start dari kulit dia merah2 sebab allergy masa ambil dia dari taska aritu. 

Hari first kena dah baik lepas breastfeed. Tapi maybe masa kena tu kulit Aleesya dah luka sikit sebab dia garu, dan hari kedua pulak aku hantar dia lagi ke Taska, buat dia expose sekali lagi dengan budak2 yang ada impetigo, so Aleesya pun berjangkit :(

Impetigo ni kalau tengok memang macam luka biasa. Blister merah. Berair. Ada yang jenis bernanah. Aleesya punya type, just macam blister. Merah2. Berair.

Hari kedua (lepas kes allergy satu muka), aku perasan luka kat tepi hidung macam kena infection. Tapi kecik sangat. Ingatkan exzema. Bubuh elomet. Biasanya, elomet akan buat rash hilang dalam tempoh beberapa jam. 

Hari ketiga luka tu jadi besar sampai 1cm, aku panik. Bawak pegi klinik biasa. First klinik, doktor cakap exzema. Bawak pi second klinik, doktor lain cakap gatal2 je.

Biasa lah mak2 ni instinct dia kuat. Aku try google. Tak tahu nak google apa sebenarnya.. tapi cati jugak. Bukak forum, medical journal, view gambar.. try cari simptom yang sama macam Aleesya. Finally jumpa!

Alesya kena infection impetigo. Ada dua jenis impetigo. Aleeesya jenis non bullous. Bawak pi jumpa doktor cakap pasal bakteria ni. Sekali doktor kat klinik pun tak tahu. Tapi tak boleh salahkan dia. Dia bukan specialist or paed.

Call semua skin specialist. Sampai KO Speacialist pun aku call.. haha. 

Tapi semua nan hado. Dah nak raya, pakar semua cuti panjang. Tsk.

Nak nangis dibuatnya. Kalau tak treat, Aleesya boleh suffer sampai berminggu2. Paling worst kalau merebak satu badan. 

Penyakit ni boleh berjangit melalui sentuhan & share towel etc. Kalau Aleesya dah start antibiotik dalam tempuh 48jam, dah boleh balik kampung. Sebab dah tak berjangkit lagi.

Mamoru bawak Aleesya gi klinik Dr Nathan kat Bangsar (skin specialist). Nurse kat situ cakap consultation fees je RM200++ dan itu tak termasuk harga ubat. I gave her a kau-ingat-aku-kisah look. I want to see the doktor now, gitu. 

Doktor bagi 2 jenis antibiotik (krim untuk sapu & ubat makan) - sama macam yang aku google.

Now this mother can rest her case.. huhu.

Aleesya on antibiotic now. Baru 12 hours. Another 12 hours boleh balik kampung & mingle other babies without worrying about jangkitan.

Good thing, penyakit ni takkan leave any permanent scar. Alhamdullilah.

:)


Day 0

Day 0

Day 1

Day 1

Day 2

Day 2

Day 2 - Cantik Aleesya tetap cantik di mata mommy

Aku still breastfeed Aleesya tho ada chances untuk aku pun infected. Tawakkal. InsyaAllah antibodi aku kuat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...