KENGKAWAN

Saturday, July 08, 2017

Kalau dah rezeki

Orang baik dalam dunia ni memang rare. Susah nak jumpa. Kalau yang pretend baik melambak.. haha.

Isnin aritu aku beli buah- buahan kat supermarket Hero. Masa nak gi kat parking, aku singgah kat gerai apam balik tepi JPJ Bandar Sri Permaisuri. Sedapp woo apam balik kat situ. Meriah dan melimpah ruah bahan-bahan dalam apam balik yang dia buat. Aku paling suka apam balik coklat.. melelehhh okay!

Masa kat gerai tu aku leka tengok sorang budak lelaki baya Ariff. Dia nak beli 5 apam balik kecik (satu apam balik kecik harga lima posen. Tapi duit dia just boleh beli 2 je kot). Masa nak balik, aku kasi budak tu duit raya, pastu terus gerak pi keta. Tak perasan tertinggal satu plastik besar buah-buahan kat gerai tu. Dah malam baru teringat.

Aku bajet, pakcik tu sure simpankan dan aku boleh collect esoknya. Tapi, start dari hari Selasa sampai Jumaat, aku balik keje lambat. Malam baru sampai parking keta kat Permaisuri. Gerai apam balik pun dah tutup.

So, start dari petang selasa lagi aku dah niat sedekah je lah.

Pagi tadi, aku lari kat Tasik Permaisuri. Masa nak balik, aku nampak pakcik yang jual apam balik tu buka gerai kat area playground. Rupanya weekend dia bukak gerai kat Tasik Permaisuri. Weekday kat JPJ.

Aku singgah tapau apam balik sebelum balik rumah. Bila nampak je muka aku, pakcik tu terus suruh aku tunggu jap, dia nak balik umah amik plastik buah yang aku tinggalkan kat gerai dia.

Aku macam terkejut. Biar betul dia simpan sampai hari ni. Dekat seminggu kot aku tertinggal buah tu. Aku refused nak amik sebab dah niat sedekah kann.

Aku tanya kenapa tak makan je. Takut buah manggis tu keras, nanti tak boleh makan. Wife pakcik tu cakap, tak berani nak makan. Kalau orang tertinggal barang kat gerai, dia akan usaha pulangkan semula. Berniaga kena jujur katanya, baru rezeki berkat. Dia bimbang, kalau dia amik hak orang, perniagaan dia tak untung.

Semoga bertambah murah rezeki dia dan semoga aku dikelilingi orang2 macam dia❤️

Ohh, nak jot down. Tadi abang yang jual buah kat Tasik invite aku pi wedding anak dia. Aku selalu beli buah & air kat abang tu kalau lari area tasik. Dia buat majlis kat restoran Santai. Dekat sangat. InsyaAllah, aku datang 😉😉

Buah2 yang tertinggal kat gerak apam balik. Still fresh even dah dekat seminggu pakcik tu simpankan.

Homemade lunch dengan apam balik as desert ❤️

Ni status aku letak kat FB Isnin aritu. Masa aku tertinggal plastik berisi buah kat gerai apam balik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...