KENGKAWAN

Wednesday, August 02, 2017

Aleesya tak sihat

Aleesya yang baik.

Malam tadi dalam pukul 10 malam, Aleesyaa terjaga. Merengek tak senang duduk. Sekejap tu dia muntah. Habis quilt atas katil.

Ni kali kedua kes Aleesya muntah. First time dulu masa umur dia 3 ke 4 bulan. Itu pun sebab berjangkit dengan Ariff yang muntah2 juga masa tu.

Subuh tadi Aleesya terjaga, perut tak selesa agaknya. Badan start dedar. Maybe ada kaitan dengan muntah malam tadi.

Aku breastfeed dia non-stop dari subuh tadi. Sanggup tak siapkan keje ofis semata nak concerntrate kat dia.

Pagi tadi alhamdullilah Aleesya nampak sihat. So hantar macam biasa ke Taska.

Masuk ja ofis, dapat text bertalu2 kat whatapps. Rupanya semua toddler kat Taska muntah2 dari malam tadi. Kelam kabut owner Taska reply semua text.

Aku takde lah nak salahkan dia. Benda nak jadi. Lagipun tak pernah berlaku perkara macam ni.

Semoga semua anak2 Taska cepat sihat. Semoga my Aleesya sembuh dan ceria semula.

Balik ni mommy bagi supermilk every hours okay. Even Aleesya tak demand.

Mommy love you. Daddy lebih2 lagi. Kalau boleh, dia nak breastfeed Aleesya.. haha. Sayang anak punya pasal kan. Daddy kan Aleesya's first love (kata daddy 😋) Daddy tataw kita ni BFF ❤️

Kuatnya dia.. muka tu gewamm la mommy tengok.

Catwalk

Tunggu rambut panjang lagi comel kan kan kan

Ni gambar masa kat cameron highlands last month

Suka nau dengan kon ni..

Kesayangan daddy dan mommy

Aleesya yang bijak ❤️

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...