Thursday, August 03, 2017

Esok race day

Esok orang pi collect race kit, aku pulak still pi ofis buat kija macam biasa.

Relax nau bunyiknya kan.

Walhal, jarak race venue dengan tempat aku kija dekat nak 4 jam kot. Tu tak kira lagi jem petang esok. Hari Jumaat lak tu.

Sila menangis.

Text abang Min, minta tolong amik race kit. Dia dengan baik hati volunteer nak dengarkan race briefing dan update kat aku. Dia cakap, malam esok dia tunggu aku kat starting line.  Pass race bib. Dia kata lagi, jangan risau, keluar je keta, terus lari. Lain2 dia tolong settlekan.

Terharu tau. Padahal, dia punya race start hari Sabtu pukul 4 pagi. Supposed by that hour tomorrow night, dia kena rest. Tapi sanggup dia tunggu aku semata nak pass bib.

Tenkiuu abang Min. Jasamu dikenang. xo!

Aku takde expectation untuk TMMT 100k ni. Walaupun elevation dia rendah dari Cameron Ultra 100k, cabara setiap trail berbeza. Kata runners TMMmT tahun lepas, banyak ular melintas jalan. Kena hati2. Especially bila kena lari sepanjang malam. Bab harung air sungai sepanjang 3km pun agak tough juga. Tahap kedalaman sungai antara betis dan pinggang dengarnya. Memang penting sangat pakai walking stick/trekking pole. Cut off time pun just 20 jam. 

Hm. Tataw lah dapat habiskan race atau tak. Tapi still nak try juga. Kumpul pengalaman banyak2 ✌️✌️


Aleesya yang bijak. Comel nau tengok dia tidur.

Tak sempat nak mandikan dia pagi ni. Biasanya pukul 6 pagi da mandi. Tapi pagi tadi tengok dia ngantuk sangat. Sebab malam semlm kan dia sakit perut tak boleh tidur. Tu yang lena sungguh tido malam tadi. Mommy angkat bawak masuk keta terus. 

Aleesya suka baca buku. Buka je buku, mulut dia membebel sambil tunjuk huruf2 dalam buku.. hihi. Bukan reti baca pun. Tapi suka mimik gaya mommy baca buku kot. Dalam keta kan penuh buku. Tengok tu.. khusyuk. Semoga besar sok, suka membaca juga ya ❤️

1 comment:

DonnaSha said...

Salamm..

Hi Ad,

Best wishes for your race tomorrow! Semuga dipermudahkan perjalanan ke tempat race.. semua kete ketepi masa awak lalu. Masa race pun, sume runners ketepi masa awak lari laju2 .. :) xo

Looking forward to your updates this weekend. Take care..