Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, June 10, 2016

5 Ramadhan 1437H

Malam tadi pukul 10 dah tertidur. Penat sangat. Terjaga pukul 3 pagi. Ingat nak kemas2 rumah. Sekali rumah dah bersih berkilat. 

Wow.

Tenkiuu Mamoru! U make my day. Im a happy wife!

Masak simple2 ja untuk sahur subuh tadi. Karipap sardin untuk Mamoru, fries & roti kaya untuk Ariff. Untuk aku just daging pekasam goreng dengan nasi je. Mamoru tak makan daging lembu (or kerbau). So masak sikit untuk portion sendiri. Selebihnya makan kurma je.


Goreng dengan cilipadi & bawang banyak2. Dulu aku tak suka makan bawang. Lately je start suka. Sedap :)

Daging pekasam ni aku buat sendiri. Dapat resipi online. Just guna garam & limau nipis je. Not bad. Sedapppp! Boleh simpan lama. Nak guna untuk masak gulai lemak cili api or masak sambal pun boleh. Nak goreng camtu je pun boleh. Jangan peram dengan kulit limau. Nanti pahit. Dalam gambar aku letak untuk hiasan je.

Daging kena amik bahagian yang lembut tau. Hiris nipis2 dan basuh bersih2.
Pastu amik bekas kedap udara, bubuh daging, tabur garam & perahkan limau. Ulang step sama sampai daging habis. Garam agak2 je. Jangan banyak sangat, nanti masin. Limau lebih boleh.. Simpan dlm fridge belah bawah. Tak perlu bekukan. Satu hari simpan dah boleh guna. Nak masak tayah basuh. Sebab masa buat da basuh kan.. 

Nenek penah cerita, dulu zaman takde fridge orang simpan daging dalam tempayan. Kata nenek, kalau nak makan daging kena sembelih sekor lembu. Pastu daging yang banyak2 tu nenek potong nipis, lumur garam & simpan dalam tempayan. Tahan berbulan2. Aku tanya nenek.. tak busuk ke? Nenek cakap busuk.. tapi takdelah busuk macam bangkai. Busuk macam pekasam la. Sedappppppp kata nenek. Kalau masak lauk, bertambah2 makan. Fuhhh kelioq aku dengar. Aku suh nenek buat daging camtu. Nenek cakap dah kenape?? Dah ada peti ais watpe nak susah2.. haha. Lagipun, kalau salah buat nanti daging berulat.. :p~

Menu sahur Mamoru & Ariff

Friday, May 27, 2016

Carboload II

Trainingnyer idak, carboload kemain lagi. Jangan tak terbawak bontot ni sampai finishing line udah ler.. huhu 

Homemade spaghetti black pepper malam ni

Repeat masak untuk dinner. Tengahari tadi aku lunch sowang2. Mamoru kelioq.. haha. Ni portion dia sorang. Licin dia makan. Sedap sangat katanya. Dia suh masak lagi.. tapi stok lamb da abes.. huhu. Next time la eh :)

Resepi aku ni tayah marinate lelama pun. Just guna sos BBQ Heinz (brand lain pun boleh), masukkan lada hitam yang dah dihancurkan guna lesung (aku tak suka guna serbuk lada hitam yang dijual coz rasa kureng sikit.. bau pun tak ori. better buat sendiri - bukan susah pun). Pastu, buh sos cili sikit, buh garam secukup rasa, buh gula sikit & tuang madu sesudu. Dah sebati semua, lumurkan atas lamb terusss masuk dalam oven. Suhu 240' cel. Masak setengah jam (well done). Untuk Mamoru punya (dalam gambar ni), aku tambah lagi 5 minit sebab dia suka lamb yang over-cooked.

Sunday, May 05, 2013

Resepi bejah dari nenek

Korang penah makan bejah? Or dengar tentang resepi bejah? Aku try search kat internet. Jumpa version yang sangattt lain dari apa yang nenek aku buat.

Bejah ni masakan berasaskan kunyit hidup semata. Yer, sila bayangkan korang kupas kunyit hidup dan kunyah camtu je.. hihihih. Tapi, takde lah camtu sekali. Bejah ni makanan orang kat kampung aku. Makanan yang sangat popular dikalangan orang berpantang lepas bersalin.

Tapi kat kampung aku, bukan orang pompuan bersalin je makan bejah ni. Orang lelaki pun makan bejah. Hehari makan pun takpe. Sedapp katanya.. Dari aku kecik sampai aku besar aku tengok nenek makan bejah. Bapak sedara aku semua rebut-rebut ceduk bejah taim makan. Tengok cara derang makan memang macam menyelerakan. Taim sahur bulan puasa kalau letak bejah atas meja boleh terus segar mata memasing tau.. hihihihi

Aku sebenarnya baru je jadi peminat makanan bejah nih. Dulu aku tak suka. Pada aku dulu, gila apa nak makan kunyit hidup. Jangankan nak makan, nak cium bau lauk bejah pun aku tak sanggup beb.

Semuanya start masa aku berpantang lepas lahirkan Amarr. Nenek buatkan bejah untuk aku. Ekceli, dulu masa first berpantang lepas lahirkan Ariff, nenek ada jugak buatkan bejah. Tapi tekak aku masih belum terima untuk makan mender alah nih.

Masa kali kedua berpantang baru aku try makan bejah. Memula tu just makan main cubit-cubit je. Esoknya, fuhhhh... aku sorang je yang hadap bejah ni.. hhuhuhuhuhuhu. Bejah sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan masin tau. Baru feel.....

Dan sekarang, aku sangat suka makan bejah. Rasa dia? Tak rasa pahit / maung pun. Kalau kunyah kunyit yang kasar sikit tu rasa macam makan keropok. Rangup.. hihihi. Maybe sebab kunyit tu terendam dengan cuka.

Banyak khasiat makan bejah (kunyit). Google je lah. Kunyit baik untuk kesihatan. Kita selalu makan kunyit yang dah diproses jadi serbuk (memang nan haado la khasiat dia kan). Pada yang nak try makan bejah ni, aku share kan resepi turun-temurun nenek pada korang. Aku belajar dari nenek masa berpantang aritu.

Nenek aku kalau taim anak cucu dia balik, dia suka anak cucu dia duduk dapur temankan dia masak. Bukan teman kosong. Sambil teman tu, nenek akan ajar resepi dia. Tapi bukan secara directlah. Kena bertanya. Nenek takkan cerita kalau anak cucu tak minat. Kalau rajin tanya, memang nenek cerita sampai habis. Petua-petui semua dia keluarkan. 

Orang kampung aku cakap nenek susah nak share resepi dia dengan orang lain. Tataw naper.. maybe resepi dia khas untuk anak cucu jer.. hihihi. Tapi aku suka je share semua yang aku dapat kat sini :)

Bebahan nak buat bejah:
  • Kunyit muda yang fresh (aku guna setengah kilo hihihihi.. buat stok bebanyak)
  • Lada hitam (dua genggam - tangan aku kecik hihihihi. Ikut suka nak banyak mana)
  • Bawang merah kecil (5 buji - lumatkan)
  • Bawang putih (5 ulas - lumatkan)
  • Ikan bilis (dua genggam - lumatkan. TAPI kat sini aku tak campur ikan bilis sebab aku tak suka hihihihi)
  • Cuka masakan 
  • Garam secubit
Cecara nak buat (tengok gambar ya):

Kunyit muda yang dah dibuang kuilit. Kalau kat kampung, pegi belakang umah, cabut je pokok kunyit yang nenek / ayah tanam. Pastu gali akar dia... memang berlambak kunyit muda yang fresh. Kalau kat KL pun ada gak. Try cari kat pasar basah lah.
Nih plak, lada hitam yang dah dihancurkan guna lesung dan campuran bawang putih dan merah yang dah lumat.
Camnih tumbuk kunyit guna lesung. Tumbuk sikit-sikit. Tapi jangan sampat lumat. Biar kasar-kasar sikit.

Rupa kunyit yang dah ditumbuk. Lepas tumbuk, kena perah keluarkan air kunyit. Macam perah santan kelapa. Tujuannya, nak elak dari rasa maung dari kunyit nih.

Nenek ajar, perah pakai kain bersih. Tapi aku adalah sangat concern jari jadi kuning nila sentuh kunyit ni. So, aku sarung tangan dengan plastik dan perah macam santan je lah. Air kunyit nih untuk dibuang ye. Kalau ada sesiapa lalu nak minum, simpan lah...

Kunyit yang dah diperah tadi, kita rendamkan dengan cuka masakan. Bubuh cuka sampai paras-paras dengan kunyit.

Pastu masukkan lada hitam dan bawang yang dah ditumbuk tadi

Gaul sampai rata. Masukkan secubit garam untuk tambah rasa :)

Dah siappppp. Boleh terus makan atau simpan dalam fridge (tak perlu masak). Bejah nih boleh tahan berbulan lamanya dalam frige tau. Taim nak makan, just keluarkan dan makan (tak perlu panaskan). Lebih sedap kalau goreng/bakar ikan masin dan letak dalam bejah pastu makan... ohhhh.. terangkat ok. Lauk lain boleh tolak tepi... hihihi

Sunday, September 09, 2012

Potato Gratin & open house yang tak berapa nak open lah

Aritu jamu kengkawan datang kerumah ('Aritu' disini bermaksud minggu pertama hari raya aritu. Dah 3 minggu kot entry ni tersimpan dalam draft. Lupa nak publish.. huhu). Aku tak consider ni sebagai open house raya  lah sebab kang ramai yang kecik hati sebab tak dapat jemputan. So, anggap je lah macam dinner antara kita-kita aje. Buat pun taim hari bekerja. Tapi alhamdulilah, semua yang dijemput hadir memeriahkan rumah kecik kami.

Itu pun, tak menang tangan nak layan tetamu. Dah lah rumah kecik, rasa macam kesian tengok tetamu yang terpaksa duduk atas lantai dan take turn bila nak ambil makanan. Rumah apartment. Tau lah hazab dia macam mana kan. Haih, tak sabar tunggu rumah kami siap tahun depan. 

Aku ambil masa 3 jam untuk masak lauk: Siakap goreng berlada, daging salai masak lemak rebung, sambal ayam dan bubur kacang hijau campur durian. 

Pastu, untuk tetamu yang jaga badan, aku masukkan steamboat dalam menu. Steamboat ni menu tambahan yang paling simple dan senang. Tak perlu nak masak bagai. Just prepare bebahan je. Selebihnya, pepandai tetamu lah nak buat macam mana.

Hepi tengok lauk yang dimasak habis licin.

Ekceli petang aku dgn Mamoru agak panik sikit lah sebab sis in-law Sue kena admitted kat hospital. Adik lelaki aku minta aku tolong jagakan 2 orang anak-anak dia sementara dia uruskan hal Sue kat hospital. Merasa aku jadi mummy kepada 4 orang anak hari tu. Rumah memang macam tongkang pecah taim tetamu datang.. haha. Lantak lah.

Tergelak Mamoru bila aku cakap, "Macam ni la agaknya life kita kalau ada 4 anak, kan?".. Buat aku fikir panjang bila nak tambah baby. Maybe tangguh dua tiga tahun lagi kut.. haha. Or maybe kami just satisfied dengan Ariff & Amarr je. Takut tambah bebanyak kang tak terjaga pulak. Kos lagik. Lagipun aku nak make sure by time aku bersara nanti, Ariff & Amarr dah graduate dan start bekerja. Tanak lah jadi macam sesetengah parents yang masih ada anak bersekolah bila dah bersara. Gila beb. Bayangkan lah kalau umur camtu masih terpaksa cari kerja lain semata nak support anak sekolah. Aku nak enjoy hari-hari tua aku & Mamoru dengan tenang - nak fokus pada beribadah, nak gi haji, umrah, melancong (fuhh berangannn) 

Bawah ni just nak share sekali lagi potato gratin yang aku buat. Tapi kali ni aku letak lapisan beef pepperoni & more blackpepper. Pedas sikit tapi syedap. 


Lapisan beef ppeperoni


Bawang putih dah dicincang halus


Aku bubuh dedua nih untuk kepedasan maksimum huhuhu


Kentang dihiris nipis


Lapisan kentang


Selepas ditabur blackpepper, white pepper & rosemery


Lapiskan dengan daging pulak


Curahkan sekotak kecik thick cream & taburkan cheese atas sekali


Dah siap dibakar dalam oven.. antara yang licin malam tu :) One of my guests malam tu cakap, "Ni resepi macam Ratatouile tu ke?".. Ok, I'm flattered.
Gambar guess aku tak amik pun. Lupa. Yang ni pun kebetulan termasuk sekali taim nak snap gambar makanan


Antara laup-pauk malam tu: Siakap goreng berlauk, potato gratin, ayam masak merak, daging salai masak lemak rebung, bubur kacang durian & steamboat. Semua lauk aku masak sendiri kecuali ayang panggang whole chicken tu (yang tu je beli)


Steamboat ala Johnny's :)

Puas hati sebab semua makanan licin malam tu :)

Wednesday, August 15, 2012

Potato Gratin

Aku penah upload gambar & resepi ni kat Facebook. Lupa pulak nak letak sini sekali. Lama dah aku buat potato gratin nih. Teringin nak buat untuk sahur ni, tapi.. stok cheese dah abis.. tsk.

Makanan ala omputeh yang sangat simple. Lelap mata pun boleh buat :)

Resepi Protato Gratin

Bebahan:
Kentang
Blackpepper 
Bawang putih
Daun parsley
Cheese mozarella
Thick cream

Cecara buat:
Kentang, sliced nipis (rendam dalam air garam) pastu toskan dan susun dalam loyang pembakar selapis demi selapis. Setiap lapisan ditabur dengan blackpepper, daun parsley dan minced garlic. Tuang thick cream menutupi semia lapisan kentang tadi dan taburkan mozarella cheese menutupi loyang dan bakar dalam suhu 180'c selama 40 minit. Senang kan :)


Lapisan kentang
Lapisan kentang yang dah ditutup dengan thick cream & mozarella
Dah siap. Sedap dimakan pepanas. ~ohh sedepppp~~


Tuesday, January 18, 2011

Cara membuat inti kelapa

Nih resepi inti kelapa yang best dari nenek aku. Inti kelapa nih boleh disimpan selama 3 bulan (atau lebih). Inti nih boleh dimakan begitu je atau dicicah dengan lempeng atau dibuat kuih (kuih koci, kuih puteri mandi, kuih badak berendam, etc, etc - pendek kata boleh buat cemacam lah)


Resepi inti kelapa nenek sangatttt sedap sebab dia guna kelapa pandan untuk dibuat inti. Bau kelapa pandan nih pun dah cukup membukak selera tau. Dalam gambar, Mamoru sedang mengukur kelapa pandan muda.


Kelapa pandan muda yang dah dikukur tadi, di gaulkan dengan gula melaka (original), pastu dicampur sedikit gula pasir. Letakkan daun pandan dalam selai dua untuk mengharumkan lagi bau inti kelapa nih. Tak perlu letak air - nanti rasa dia kurang sedap.


Bebahan tadi, digaul sehingga sebati sebelum dimasak selama sejam di atas api yang sederhana. Jangan risau, gula melaka yang berketul-ketul tu akan cair dan sebati bersama kelapa tadi.


Inti yang dah siap! Sejukkan pastu bubuh dalam bekas kedap udara dan letak dalam fridge. Boleh dimakan pada bebila masa!

Friday, January 14, 2011

Mari membuat kuih koci

Aritu masa adik-beradik datang berkumpul kat rumah, tergerak lak nak buat kuih koci untuk jamu derang. Tak sempat nak snap gambar step by step. Koser lah nak pegang kamera dengan tangan bertepung bagai.

Aku peminat setia kuih koci. Tapi aku takkan beli kuih koci (atau kuih lepat) yang dijual kai luar. Sebab konpem rasa mcam ntahapehape.

Kuih koci nih resepi terbaik yang aku dapat dari nenek. Aku jot down kat sini untuk anak-anak aku belajar (err anak aku semua lelaki - ah, lelaki pun kena gak belajar masak!)



Ni rupa doh yang dah siap diuli.

Bebahan dia (untuk dimakan satu family):-
2 kampit tepung pulut (putih)
1/2 kampit tepung pulut (hitam)
Sedikit garam
Air

Cara membuat:-
Campurkan semua bahan nih dan uli sehingga doh tidak melekat pada mangkuk adunan.



Nih rupa inti kuih koci yang dah siap dimasak dan di bentukkan jadi bulat (sebesar satu sudu kecik)

Bebahannya:-
2 biji kelapa muda yang dikukur / diparut (inti yang aku buat nih special sikit sebab guna kelapa pandan muda - so, bau dia sangatttt wangi dan menggiurkan. Sambil gentil bentuk bulat, sambil aku ngappp macam tu jer.. huhu)
1 ketul gula melaka ori
Sedikit gula pasir
Daun pandan

Cecara membuatnya:-
Masukkan semua bahan tadi dalam kuali dan masak atas api sederhana sehingga sebati dan berkilat warna ini nih. Oh, inti ni kalau betul cara membuatnya, boleh disimpan sampai berbulan lamanya tau.



Nih pulak, santan untuk disapu atas daun pisang sebelum letak kuih koci (untuk menggelakkan kuih koci tu melekat pada daun pisang / tangan semasa dimakan.

Bebahannya:-
Santan pekat dari sebiji kelapa
Sedikit garam
Daun pandan

Cecara membuat:-
Masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau hingga santan jadi berminyak dan berketul-ketul



Cara membungkus kuih koci:-
Sediakan daun pisang, sapukan santan yang dah dimasak tadi atas daun pisang
Ambil doh, bentukkan bulat, leperkan atas daun pisang
Ambil inti, letakkan tetengah doh tadi dan tutupkan doh tu semula (aperdaa ayattt)
Bungkus daun pisang rapat-rapat dan letak dalam pungukus
Masak untuk 15 minit.

Hasilnya.. walla.. bisa buat gue terkenang-kenang dowh.


Wednesday, November 11, 2009

Home made choc Indulgence

Dah lama dah aku buat kek Indulgence nih. Rasanya dua atau tiga minggu lepas kut.. hik. Dah masuk dalam perut dah pun.. sesilap dah keluar balik.. ops.. haha.

Tak ada special occasion pun. Saja buat kek untuk makan anak beranak (eh, Ariff belum tahu makan lagi lah).

Aku suka makan choc Indulgence yang dibuat sendiri dari beli kak Secret Recipe. Personally lah, aku rasa chock indulgence Secret Recipe tak sedap langsung. Whipping cream yang derang guna takde kualiti. Pastu bila potong kek dia jadi lembik semacam.. runtuh je bila kena potong. Secret recipe laa sangat.. kan?




Untuk buat kek yang sedap, bahan yang digunakan haruslah berkualiti. Baru lah nikmat rasa kek yang dibuat. Tak lah muak bila dimakan. Untuk buat choc indulgence nih, memula kita masak kek dulu - sponge cake. Banyak cara nak masak sponge cake nih (yang nih aku tayah terangkan lah nah. Rasanya semua orang tahu macam mana nak buat sponge cake). Kalau takde mixer pun tak apa. Pukul pakai tangan pun boleh.




Bakar kek dalam oven




Ops, pecah sikit kek aku. Tapi takpe.. boleh potong & ratakan bahagian atas tu.




Pastu potong 4 lapisan tau




Masa kek tengah dibakar dalam oven, aku prepare whipping cream. Cara nak buat dia, putar dalam mixer sampai dia jadi kembang & pekat. Pastu bahagi dua dan campurkan satu adunan whipping cream dengan coklat masak dan satu lagi adunan dengan coklat putih. Make sure korang beli whipping cream yang berkualiti - tak perlu campur air atau gula. Pastu korang bubuh lah atas setiap lapisan kek tadi.




Pastu sediakan satu bahagian whipping cream lagi untuk cover keseluruhan kek. Kemudian simpan dalam fridge semalaman.




Esoknya, keluarkan kek dan buat topping. Cairkan coklat dan bubuh la atas kek tu. Hias lah kek korang mengikut citarasa sendiri.




Ok, aku tahu topping kek aku tak kemas dan sangat selekeh. First time buat topping maa, what do you expect. Janji rasa dia lebih sedap dari kek secret recipe.. hihihi.




Amacam? Ada berani nak buat sendiri? Memang leceh gila nak buat.. tapi hasil dia marveles beb. Pasnih, tayah beli kek kat kedai lagi :)

Monday, March 30, 2009

Jeruk petai

Aritu, masa Mamoru pegi melawat site kat Negeri Sembilan, dia sempat borong petai kat sana. Banyak oke petai yang dibelinya. Terkejut aku tau. Ohh btw.. Mamoru bukan penggemar petai.

Mamoru: b ada hadiah special untuk sayang tau. Mesti sayang suka sangat!

Aku: Hadiah apa tu? (excited nih)

Mamoru: (sambil tarik seikat petai dari seat belakang kereta) Nihhhh!! Suka tak?

Aku: (dengan kening terangkat tinggi) Petai???

Lawak tau Mamoru nih. Nasib baik dia tak ikat riben kat petai tu. Mementang laa wife dia nih suka makan petai.

Kat rumah, sekali lagi Mamoru buat kening aku terangkat lebih tinggi dari kening akak Ziana Zain. Dia request aku buat petai jeruk dik nonnnn! Pelik tau, dah laa dia tak makan petai, tapi lajuuu pulak tu dia 'mengorder' petai jeruk. Nih siapa yang ajar dia nih?

Dek tanak menghampakan permintaan suami tersayang, aku pun buatkan laa petai jeruk untuk dia. Banyak jugak la dapat. Bila dah siap buat jeruk nih, aku rasa macam best pulak. Setidaknya, boleh tahan lama petai tu. Kalau tak, kompem kering & terbuang je kalau biarkan dalam fridge.

Pada penggemar petai, jom layan cecara membuat petai jeruk nih. Sonang yo.




Memula, bersihkan petai, potong bahagian tepi kulit petai dan rebus dalam periuk. Rebus dengan kulit sekali tau. Kalau periuk korang cukup besar, tayah potong kekecik pun takpe.




Nih rupa petai yang dah siap direbus - brownish sikit kaler dia. Tos kan air rebusan, dan keluarkan petai dari kulit dia. Bila dah direbus, senang je nak keluarkan petai, picit je kulit dia konpem terkeluar.




Lepas tu, sediakan satu botol bersih, penuhkan petai dalam botol nih dah masukkan air masak yang dah dicampur garam. Agak-agak je lah jumlah garam yang korang suka. Dan dah siapppp!! Sila simpan dalam fridge selama seminggu sebelum boleh diguna. Jeruk nih boleh tahan berbulan lamanya tau!

Honestly, bau petai jeruk nih memang *masyaAllah*... tapi, khasiat dia banyakkkk ok! Google la sendiri khasiat makan petai nih kat internet.

Note: Jeruk petai nih, boleh dimakan camtu je (buat ulam nasi) atau dimasak dengan lauk pauk yang lain (gulai ciliapi).. try arr.. kompem terangkattt.. hihihi